Jumaat, 6 Oktober 2017
Mujur ada participants yg ambil gmbr tanpa disedari dan upload di Padlet!! Tgk tgn sendiri yg mengapai tinggi tu pun sendiri rasa seram.. apalah yg semangat sgt tu entahlah.. bila dpt microfon mcm tok bomoh sedang menjampi kot, xsedar apa 😂😂 Bila sy pakaj jubah hitam bermaksud, pg yg nak cepat dan malas gosok baju.. 😅😅 #MeAsTrainer #facilitator #USMStyle #USMFacilitator
Cenderahati dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM atas khidmat yg diberikan dlm memberikan talk ttg pembangunan modul pengajaran. Sesi 1.5jam jer tp masing2 mcm xnak stop, mcm2 soalan dan nak belajar mcm2.. last2 sy ckp lain kali request utk sy jalankan training on demand (ToD) sehari utk mereka. Last2 dekan mereka bisik kat sy, lecturer mereka sgt excited.. nnt nk kena jemput sy lagi.. 😅😅
Rabu, 4 Oktober 2017
Dia menangis bila saya beritahu dia yang TNC Akademik meluluskan rayuan dia utk bergraduat dan markah tesis dimasukkan khas 2 minggu selepas majlis peperiksaan bersidang. Candidature dia tamat 31 Ogos lepas tanpa ada peluang utk renew sebab dah habis masa. Tiap kali dtg dia sedih dan takut. Utk proposal sy terpaksa minta panel bca cepat. Utk viva pun begitu. Kemudian sy tadah muka dgn external examiner minta report dlm masa seminggu (sepatutnya 2 bulan).. Tak senang duduk dia sehingga hari ini dpt surat utk bergraduat 'Doktor of Education'. Saya menolong sedaya termampu, tp pelajar juga perlu menolong diri sendiri supaya dpt saya bantu. Saya kagum juga dgn Vicky ni. Manakan tidak, salah satu sebab dia lambat habis sbb kereta dia tenggelam dlm banjir di Penang, komputer dlm kereta habis rosak, kereta rosak, data research musnah dlm kereta. Dugaan masing2 kan.. Tapi kepayahan akhirnya dibalas kegembiraan. Sy sbg supervisor tentunya gembira kan.. 😊😊
Langgan:
Catatan (Atom)