Selasa, 22 Januari 2008

Ada pilu dihati ini....

Sesudah subuh pagi td, mel terus mengadap komputer kerana ada kerja yg perlu diselesaikan. Tiba2 terpandang blog faizal yg tidak mel tutup sebelum tidur semalam... hmm... sayu tiba2 dtg.. Oki telah pulang ke pangkuanNYA.. menitis airmata mel.. tak tercapai hajat mel ingin menziarahi Oki lg.. Allah lebih sygkan Oki...

Dua tiga hari lepas, baru saja mel bercakap dgn faizal... "nnt mel balik kita pergi tengok Oki lg ya..", faizal pun ckp.. "ok, abg tak de kawan nak pergi, abg tunggu mel balik, kita pergi sama2".. hmm.. lepas tu kebetulan ada sebuah kedai buku kat sini buat sale.. mel rasa excited sgt sebab banyak buku budak2 sale.. mel dah belikan beberapa buah buku utk Oki.. walaupun mel ada ramai anak buah.. ingatan mel lebih pada Oki sebab mel sentiasa terbayangkan situasi Oki di hospital sewaktu mel & faizal menziarahi oki semasa mel di tanahair tempohari. Mel sentiasa terbayangkan ketidakselesaan Oki.. ketabahan ibu Oki menjaga Oki.. kebetulan sewaktu kami di sana.. doktor menyampaikan berita yg agak kurang menyenangkan.. kesedihan jelas di muka ibu Oki.. mel terbayang2 wajah Oki dan terdengar2 suara Oki yg menyatakan dia tidak selesa dgn keadaannya. Mel tahu betapa tak selesanya Oki.. teringat situasi mel yg berbulan2 dlm keadaan sedemikian... kerana itu mel rasa dekat sgt dengan oki.. kerana itu mel rasa sayu sgt.. rasa kehilangan Oki walaupun pertemuan dgn Oki tak lama...

Apa-apa pun mel ingin mengucapkan terima kasih pada pak mus... terima kasih atas persahabatan yg dihulurkan, walaupun bermulanya perkenalan secara online tp akhirnya pak mus jadi sahabat kepada mel & faizal. Akhir sekali mel mendapat berita Oki pada petang semalam waktu new zealand (pg/tghari waktu msia)... waktu tu mel tiba2 rasa risau kerana mel tak nampak pak mus online.. entah kenapa hati terdetik macam ada sesuatu yg tak kena.. mel ambil keputusan utk sms pak mus.. sebenarnya inilah kali pertama mel sms pak mus sebab selama ini apa2 mel akan minta faizal yg hubungi fon pak mus. Dlm sms tu mel bertanyakan pak mus kat mana & macam mana situasi Oki.. dan pak mus balas sms mel dgn menyatakan serba sedikit apa yg berlaku & Oki masih belum ada perubahan tp boleh balik ke rumah, cuma pak mus perlu mencari tangki oksigen untuknya. Lebih kurang dua jam selepas itu, mel mendapat email dari pak mus, direct dari fon, pak mus menghantar vclip ringkas keadaan Oki di hospital. Dua hari sebelum tu pak mus juga up-date keadaan Oki melalui kaedah yg sama... hmm....

Melihat vclip tu... mel sayu sgt.. Oki dlm vclip tu jauh berbeza dari yg mel lihat sebelum ini. Bila mel forward vclip tu pd faizal.. faizal pun cakap... "nampak susahnya nak bernafas"... hmm.. Oki terpaksa guna oksigen mask 24 jam..

Hari ini... Oki telah pergi... masih menitis airmata mel sorang2 kat sini... ada sedikit kecewa kerana tak dapat melihat Oki buat kali terakhir.. tp mel tetap bersyukur dan berterima kasih pada pak mus kerana walaupun mel jauh beribu batu.. dpt juga mel lihat Oki disaat2 akhirnya...

Apa2 pun.. Innalillahiwainna Ilaihirajiun.... Allah lebih menyayangi Oki...

Teringat sewaktu mel bertanya keadaan Oki pd pak mus 6 hari lepas... inilah dia kata2 pak mus..

10:48 AM Pak: x per la mel,
kalau Allah sayangkan dia
pak mus relakan
sedih mmg sgt sedih..
tp pakmus x tahan tgk dia mcm tu..
10:49 AM mel: hmm.. :'(
10:50 AM xpela pak mus.. insyaallah Allah Maha Mengetahui



Oki... kau permata ayahbonda
pergimu diawal usia
membawa pergi sengsara jiwa
abadilah dirimu di sana
bersama-samaNYA
namun dirimu tetap abadi
dihati yg menyayangi...


Mel~~
Sayu dari kejauhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan