Khamis, 12 April 2012

Tak sabar-sabar...

Semalam kan cuti.. jadi awal2 pagi aku dah ajak hubby ke Tesco, barang2 rumah mmg dah susut abis.. beras pun xcukup dah nak masak.. so mmg kritikal nak kena beli barang.. Before ke Tesco kami breakfast kat Kedai Roti Canai Terbang... tak taulah apasal nama kedai tu cam tu.. tp memeng sedap roti canai dia.. roti canai melayu mmg senang nak cari kat seberang Perai ni.. kalau di pulau.. mmg susah betul nak cari.. After breakfast kami terus ke Tesco.. beli barang separuh troli.. then keluar... Keluar2 dari tesco tgk ada satu gerai promosi mesin jahit singer... wahh... mestilah berenti kan! Tengok2 kat situ ada mesin jahit tepi tp 3 benang... aku xmo 3 benang tp nak 4 benang.. lama dah teringin ni.. pasal mesin jahit tepi aku kat umah tu dah uzur sesangat... aku beli pun dah lama.. jahitan pun ntah ape2 je dah sebab ada part yg dah hilang/patah.


Bila tanya kat mamat gerai tu.. dia tunjuk ada yg 4 benang.. aku sangat suka hati. Incik hubby mmg menyokong (tp dgn syarat yg lama mesti di let-go).. So aku pun mengorderlah mesin jahit tepi Singer seperti di bawah. Harga RM1345.. boleh cash atau hutang. Kalau xmo hutang bulan2 boleh bayar 4 kali without interest! Ok yang ni aku suka. Memula aku fikir nak bayar cash je la.. aku mmg tak suka nak hutang2 ni.. hutang pada yg terpaksa je cam rumah, kereta.. yg lain tak boleh! Tapi bila dia offer tak de interest.. aku fikir ok la bayar 4 kali dalam RM342 sebulan. Kalau ada duit terpijak kat mana2 aku bayar je lah perabih.. sebab aku selalunya malas nak fikir.. huhu... So smlm aku bayar deposit terus masa tu RM350.. then insyaallah hari ni atau esok diorg hantar kat rumah sambil tunjuk cara nak guna.... heeiii aku tak sabar2 dah rasanya.. :D


Singer 14N655

Features
Two needles, 4-thread overlock machine
Maximum speed: 1,250 s.p.m.
Maximum stitch width (mm): 7.0
Maximum stitch length (mm): 4.0
Needle Cat no.: 2020
For safety, power will be cut-off when front cover is opened
Suitable for T-shirt sewing

lepas ni harap2 la semangatla semula nak menjahit... hubby dah mintak suh jahitkan jubah utk dia ke surau.. insyaallah...

Anyway.. ada sedikit kesedihan masa deal pasal mesin jahit ni kat gerai tu.. mamat salesman gerai tu budak lelaki muda.. Sedih la aku tgk dia.. masa nak isi borang, dia kononnya tolong tuliskan borang utk aku. Boss dia (pompuan) gi fotostat. Time nak isi borang tu aku tengok mamat tu terkial2.. rupa2nya tak berapa reti mengeja... ish ish ish.. nak eja Pensyarah pun tak tau.. (jadi PESYARAH), nak eja Universiti lagi lah haru.. entah apa2 diejanya. Pastu bila tulis alamat aku pun nak isi dalam kotak tu tak reti (tak de space antara perkataan). Last2 aku dah geram, aku tunjukkan mcm mana nak isi borang tu, dan siap eja kan satu2 perkataan...

Ya Allah.. ada lagi anak muda kita yang hampir2 buta huruf.. hmm.. sedih kan.. dulu kat sekolah dia buat ape? tak sekolah ke dia.. macam2 pertanyaan kat kepala aku ni.. rasa nak tanya tp tak patut la pulak.. Sebagai seorang pendidik.. aku rasa tak keruan... really.. it's really hurts melihatkan keadaan sedemikian... lelaki pulak tu...

OK stop bersedih.. huhu.. tak sabar2 tunggu mesin jahit tepi singer ku yang baru... :D

~mel

4 ulasan:

  1. at least dia kerja halal cari rezeki.. tak mencuri merompak mcm orang lain.

    education ni, especially pendidikan awal bukan anak yg decide tapi mak bapak. kalau dah mak pak yg culas mengelat mengeluh hantar anak ke sekolah dgn alasan duit ke apa, anak tokleh buat apa kecuali usaha sendiri.

    minta2 budak tu pegi la tuisyen ke apa.. at least belajar basic 3M.

    BalasPadam
  2. Sila kunjungi kami...kain cotton cantik & murah..boleh jahit pakai raya ni...

    BalasPadam
  3. kesian nya kt budak lelaki yg tak bole 3M tu. Entah2 mak abah tak mampu bayar duit sekolah dia, or mak abah dah tak der lagi..... or jd anak angkat keluarga lain...kesiannya.... dia mesti budak baik sebab akak mel jumper dia pun SEDANG BEKERJA. Ya, Allah murahkanlah rezeki budak lelaki itu. Amiiinnnnn.

    BalasPadam
  4. x pun dia dyslexic kot...tu pasal terkial-kial, kesian dia...

    BalasPadam