Khamis, 20 Disember 2012

Mudah Sgt Org Melayu ni...

Post ni akan buat ramai org marah... heh.. ada org baca ke.. haha..

Anyway.. just some thoughts yg aku observe tentang org2 melayu yg berinternet ni haa.. Mudah sgt terikut bila satu2 'fatwa' dikeluarkan oleh entah sape2 tak kiralah ustaz ke.. kalau fatwa yg benar tu lain la cerita.. ni kaedah nak bagi salam... kaedah nak menulis insyaallah... Benda remeh temah diperbesarkan dan tak relevan pun...

Aku ingat dulu kecoh pasal tak boleh tulis perkataan 'Salam' atau ringkasan 'Aslmkm' dllg.. last2 ramai yg pakat2 tulis salam tulis 'As Salam'.. bagi aku bila tulis As Salam aku mmg baca As Salam je laa.. xdela pulak aku nak menjawab dalam hati Waalaikumsalam...

Sekarang ni pulak sibuk pasal kena tulis In Shaa Allah instead of Insyaallah... Sebab katanya kalau tulis 'Insyaallah' tu tidak membawa maksud 'dengan izin allah'... okeh..

Aku ada student Arab yang selalu beremail dengan aku. Biasanya student arab yg bahasa rasminya adalah bahasa Arab memang akan memulakan email dengan "Salam" atau "Salam Alaikum" atau apa2 ejaan yg membawa maksud mengikut bahasa arab. Takde pulak kalau aku tulis "Salam" atau "Assalamualaikum" diorg cakap salah...atau tegur cakap maksudnya berlainan.. org Arab ni sikap dia lain, kalau mende tak betul dia akan sound tak kiralah org tu SV dia ke.. sebab mereka mmg agak kasar orgnya...

Dan bila tulis insyaallah biasanya mereka guna Inshaallah atau insyaallah.. Cuma tukar y atau h jer..  xde la pulak diorg tulis in shaa allah jauh2.. dan bila aku hayati bila mereka bercakap pun xdelah pulak bhg 'shaa' tu dipanjangkan.. baru tadi jumpa sorang student arab ni.. dia cakap kat aku.. insyaallah taala lagi.. tak pernah pulak dia tegur aku cakap/ eja insyaallah tu salah.. Sedangkan Bahasa Arab tu bahasa percakapan diorg...

So, pendapat aku la.. benda yg remeh2 tak perlulah nak dgembar gemburkan.. di share.. sedangkan kita sendiri tak pasti.. lepas tu bila ada org bawa 'fatwa' jgn tulis camni.. jgn cakap cam ni.. rujuklah pada org yg arif.. jgn terus je ikut dan klik share.. kalau dah pasti baru ikut.. boleh??


~mel
sori lah aku mmg berfikiran negatif sikit pasal hal ni..

2 ulasan:

  1. Salam :D

    Betul2, bukan cara tulisan/perkataan yg penting. Yg penting niat/hajat yg cuba dia smpaikan - memberi Salam.

    BalasPadam
  2. Mudah sgt percaya internet. Yang start tu entah2 budak lepas sekolah. Kes gangnam style la, bonggol unta la semua ada.

    Yang penting baca apa2, rujuk dulu ustaz. Ni main share terus. Benda kecik mcm ejaan pun kecoh.

    BalasPadam