Ahad, 18 Mei 2014

Sedekah....

Petang Sabtu biasanya kami ke pasar malam... bila tengahari aku dah memasak..malam biasanya aku masak simple atau beli yang simple2.. So petang sabtu jawabnya beli makanan di pasar malam Taman Pauh indah.. kat pasar malam beli sate.. dan sedikit lauk pauk.. dalam perjalanan kat pasar malam biasalah.. seperti biasa ada ramai peminta sedekah.. yg buta, yg cacat dan yg sihat pun ada... Seikhlasnya aku ni kurang minat dgn peminta sedekah yg sihat wal'afiat.. kalau di Pasar Malam Tmn Tun Sardon yg biasanya aku pergi hari Rabu, ada seorang pakcik peminta sedekah yang selama-lamanya memakai simen patah tangan.. dari dulu sampai sekarang.. tgnya tak baik2.. Ya Allah semoga diberi kesembuhan moga2 minggu depan aku boleh lihat beliau tanpa simen patah tangan tu... Amin..

Dalam aku & hubby berjalan kat pasar malam tu, aku terlihat seorang pakcik buta menjual telur masin, asam jawa dan belacan... hatiku meruntun.. haa inilah insan yang patut ditolong. Beliau tidak meminta sedekah.. menjual apa yang ada.. walaupun aku sebenarnya tak memerlukan apa2 yg dijual.. aku berhenti membeli telur masin.. aku tanya pada pakcik tu.. berapa harga 3 biji telur masin tu... RM2.50 katanya. Aku hulur RM3.00 dan ambil sebungkus telur masin dan cakap kepada pakcik tu tak perlu pulangkan bakinya.. Bila selesai hubby bertanya.. ehh tak amik baki? Dia tak dgr perbualan aku dgn pakcik tu.. aku cakap tak pelah papa.. 50 sen je pun.. lagipun pakcik tu walaupun buta at least dia tak minta sedekah, dia brniaga sikit2.. so kita sedekahlah sikit2 padanya.. Pastu hubby cakap.. haa betullah.. tadi kat pasar tengok ada seorang muda dok minta sedekah, badan sihat wal'afiat.. tak patut betul.. baiklah pakcik tadi buta2 pun berniaga...

Bagi aku sekarang ni sikit2 aku cuba bersedekah.. tapi tak taulah kenapa, aku memang agak kurang ada hati dengan peminta sedekah kecuali mereka cacat.. tp itu pun kdg2 takut ada sindeket mempergunakan mereka... Sebenarnya kita boleh bersedekah di mana sahaja... tak perlu banyak.. biar kita beri sedikit pada ramai orang dan menggembirakan hari ramai org dari kita beri banyak hanya sedikit org yg gembira.. itu yang pernah aku baca...

Aku ada satu tekad dalam hati.. al kisah aku parking kereta di airport waktu aku pergi JB Khamis hari tu..  disebabkan aku pergi hanya 2 hari 1 malam, jadi aku park kereta kat airport sahaja.. kalau lama barulah aku minta kawan2 tlg hantar ke airport dan tinggal kan kereta di usm.. Aku sampai Penaang Airport dlm pukul 10.15 dan terus pi kereta.. aku expect parking 2 hari tu dalam RM50... sampai2 kat pondok parking bila aku buka tingkap, tetiba ada seorang perempuan yg bekerja di pondok parking tu menyapa dengan mesra sambil tersenyum memberi salam.. Assalamualaikum... aku pun senyum dan menjawab.. Waalaikumsalam warahmatullah... Dalam hatiku berkata.. malam2 pun ada perempuan yang jaga parking.. tak takut dia yer sorang2 kat situ.. Bila dia cakap 42 ringgit puan.. aku pun hulurkan RM52 kepadanya dan dia hulurkan kembali RM10.. bila dah start kereta baru hati terdetik.. ya Allah kenapalah aku tak sedekah kan saja RM10 tadi pada dia.. tentu dia happy.. patutnya aku balas jasanya dia yg menggembirakan aku yg memula rasa sgt letih... bila dapat ucapan assalamualaikum dengan senyuman aku rasa hilang sedikit letih aku... lagipun bila orang perempuan terpaksa bekerja sampai malam di tempat parking sorang2.. tentunya dia perlu untuk bekerja..maksudnya dia tentunya bukan orang senangkan...

Anway.. hati aku bertekad.. kalau aku jumpa lagi perempuan tu minggu ni (aku nak ke Kuching dan akan park kereta di airport lagi).. insyaallah aku nak bersedekah pada beliau... harap2 beliau ada.. menyesal tak terfikir hari tu..

Lastly.. semoga Allah sentiasa buka kan hatiku untuk membantu insan-insan yang memerlukan.. dan Allah tidak memalingkan hati dari kebaikan ke arah kesombongan..  Ya Allah tetapkanlah hatiku,,, Rabbana la tuziqqulu bana ba'daizhadaitana wahablana milladun karahmmatan innakaantal wahhab...  amin ya rabbal alamin...

~mel



Rabu, 14 Mei 2014

Pindah....

Weekend baru ni mulanya kami balik ke Gombak selepas aku menyelesaikan tugas aku di Bengkel Kesihatan yang aku organise utk pengasuh2 Hadhanah..  Then petang Ahad aku ikut encik suami ke Tg Malim.. tinggalkan Eryna & Aliff di rumah uwan Gombak.. Hari Rabu sebelum tu encik suami dapat kunci kuarters di INSTUN dan beliau sudah tak sabar2 lagi nak pindah sebab orang asrama dah bising dia menumpang lebih 2 bulan kat situ.. huhu.. So aku cakap xpe la, hari Isnin time dia kerja tu aku akan tolong bersihkan kuarters tu.. Kuarters tu mmg besar, ada tiga bilik, tiga bilik air, satu bilik utiliti dan dapur. Masa kami sampai malam Ahad tu, kami singgah kat TF Supermarket di Behrang 2020 utk beli beberapa barang utk mengemas. Aku adalah beli barang sikit2 kat Tesco before balik Gombak tapi ada jugak yg aku tak beli sebab xjumpa..  Lepas makan dan beli barang tu kami terus balik kuarters yang belum bercuci tu... apa yg aku buat just vaccum Master Bedroom, then mop keliling  bilik, then kami pun tido je lah setakat yang mampu kemas malam tu... bentang tikar bekalan mak... bentang toto & bantal.. kami beli 2 helai selimut di TF tu.. satu utk buat selimut dan satu utk jadi langsir.. hehe... hajat hati nak beli langsir tapi tgk harga mahal tapi xde kualiti.. so guna selimut RM12.90 je  la dulu... nanti ada masa aku gi Kamdar or Nagoya beli kain buat langsir sendiri... Bila aku kira2 agak2 aku kena beli dalam 24 meter kain langsir utk whole rumah... gila banyak tingkap kat rumah tu.. kalau beli langsir ready made mmg boleh jadi beribu ringgit.. huhu..

Hari Isnin hubby kerja jadi aku start ler operasi membersihkan rumah.. aku rasa penghuni lama mungkin tak berapa lama sgt pindah dari situ.. mungkin 3-4 bulan kot.. jadi rumah tu tak de kotor sgt cuma penuh taik cicak dan taik burung kat bahagian belakang rumah... so memula sapu2 rumah kumpul setempat then baru aku vacuum.. mujur teringat nak bawak vacuum dari Penang.. cuci kipas.. cuci sawang (mana yg sampai ler sebab rumah xde perabut, kerusi pun xde nak panjat sampai ke siling)... lepas siap sapu semua.. baru aku mop.. memang keletihan dibuatnya.. alhamdulillah by pukul 12 tghari siap aku mencuci seluruh rumah.. nampak best utk tinggal dalam rumah tu dah... bila dah siap mula la kehausan.. kettle ada tapi air baru masak.. panas ler.. dalam kereta ada air mineral botol besar tapi dgn aku yg basah kuyup dah keletihan tak de la nak turun ke kereta utk amik.. btw kuarters encik suami tu tingkat 3... huhu.. jenuh panjat tangga.. :P

So bila dah terbaring lepas mandi.. aku pun sms encik suami suh beli air ais.. dia cakap ok dia pun nak beli nasi bungkus kat kafe Instun jer.. Dalam pukul 1 lebih beliau sampai membawa dua bungkus nasi dan dua bungkus sirap ais... Wahhh dia cakap.. dah siap kemas...!! Aku sengih je laa.. Bila hidang nasi bungkus kat sotkabar atas lantai.. dia tunjuk.. haaa ni mommy punya.. papa belikan nasi lauk ikan keli goreng dan terung sambal feveret mommy... Bila ku intai nasi dia.. nasi  lauk ayam dan sayur.. sejak akhir2 ni aku mmg kurang selera dgn ayam.. ntah nape ntah..
Cuma yg aku terharu.. ehh... encik suami perasan aku tak suka makan ayam lately.. dan dia belikan sayur terung sambal yg aku suka.. After lunch ingat nak tido.. penat ler katakan.. tetiba encik suami ajak gi TNB daftar elektrik.. so aku ikut je la walaupun mmg penat.. huhu.. lepas daftar TNB singgah la pulak kat kedai sebelah TNB tu ada jual rak sidai towel dan ironing board.. Yang bestnya encik suami terlupa yg daftar TNB tu kena bayar deposit bagai.. mujurlah cukup duit dia nak bayar deposit + cas lain.. tapi bila nak beli dua barang tu.. beliau cakap guna duit aku dulu boleh.. duit abis bayar deposit letrik.. aku ok jer..  Bila dah kluar kedai hubby cakap nak withdraw duit dulu.. aku tunjuk ada stesyen minyak seberang jalan.. kitorg pun pergi la sana.. aku lepak dalam kereta jer sementara dia di kuar duit.. tetiba bila beliau sampai dia bawak air botol... ehh.. air feveret aku.. air tu payah sikit nak jumpa tp kalau ada sure aku beli.. dan yg paling menterujakan aku sebab air tu dia beli spesifik perisa yang aku suka.. perisa lain mmg aku xsuka sgt.. :P . Okeh.. really aku rasa diappreciate bila encik suami tau apa yg aku suka.. Balik rumah.. aku zzz then bila encik suami abis kerja kami terus balik Gombak semula... 

Semalam.. lepas amik Aliff dan Eryna, kami bershopping di IKEA... seperti biasa beli itu ini.. hihi.. sekali sekala ke Ikea mmg best.. tengahari kami pakat makan hotdog dan karipap Ikea.. then terus ke Tg Malim.. disebabkan masih penat aku sampai2 terus zzz.. encik suami sibuk memsang alat2 yg dibeli di Ikea.. Petang tu lepas asar encik suami ajak keluar.. ajak aku ke Diamond Creek.. katanya tempat tu resort yang tak jadi.. so ada rumah banyak yg terbengkalai.. Bila pi ke sana... wahhh.. aku suka sangat.. tempatnya ala-ala English living.. just sebelah Instun.. rumah mmg banyak ditinggalkan tapi ada beberapa tempat yang hidup.. ada org tinggal.. menarik sangat bagi aku.. So aku cakap kat encik suami.. aku aim for buying one of the house kat situ.. betul2 nak ni.. so aku amiklah no tefon di bawah.. hihi.. cadang nk tanya rege rumah tu laa.. kalau ok mmg nak book :P, tak salahkan beli rumah lagi sebijik...


Dari Diamond Creek kami terus keluar pi makan malam.. singgah surau kat area Tg Malim utk Maghrib.. then makan di Destina Tom Yam.. makan biasalah tomyam & co.. abis makan time encik suami nak bayar.. ntah camne dia nmpk asam feveret aku.. tup tup dihulurnya asam tu kat aku.. ehh aku terkejut.. :P


Ok sebenarnya kesimpulan dari entri aku yang panjang berjela ni adalah.. 

Seorang isteri biasanya sgt teruja bila suaminya ingat apa yg dia suka...atau pun apa yg dia nak.. atau apa yg dia sakit.. Frankly speaking aku sebenarnya bukan jenis suka meminta2 dari suami aku.. kdg2 tu ada la tp aku rasa aku ni tak dela minta benda2 yang suami aku tidak mampu atau asyik2 minta itu ini..(betul kan encik suami? :P) Tapinya.. naluri seorang perempuan ni selalu ingin dirinya diberi perhatian.. kadang2 tak perlu lah perhatian yang lebih2.. cukuplah sekadar ingatan atau tanda yang dia tau keperluan kita.. dia tau apa yg kita suka.. tak perlu yang mahal2.. sekadar air botol harga singgit lebih, sayur terung berlada dan asam merah ketul2 tu tu berjaya membuat hati seorang perempuan gembira sampai balik Penang.. hahaha.. it's that easy.. Alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah berikan... moga2 tercapai hajat aku lepas ni nak beli sebijik banglo di Diamond Creek.. Amin Ya Rabbial Alamin...


~mel