Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 20 September 2014

Avani Goldcoast Sepang

Sejak akhir2 hubby banyak betul ada bengkel di luar. Ada ketikanya dia ajak kami join.. ada ketika dia pi sendiri.. kalau nak ikut selalu tak dapek la den nak ikut sebabnya dah kerja ni kan... cuti pun tak berapa nak ada...huhu.. Anyway bila hubby ajak pi Avani aku pun ok jela.. semalaman je pun... :D

Bila browse kat internet tgk Avani Gold Coast ni sgt menarik... dan bila pergi mmg sangat2 menarik... Setelah checkin hubby kena join bengkel ape ntah.. so aku bawak Aliff dan Eryna untuk bermain di Beach... wahh.. beachnya sangat cool.. ada tempat permainan budak2 yg membuat dua org budak ni sgt seronok...

 
Aliff dan Eryna kat atas playgym yang dikuasai oleh hanya mereka berdua.. apa lagi.. sakan main.. free yer.. tak kena bayaran..


Sambil bebudak ni tgh main aku ternampak buaian kat atas ni.. pergh.. hati teruja nak naik.. bila naik.. rasa nak tertido... huhu.. best...then eryna join sama2... :P

Dua org budak nakal.. terjerit2 aliff ketakutan kena buai dengan eryna... hihi

 
Lama betul aku lepak atas buai ni.. memang rasa calm jer dok mcm ni tepi pantai..

Ada sand-pit siap peralatan sekali yg boleh main.. apalagi sukalah eryna yg gemar main pasir... 

 
Bila hubby dah habis bengkel.. (kejab jer pun bengkel nya) aku ajak dia naik beskal ke bilik kami... dapatlah kami beskal satu2.. Di Avani mmg ada beskal banyak yg boleh digunakan secara percuma bila2 masa.. so tak perlu book ke hape.. jumpa beskal ambil jer & guna.. sgt mudah..

 
Di verandah bilik kami... 

 
Ini dia pandangan hadapan Avani GoldCoast Sepang ni.. cantik sgt.. pelik pulak kenapa aku berjubahkan... hehe.. sebenarnya ada rahsia di sebalik tu.. aku plan nak mandi manda tp takkan aku nak pakai baju renang utk jalan2.. so utk memudahkan sesi tukar menukar.. aku pakai baju renang dlm jubah... so lebih mudah nak tukar.. bila jln pun sopan jer... :P

 
Ada kidzone kat dlm Avani ni..so kita boleh tinggalkan anak2 utk aktiviti dalam ni, ada org jaga... kalau ada baby pun mmg ada kot baby disediakan... Aliff dan Eryna sempat mencanting batik di sini.. Gambar kami mencanting batik boleh lihat di blog hubby .

 
Gambar kiri atas kereta ala2 tuk tuk utk pergi dari satu tempat ke satu tempat dlm Avani, gambar kanan aku sedang mandi manda dgn eryna








Kolam mandi di Avani ni sgt best sebab dihujungnya air terus jatuh ke laut... hubby tak mandi sebab pakaian tidak sesuai.. en hubby agak particular ttg berpakaian dikhalayak ramai... kat sini sama ada pakai baju mandi atau tanggal baju... errr... takkan hubby nak mandi tanpa baju pulak... tak elok kan... Mujur lah aku bawak baju renang muslimah yang aku beli kat bandung dulu.. dptla aku berendam (berendam yer.. bukan berenang). Gambar di atas.. kat belakang warna coklat sikit tu laut...


 
Cantikkkan.. bilik kami bilik hujung sekali tingkat atas tu... 

 
Dah nak balik dah ni.. atas kereta ala2 tuk tuk untuk check-out.. 

Sementara tunggu settle everything... budak2 dua org ni main ipad di lobby

Dipengakhiran.. dah checkout dah time ni.. cuma nak ke kidzone ambil hasil kerja batik yg kami buat before this.. nak ambil sebelum tu tak kering lagi...

Walaupun kami kat Avani ni sekejab jer.. tapi memang best.. on the way balik dok cakap kat hubby nak dtg lagi sebab tak sempat nak explore semua... hubby ok jer.. tapi bila check nak book bilik... ok.. satu mlm harganya RM675... patutlah mcm2 aktiviti ada.. hihi.. insyaallah hujung tahun macam nak pergi lagi 3 hari 2 malam.. ada rezeki lebih boleh ajak family... kan.. insyaallah.. ambil villa 3 bilik..

~mel



2 ulasan: