Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 20 September 2014

Tg Dawai..

p/s Post ni dok terperap dalam dashboard dah berzaman... terlupa nak published... :P

Dulu masa hubby kerja di Penang, bila weekend kami selalu merancang ke sana sini yang berdekatan untuk menghabiskan masa bersama... tapi since dia dah kerja di Tg Malim memang weekend selalunya dihabiskan di rumah.. kalau berjalan keluar pun sebab ada urusan keluarga.. balik gombak dan lain-lain jemputan.. Actually akusedikti sebanyak rindukan waktu2 berjalan simple-simple ni.. Sekarang ni bukan tak boleh buat lagi mcm tu tapi selalunya aku kesian kat hubby utk drive ke sana sini sebab dia dah travel hari isnin dan jumaat.. Tapi i always miss our short weekend ke mana2.. :(

Semalam aku tetiba terfikir nak ke Tg Dawai.. main reason stok ikan bilis sabah aku dah habis.. Since aku bercuti selama 7 bulan, aku memang tak keluar mengajar jauh2.. apalagi ke Sabah, so tak dapatlah membeli ikan bilis yg cantik2.. Bila aku cakap kat hubby, dia ok.. so lepas kami ke pasar pagi tadi membeli lauk pauk, aku, hubby & eryna terus ke Tg Dawai... kalau ikut google maps, rumah aku ke Tg Dawai lebih kurang sejam perjalanan.. oklah tu.. kami tak sesat apa pun, memang terus berjaya ke Tg Dawai.. this was our first time ke sana... walaupun duduk tak berapa jauh dari Tg Dawai.. Tg Dawai ni letaknya di Kuala Muda, dekat dengan Yan dan Merbok, Kedah. Sepanjang perjalanan nampak sawah padi menghijau dan suasan kampung yg indah. Before pergi aku dah google tempat menjual ikan bilis, ikan kering yg direkemen... So bila sampai sana mmg terus jer cari tempat yg ingin dikunjungi..

Ini dia arked Tg Dawai tempat banyak penjual menjual hasil barangan dari laut.

Koleksi ikan kering dan ikan bilis


Papa dan yina yg menemani mommy membeli belah :P

Ikan kering, ikan bilis dan hasil laut memang segar2 belaka.. worth the travel


Membeli makan ringan...      sotong2 kegemaran encik hubby


Pemandangan dari jeti tempat kami makan mee udang.. 

Indah sungguh pemandangan

Layan mi udang.. udang dia memang fresh... sgt2 fresh... 


Sedap!! tak cukup rasanya... tp sepinggan harganya.. opppsss... :P

Ais kacang aka ABC

Alkisah lepas shopping barangan hasil laut aku tingin nak beli cempedak goreng kat gerai depan arked tu... selesai membayar (mujur) datang seekor lembu menyerang gerai tu dan mencuri buah cempedak... rupa2nya lembu suka makan cempedak... :P



Then kami singgah di Masjid Tg Dawai utk solat zohor.. kat atas adalah pemandangan dari masjid..

Otw back singgah beli buah cempedak kat gerai yg menjual buah cempedak.. banyak giler dan murah2... ternampak buah di atas.. tak pasti buah apa.. beli je la... nak rasa...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan