Selasa, 30 Jun 2015

BAN AZWAN ALI @ BAN DIRI KITA SENDIRI

BAN AZWAN ALI @ BAN DIRI KITA SENDIRI - Saya jarang mengikuti perkembangan artis, jauh sekali nak ambil tahu ttg mereka. Tp 2-3 hari ni asyik terbaca ttg isu Azwan Ali (AA) memaki hamun seorg wanita di laman sosial. Apa pun yg berlaku sy rasa sgt kecewa bila membaca maki hamun yg dikeluarkan oleh manusia yg kononnya seorang 'diva'. Sy dibesarkan oleh ibu bapa yg sgt particular ttg maki hamun/carutan dsbgnya.. kalau didgr oleh arwah mak ayah terkeluar perkataan bodoh sekali pun dari mulut kami.. siaplah.. paling tidak penangan cili dimulut pasti dirasai.. Ianya menybbkan perkataan2 yg xbaik itu lngsg xmampu nk dikeluarkan oleh kami adik beradik. Bila sy terbaca maki hamun AA, sy jadi gusar.. Ya Allah, di mana letaknya maruah dan budi bahasa seorg individu dan ianya dilakukan terang-terangan tanpa segan silu & rasa bersalah. Bila sy membacanya sy rasa AA ni sepatutnya diban dari diminati, diungguli dan apa2 saja yg menjadikan beliau seorg yg angkuh. Dia patut diban di laman sosial, kalau ada page FB, twitter, instagram.. ban kan saja dia.. ssesiapa yg follow silalah unfollow supaya beliau tahu langit itu tidak setinggi mana..

Kalau tak dapat ban dia, apa kata banlah diri kita, keluarga kita dan anak2 kita terutamanya dari mengikuti beliau. Org2 yg mcm ni adalah pengaruh yg sgt tidak baik kpd anak2 kita.. kalau anak2 kita sentiasa terdedah dgn maki hamun yg berleluasa di alam maya ini, maka kita mendidik anak-anak kita dgn membiasakan mereka dgn perkataan yg tidak baik, terbiasa dgn carutan serta hidup dlm dunia yg sgt tidak sihat. Bukan saja ban AA tp ban juga artis2 yg tiada manafaat utk diikuti.. yg tidak patut jadi idola anak2 kita.. yang membawa keburukan lebih dari kebaikan.

Semoga Allah lindungi kita dari gejala2 yg membawa kemusnahan kepada muka bumi ini.

~mel

Konvo PPG 5 Jun 2015

 Dah lama tulis post ni.. tp tak siap...so sambung pagi ni untuk diselesaikan :P

5 Jun adalah konvokesyen kohort 1 Program Pensiswazahan Guru (PPG) kerjasama USM dan UPSI di mana aku diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Program sejak tahun 2012. Sebanyak 2 bas USM digunakan untuk membawa seramai 62 orang staf akademik dan staf sokongan ke Tg Malim. Alhamdulillah, dengan bantuan encik suami, dapatlah kami menginap di Instun semalaman. Kalau tiada bantuan suamiku tak taulah mana aku nak tempatkan lecturer yang ramai2 ni... dan mujurlah lecturer ni semua sporting belaka, walaupun masing2 level tinggi tapi tak kisah kena naik bas beramai2.







Kami dalam bas. Seperti biasa Eryna tak ketinggalan, naik bas sekali. Maklumlah nak pi kat rumah papa... :P

Kami bawa jubah dari USM untuk digunakan dalam perarakan akademik. Ini untuk menghighlightkan bahawa pasukan kami dari USM...  Gambar di atas adalah sesi distribusi jubah kepada pensyarah yang dibuat di Kafe Instun. 

Kami adakan majlis makan malam utk meraikan pensyarah yg banyak membantu dari tahun 2011-sekarang.. aku bagi taklimat sikit untuk keesokan hari as well as ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pensyarah.

Dalam bas nak ke UPSI... masing2 bergaya dengan kot bagai tapi naik bas.. keh3.. respek!

 Sebaik saja turun dari bas... happy masing2 dah sampai :P

Kami di UPSI sebagai franchaiser di mana program ini kami guna sepenuhnya kurikulum UPSI dgn membayar beberapa percent. Sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja dijalankan oleh USM.
Perarakan utama masuk ke dewan konvokesyen. First time dlm perarakan utama.. remember.. sy pensyarah cabuk sahaja... teruja betul.. takut pun ada.. :P

Nun... di atas pentas..

Mukaku dalam buku konvokesyen UPSI..  yg depan2 tu semua bos2.. aku ni seorang je pensyarah cabuk huhu... jgn terpedaya dgn gambar di atas ya.. aku insan biasa sahaja..


Di atas pentas konvokesyen... gabra giler aku...

Gambarku yang diambil oleh wakil graduan yang duduk dibelakang aku :P

Pelajar2 yang bergraduat


Perarakan keluar setelah selesai konvo.. 


 
 Me and my lovely friends...
 Gambar tak boleh blah... mcm kami pulak yg konvo.. padahal dok kat pentas menengok je pun :P



 Bergambar dgn students... masing2 berebut nak tangkap gambar.. rasa cam retis pulak :P

Selfie dgn Jiross...

Dengan graduan dari Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu..
Dihantar balik ke INSTUN oleh bas USM... huhu.. tenkiu pak driver yang sudi menghantar dan bersusah payah pusing bas kat dalam INSTUN tu.. :P

Satu perkara yang aku tak boleh lupa tentang konvokesyen ini adalah permintaan seorang anak untuk mengambil ijazah bagi pihak bapanya yang meninggal dunia dua minggu sebelum upacara konvokesyen. Isteri kpd arwah kamarulzaman juga adalah pelajar ppg yang bergraduat pada hari yg sama telah menghubungi aku menyatakan permintaan anaknya itu. Sebak hati aku bila mengenangkan anak2 yg kehilangan bapa dlm usia yg masih kecil akibat masalah jantung. Jadi untuk memenuhi permintaan tersebut aku telah cuba arrangekan sesi 'Anumerta' buat arwah dan anak Nurul Aliah yg mengambil ijazah tersebut. Alhamdulillah... walaupun arrangement dlm masa yg singkat dan hingga ke saat akhir aku terpaksa minta org UPSI pastikan ianya berlangsung, akhirnya aku dpt melakukannya dan sesi tersebut berjalan lancar... menitis airmata aku bila mana Nurul Aliah naik ke pentas mengambil ijazah arwah bapanya... Alhamdulillah.. dapat aku tunaikan hajat seorang anak yg kehilangan ayah.. Semoga Allah berikan kehidupan yang baik kepada merekea dan tempatkan arwah dalam kalangan hambaNYA yang soleh...


Alhamdulillah... kohort 1 seramai 979 graduan telah bergraduat.. Tinggal lagi 4 kohort berjumlah lebih kurang 2 ribu pelajar.. moga Allah permudahkan urusanku menyeleras program ini, InsyaAllah.. Amin..


~mel