Coretan Raya 2015
Tulis coretan raya ni berdikit2 dengan henfon.. last2 terlupa.. Anyway.. hari ni dah dekat 15 hari raya.. sedih masih belum mampu utk berpuasa di bulan syawal ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. harap2 minggu depan mampu melaksanakannya. Anyway, coretan di bawah hanya untuk menjadi lakaran sejarah dan secarik ingatan buat cerita yang sudah berlalu.. maklumla semakin usia meningkat, semakin kurang daya ingatan....
Tahun ini kami beraya di Bera iaitu di rumah my sisters... kami beraya memang ikut giliran, tahun ini aku beraya dengan adik beradik aku di hari raya pertama dan kedua, tahun depan raya pertama dan kedua di rumah mentua dan seterusnya bergilir2 sedemikian. Adalah penting ianya dikekalkan supaya hubungi dalam kedua keluarga tetap kukuh terutama bagi kami yg tiada ibu dan ayah.
MALAM RAYA (16 Julai 2015)
Setelah selesai solat isyak.. adik beradik dan ipar2 lelaki sama2 bertakbir menyambut ketibaan Syawal yg dinanti-nanti.. alhamdulillah.. suka betul dgn takbir raya versi family ni sebab semua adik beradik, ipar duai lelaki sama2 bertakbir beramai2 dan secara individu...
First time eryna main bunga api.. seronok betul walaupun ada sesi takut, sesi merajuk, sesi jebik dllg.. huhu.. konon tangan terkena percikan api dan sebagainya...
RAYA PERTAMA (17 Julai 2015)
On the way nak pi solat sunat aidilfitri di Masjid Daerah Bera. Mommy berjubah sedondon dgn Eryna.. dah lama beli jubah tu.. berbulan2 sebelum raya lagi..
Sesudah solat sunat aidilftri... Yina tak solat pun tp tidur kat masjid.. huhu
Bergambar di depan rumah my sister di Taman Jati, Bera. Alhamdulillah 7 dari 8 adik beradik kami ada di sini. Yg tiada abgku yg menetap di AS. Aku sempat menghantar sms ucapan selamat hari raya untuk abangku dikejauhan sana. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada beliau.
Eryna dapat duit raya!! Yeayyy!! Dalam kegawatan ekonomi banyak juga dapat duit raya yer Yina... but mostly banyak2 dari adik beradik je laa...huhu
Kami adik beradik... menunggu nak bergambar raya...
Wefie....
Abang Mirul, Abang Chik & Aliff berbaju biru dlm kereta utk menziarahi kaum kerabat..
Golongan muda-mudi...
My siblings... 7 out of 8...best sekali sekala dapat berkumpul macam ni... apa yg penting persefahaman..
Me, hubby & Eryna di Felda Mayam, Bera, Pahang..
RAYA KEDUA (18 Julai 2015)
Hari ni cadang nak ke Jengka.. menziarahi rumah abg sepupu kami. Walaupun abg sepupu tapi dah pangkat ayah kpd kami sebab arwah ayah kami adalah anak bongsu kpd isteri yg paling bongsu. Khabarnya arwah aki kami, Hj Awang pernah berkahwin seramai 7 org isteri.. wahh power giler...
Irdina dah jadi best fren eryna tahun ni.. ke mana2 berdua.. tak bergaduh pulak tu... hihi..
Sebelum berangkat kami buat majlis birthday eryna yg tertunda.. kali ni tempah kek elsa gaun utk eryna... Birthday eryna 9.7.2015
Upacara birthday eryna...
Itu dia patung elsa yg rambut pun terkena krim...
Yeayyyy potong kek...
Eryna & Mommy bergambo depan rumah lagi. Raya kedua ni kami sedondon kurung moden warna peach pink...
Kak Amirah, mommy, Eryna..
Bergambar bersama keluarga abg sepupu, abg molok di Jengka 12. Alkisah kami tertipu dgn google maps.. adehh berpusing2 satu jengka dibuatnya..
My kembar katanya.. anak sedara sepupuku Husna.. dikatakan mempunyai muka seiras dgn ku.. betul ke? Hubby cakap.. sama ke? Mcm tak jer.. huhu..
Dari Jengka 12 kami terus balik Gombak ke rumah mentua.. walaupun kita ada keluarga sendiri, keluarga mentua jgn dilupakan, begitu juga sebaliknya. Giliran biarlah adil.. jgn ada mak ayah dan kaum keluarga yg terasa.. especially di hari raya.. jgn ada suami atau isteri yg terlebih dominan.. bertolak ansurlah.. bg aku aku tak kisah.. as long as dpt beraya.. ziarah keluarga.. cuma aku tak minat ziarah ostrich dihari raya.. huhu.. yg berlaku di raya ketiga...
RAYA KETIGA (19 Julai 2013)
Raya ketiga ada di Gombak. Oleh sebab semangat raya masih berkobar2 jadi memang bersemangatlah nak berjalan kan. Tapi tak tau nak pi mana. Tau2 hubby ajak gi PD. Ehhh.. PD?? Sape ada kat PD?? Rupa2nya family mak mentua buat gathering di PD.. encik hubby tak gitau pun.. ada ke patut. Ni susah dok jauh2.. nak bercerita pun xde masa.. geram jer.. huhu...
Anyway kami pergi ke PD raya ke 3. Tau2 diorg yg di PD sedang melawat Ostrich Farm... jadi kami pun terus ke Ostrich Farm je la.. Ok ini bukanlah hari raya yang ku impikan.. sebab pakai baju kain 'kasa rubia' katanya... dan masuk ostrich farm... hihi..so berhati2 lah diriku sgt..
Aku & Yina yang berjubah... ok...
Dari ostrich farm kami ke Homestay tempat family belah mak mentua berkumpul beramai-ramai. Ok dapatlah makan kuih raya... solat bagai di situ.. then kami pun balik. Balik singgah Seremban rumah pakcik hubby.. beraya di sana... Dia buat kerepek pisang tanduk..sedap gilaa..huhu.. Dari Seremban kami balik ke Gombak.. Selesai hari ke 3 raya..
RAYA KEEMPAT (21 JULAI 2015)
Hari ni plan beraya ke Kuala Selangor rumah mak sedara hubby. Seingat aku dua tahun lepas aku ada juga pergi beraya ke rumah beliau. Kali ni kami pergi bersama abah, mak, along dan family along. Best dapat jalan beramai2 ni...
Di depan rumah mak sedara hubby di Kuala Selangor.
Dari Kuala Selangor kami ke Puncak Alam rumah cousin hubby. Otw tersilap simpang dah berpusing pulak satu Shah Alam sebelum sampai ke destinasi..huhu..
Di rumah cousin hubby.. cantiknya rumah dia..
Kami yang hadir :P
Hari Rabu 22 Julai kami pun nak balik Penang.. actually hubby balik ke Tg Malim dan aku balik Penang. Mak nak ikut balik Penang sebab ada plan menziarah bapa saudara hubby yg sakit di Taiping pada hari Sabtu dan menghadiri kenduri sedara mak di Ipoh. So kami pun baliklah.... hari Khamis Jumaat aku dah kerja tapi kerja macam tak kerja jela sebab mak ada kat rumah tak sampai lah pulak hati nak lepak ofis... so buat kerja di rumah je la...
Gambar hari Sabtu 25 Julai sebelum ke Taiping & Ipoh...
Ok..itu saja cerita raya... semoga masih ada Ramadhan tahun depan dan masih berpeluang menyambut Syawal seterusnya. Moga Isnin depan boleh mula berpuasa.... insyaallah..
~mel
cepat2 ringkaskan tulis.. kalau tak tak berpos la posting ni :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan