Khamis, 11 Februari 2016

Demam...

Dah lama aku tak demam teruk.. Selalunya encik suami yg rajin demam.. Kali ni aku ni nak ckp demam sgt idak la.. Cuma aku sakit2 badan.. Badan rasa lemah & selsema agak teruk.. Meleleh2.. Actually aku mmg ambil cuti sempna raya cina.. Tp encik suami tk cuti.. Hajat aku cuti adalah untuk selesaikan beberapa perkara termasuklah menjahit beberapa kain yg dah berkurun aku simpan..

Semalam aku baru balik dr Tg Malim.. Sebenarnya tak larat sgt nk drive tp disebabkan oleh encik suami ada kursus di sungkai dan meginap di sana aku terpaksa kuatkan semangat utk blk penang. Sedikti goyah juga utk drive balik.. Kepala pening.. Badan tak sihat.. Namun alhamdulillah dgn pertolongan Allah sampai juga aku ke rumah dlm 3 jam perjalanan.. Hajat hati samapi2 nak rehat then ke mydin cari brg rumah tp terpaksa aku kansel.. Mmg aku dah tak mampu bangun...namun sempat juga aku masak nasi dan ayam goreng utk lunch eryna dan aliff... Kesian pulak nak mkn ape budak2 ni.. Then aku terus tidur.. Tidur yg tak berapa nyenyak.. Gitulah aku seharian.. Mkn mmg jgn harap.. Tak lalu..

Mlm td aku order pizza hut.. Yg penting ada mushroom soup utk aku.. Dptlah juga aku slow2 habiskan.. Then masuk tidur.. Tp kejab2 terjaga.. Sampai skrg time aku mengukir coretan ni dah 2 jam aku bangun dlm pkl 1.40pg dan tak boleh tidur.. Badanku panas, hidung berair...Bangun2 td setelah termenung sebentar aku ke bilik air.. Ambil wudhuq dan solat Isya'... Sejak akhir2 ni aku suka tidur awal dan kemudian bangun utk solat Isya' which aku belajar dgn encik suami bila dia penat2 smpi dr tg malim, dia akan tidur dulu then bangun utk solat isya' kemudiannya.. Biasanya dia akan pesan..."Mi.. Nnt kejutkan papa.. Papa lom isya' ni.." 

Dan akhirnya aku decide utk buat begitu.. Bukan tak boleh solat isya' awal.. Tp aku rasa bila aku beljm solat isya' aku akan paksa diriku bangun dan kesempatan itu membuka peluang utk diriku menambah ibadan lain yg tak akan aku buat kalau aku tidak terpksa bangun utk isya'. Jadi mlm ni tadi aku bangun.. Solat.. dlm keadaan hidung berair2 ... Setelah selesai.. Kepala masih sakit.. Tak boleh tidur.. Lantas ke buka lampu (biasa solat dlm gelap je).. Aku mengemas bilik tidurku yg disepahkan oleh eryna.. Dgn buku dia berterabur.. Dgn mainan berterabur.. Dgn beg balik dr Tg Malim & Gombak yg berterabur..  So mengemas bilik pd pukul 3pagi! Dah kemas bilik.. Mata still xboleh pejam.. Tu yg jadi berblog ni...😐😐

Harap2 dpt tidur lepas ni.. sbnrnya kdg2 aku risau juga, suamiku jauh dan aku perlu survive sendiri di sini.. Bila sakit2 mcm ni aku risau..  Aku mmg jenis yg boleh berdikari.. Tp bila dah sakit sometimes mmg kita perlukan somebody to rely on.. Aku cuma mampu berdoa moga Allah tidak memberikan ujian yg berat pdku ketika suamiku tiada di sini.. Dlm kepala ting tong ni mcm2 perkara muncul di minda.. Harap2 Allah permudahkan urusanku.. 

~Tidurlah duhai mata.. Tenanglah wahai hati.. Amanlah wahai jiwa..

Belanja gambar kesygan mommy...

~mel
Ya Allah permudahkan urusan kami.. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan