Khamis, 11 Februari 2016

Muzium Negara

Pada hari Ahad sebelum cuti raya cina hari tu kami ke muzium negara atas permintaan Aliff Zachary since di Penang lagi. Aku ke Tg Malim pada hari Jumaat selepas menziarahi kembalinya ke rahmatullah nenek Aliff (dikenali sbg Tok) di Serdang Kedah pada pagi tersebut. Disebabkan Serdang tu dah otw ke KL dari Penang, so aku terus je siap2 dari rumah, singgah di sana dan kemudian ke Tg Malim. Aliff kulihat xde lah sedih pun, mungkin sebab dia kurang rapat dgn Tok dia tu. Sampai Tg Malim dalam pkl 5 Ptg Jumaat, then Sabtu balik Gombak, Ahad kami ke Muzium Negara.

Kami pergi bersama2 dgn kakak ipar dan anak2nya. Suaminya terlibat dgn aktiviti hutan katanya.. so tak delah join sekali. Sebenarnya tak de event yg menarik di Muzium Negara pada hari tersebut, just pameran yang biasa. Tapi budak2 ni tetap happy sebab dapat keluar dan berlari2 tanpa agak2 lagi.
Bergambar depan keretapi lama di luar muzium
Kereta bomba lama
Apa ntah si aliff ni baca
Seperti biasa aku selfie jelah untuk menjamin muka aku ada dalam koleksi gambar :P

En hubby dan anak2. Pelikkan rambut hubbyku tak tumbuh2 sejak dari Madinah :P 
Abis semua dibacanya dak aliff ni.. minat betul tentang sejarah


Bergambar dalam muzium
Bergambar depan singgahsana
Di sini adalah ruang tengah muzium. Muzium ni terbahagi kepada 4 bahagian iaitu dari zaman awal melaka hingga lah ke zaman pemerintahan malaysia.



Selfie...

Yang menarik dalam muzium termasuklah bunga emas.



Sejarah Penang pun best juga.. Untuk aku yg minat sejarah memang seronok ke muzium.. nak nya aku banyak gain knowledge bila ke sekolah observe cikgu2 yang mengajar sejarah. Bila tengok bab2 zaman-zaman Neolitik laa.. entah apa2 lagi baru tingat aku selalu belajar kat sekolah :P


Boleh lepak2 sambil merayau2 dalm muzium ni..


Di hujung perjalanan seperti biasa ada kedai muzium. Aku tak beli apa2 pun kecuali fridge magnet yang aku pun tak ingat dah mana aku letak :P



Lepak sebentar sebelum keluar dari muzium..




Kanak2 dan orang tua di upah aiskrim setelah penat berjalan dlm muzium..


Dari muzium kami pun bergerak untuk cari makan tengahari. Bila lalu tengah bandar KL rasa dah tak macam negara Malaysia... susah nak cari melayu tgh bandar tu.. semua orang asing.. apalah nak jadi malaysia ni... :|.
Hubby bawa kami ke Restoran Suraya, Kg Baru untuk makan. Makanannnya superb! Ada pulut mangga yang aku idam2kan.. siap aku bungkus bawak balik... :)


Untuk lunch kami makan nasi kukus yang pada aku sgt ok. Sedap juga... aku seperti biasa kongsi dgn Eryna, plus makan pulut mangga memang sendat juga perut... :P

Ok lain kali jalan lagi ke tempat lain.. bila tu.. entahlahh...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan