Selasa, 31 Mei 2016

Kemaman & Dungun..

@Kemaman

Hari Sabtu 28 Mei kakak sulungku buat kenduri sambut menantu di Kemaman. Oleh kerana jarang2 ke sana jadi kami adik beradik beramai2 ke kenduri tersebut. Tempat tinggal tak jadi masalah sbb kaklong aku ada homestay yg sgt luas & cantik dan boleh memuatkan kami adik-beradik. Aku gerak dr penang ptg Jumaat, singgah Tg Malim ambil husband then ke Gombak. Kami tidur semalaman di Gombak then pagi2 Sabtu ke Kemaman. 

Kami ikut LPT ke Kemaman tp xpasti nk ikut exit mana. Rupa2nya kena exit Jabor sdgkan kami exit Chukai. Biasanya kami ke Kemaman ikut Kuantan, tu yg pening sikit bila nk direct ke Kemaman ikut LPT.  Dah dekat smpi tetiba hubby perasan.. ayyooo minyak kereta dah menyala. Adess.. boleh dia xpasan minyak dah sikit. Last aku buh minyak kereta kat Hentian Sg Perak. Gabra dah kami. Mujur sempar sampai Chukai isi minyak.. kalau tak kena tolak kereta lah jawabnya.. 

Sampai2 terus kami ke rumah kaklong aku di Tmn Geliga.

Masa kenduri.. aku dan kakak aku.. 
Aku, abg aku, kakak aku & adik aku..


Berangan naik pelamin lagi dgn encik hubby

Aliff &Eryna bergaya di pentas amik gambo.. 'Saya masih solo' kata Encik hubby.. ehem2...

Haaa... Sorry I am taken :P

Adik aku, Manja & isteri, Jun, serta anaknya nyomei.. kemudian Papa, Eryna & Mommy

Setelah selesai kenduri kami balik homestay..  rehat sat & then ptg kami ke Pantai Teluk Mok Nik @ Monica Bay. Yo yo je namanya Monica Bay. Bawak anak2 sedara sekali. Excited masing2.

Hubby memantau anak2.. Excited masing2 bila kat pantai

Anak sedara, Mira & Ayahcu, Manja lepas bermain2 di pantai Mok Nik. Kami pekena coconut shake & kepok Lekor.

Keesokan harinya, kaklong bawa kami pi bfast di satu tempat di Kemamang. Kat situ ada variery of Ganu's food. Aku dan hubby belasah nasi dagang.. eryna makan kuih muih sahaja sampai 8 biji. Aliff makan nasi lauk gulai ayam... semuanya sedap. Yang paling best karipap kat sini semuanya inti ikan. feveret aku tu. Di bawah hoemstay kakak aku ada buti Hazwani, sempatlah kami singgah dan aku sambar sehlelai blouse, palazo dan instant shawl :P. Waktu di homestay tanya adik2 aku dari kemaman nak ke mana.. diorang cakap tak de ke mana.. Aku ajak mereka gi Dungun sebab aku & hubby pun xde plan hari Ahad coz hubby punya bengkel di KT start hari Isnin. So Cikjan dan Manja bersetuju nak ke Dungun. Aku book Ulek Bech Resort @RM250 p/night utk twin sharing dan @RM279 utk deluxe. So aku book 2 twin sharing & 1 Deluxe dengan 2 katil tambahan untuk budak2. After bfast, kemas2 then kami checkout homestay kaklongku HNK Residence di Kemaman dan terus ke Dungun untuk ber'Ulek' pula.

@Dungun

On the way ke Dungun kami berhenti makan di Mesra Mall, Kertih. Katanya di Mesra Mall ini satu2 nya panggung wayang ada di Kuala Trengganu ni.. huhu...So, kalau nak tgk wayang ke pi Mesra Mall. Sampai2 si Ulek Beach Resort memang puas hati. Resortnya tepi pantai Sura, kids friendly dan ada kolam yang sgt2 diminati oleh anak2 rombongan adik beradik ini.

 Dalam setiap bilik ada jakuzi tersendiri, so budak2 ni awal2 terus nak berjakuzi.. huhu.. memang best.. menjerit2 kedengaran anak sedara kembarku berjakuzi di bilik sebelah.

Sempat kami me'laundry' di Eco Green laundry, Dungun. Bagus adanya laundry sebegini, dalam masa sejam kain siap dibasuh dan dikeringkan. Terpaksa kam melaundry sebenarnya sebab encik hubby salah percaturan ketika packing baju dia.. huhu.. tak cukup. Aku pulak masa tu baru sampai dari penang, just cakap kat dia gitu gini.. Rupanya ada yang aku cakap dia tak ambil.. dah kena basuh baju.. hihihi.. tapi tak pelah.. :P

Makan malam di Dungun. Set ikan siakap stim dan siakap 3 rasa, tom yam, daging masak merah, kailan ikan masin dan sate. Puas makan.. tapi harganya aku rasa agak mahal juga.. tapi oklah sekali sekala kan. Eryna siap tertidur kat meja makan sebab keletihan.. huhu..
 
Pagi2 budak2 ni dah rikuess nak mandi manda di kolam. So masing2 enjoy mandi manda sampai menggigil... huhu.. 
Anak2 seronok main di Kolam..


After menengok anak2 mandi di kolam, hubby ajak dating jalan2 di pantai.. :P. So kami berdua pilah jalan2 tepi pantai, best je dan tenang, walaupun dengan kaki aku yg masih lagi sakit dan cuaca agak panas juga. Di tepi pantai tu ada sebiji kapal yang hampir musnah mencantikkan lagi keadaan pantai.. nampak klasik gitu..


Hubby mengutip kerang dan isi dalam botol yang dijumpai kat tepi pantai juga.


Walaupun kepanasan kami enjoy the view tepi pantai tu. berpeluh-peluh juga aku berjalan huhu... Dari pantai kami pun balik ke Ulek Resort, tidur kejab then kemas2 utk check-out resort. Lepas check-out kami teruskan perjalanan ke Kuala Trengganu. 

WELCOME TO KUALA TRENGGANU
~mel
blogging for pleasure :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan