Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 14 Mei 2016

Jatuh tangga

Hari Khamis pagi saya jatuh tangga.. Jatuh tergolek 3 anak tangga.. sy pun tak pasti apa berlaku, tau2 dah landing kat tangga..

Petang tadi, encik hubby pesan, esok duduk rehat kat rumah jelah.. xyah di mana2.. Since jatuh tangga pagi hari Khamis, sy mmg xrehat sgt pun. Dlm sakit kaki, lutut & pinggang, kuatkan semangat utk bantu Bengkel Penyelidikan Instun pagi hingga mlm. Saya perlu tunaikan janji dan tanggungjawab yg diberikan walaupun sy rasa amat sukar pada hari Khamis itu. Mkn ubat tahan sakit mnybbkan mngantuk yg amat dan Sakitnya Allah saja yg tau.. Solat kembali dikerusi... :( Wlupun bengkel habis tghari Jumaat, petang kluar pulak mencari kasut sukan utk eryna lawatan hari ni dgn kaki & pinggang yg sakit. Lepas maghrib, mkn ubat terus tidur. Mmg dua hari yg penuh kesakitan dan keletihan.

Pagi tadi ada kelas pukul 8. Sy jarang minta en suami hantar ke usm. Tp pagi tadi sy kurang yakin sy cukup kuat utk drive sendiri ke kelas.. Selepas hantar eryna, kami terus ke usm. En suami tunggu di ofis saya sementara sy ada kelas 2 jam. Actually nk mngajar pun sy kurang prepare. Tp mujurlah kelas last, ulangkaji, so sy buat aktiviti pelajar.

Masuk2 kelas alhamdulillah dihulur 2 keping roti oleh student, sempat hulur kpd encik suami. Ofis sy just di sebelah makmal komputer tmpt kelas sy. Sambil kesakitan & terhencut, sy dpt juga kendalikan kelas dan lakukan perbincangan. Akhir kelas dpt cenderahati dari pelajar..

Setelah selesai kelas, kami ke kedai jam di Komtar. Encik suami nk betulkan jam dia. Selesai hntr jam perut rasa lapar.. mkn dululah. Kami decide mkn di Perangin Mall, sebelah Komtar. Rupa2nya Kidland tmpt lawatan Eryna letaknya di situ. Kami naik ke tingkat 4. Bila intai dlm Kidland tu nmpk mcm rombongan Tadika Eryna.. baju tshirt putih merah.. huhu..tp tak nampak Eryna. Hubby ckp jom tunggu sampai mereka keluar.. Lama juga kami menunggu.. Siap pergi kedai sebelah yg agak menarik dan siap beli hadiah birthday eryna lagi 2 bulan (kena sorok dulu 😁). 
Tunggu punya tunggu hubby nmpk Eryna.. haha..sempat panggil dia dan dia sangat terkejut tgk mommy dan papa ada di situ.. huhu..


Anyway, Kidland tu nmpk mcm best utk budak2.. tp sebab kami xbayar xdptlah masuk huhu.. Eryna bayar RM60 utk lawatan tersebut huhu


Akhirnya.. kami balik ke rumah.. kepenatan.. walaupun dah jalan merata tp pinggang dan lutut aku ni masih berdenyut sakit. Bila sakit ku sapu minyak.. bila sakit juga aku merenung2 diri sendiri.. mungkin ini ujian Allah utk menghapus dosa.. Dlm keadaan begini, berdiri tak larat, duduk lenguh dan barung pun sukar cari posisi sesuai.. pusing kiri kanan ada je tmpt yg sakit.. 

Moga Allah berikan kesembuhan pada diriku.. Amin..


~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan