Rabu, 27 Jun 2018

#BFF at work. Hari ni ada jamuan Aidilfitri.. so as usual kami akan ambil peluang bergambar selepas jamuan. Cuma mamat duorg tu tak berbaju melayu pulak. After ambil gambar sesi pelik2, tetiba jadi mesyurat tergempar antara kami bertujuh. Esok sebenarnya adalah pilihanraya memilih Dekan baru pusat pengajian utk tahun 2019. Pelik tahun ni bulan Jun dah buat.. selalu Disember.. katanya dekan2 baru akan kena pi kursus dulu.. Yg tak boleh blahnya.. my bff ni dah buat komplot melobi saya sebagai dekan baru 😱😱. Seriusly sy tak minat sebab sy ni kurang minat tugas pentadbiran. Walaupun skrg sy pegang jawatan pentadbiran tp yg ni sy suka sebab berkaitan teaching & learning. Jadi dekan di pusat pengajian sy bermaksud menjadi dekan salah satu pusat pengajian terbesar di USM dengan jumlah pensyarah lebih 70 orang dan akan bergelelumang dgn pensyarah2 senior dan prof2 yang sukar dikawal πŸ˜‚πŸ˜‚. Namun keputusan komplot bff masih berpihak kepada saya. Walaupun saya bagi alasan nak beranak tahun depan pun depa cakap PM New Zealand pun boleh beranak.. setakat dekan apedehal 😭😭. Alasan mereka sy org paling layak.. cukup serba serbi.. adoiii.. doakan yang terbaik utk saya.. last2 depa cakap.. ko jgnlah membantah.. kami semua dah sebulat suara bersama konco2 yang lain 😫😫. Akak tak suka sebab jadi dekan susahlah akak nak buat inovasi pengajaran.. biasanya dekan pusat pengajian kami mmg tak mengajar... waaa.. tolong2.. helpme.. 😢😢😢


Tiada ulasan:

Catat Ulasan