Jumaat, 26 April 2019

Entah apa ranjau duka yang dilalui olehnya selama hampir 8 tahun menyiapkan kajian PhD hinggakan apabila Tuan Pengerusi Viva mengumumkan beliau lulus dengan pembetulan sederhana besar untuk di ijazahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah, muka beliau sgt merah dan tak tertahan2 lagi beliau mengalirkab#n air mata di hadapan kami. Sebak pula hati saya dibuatnya.. Dan bila pengerusi minta beliau memberikan ucapan, lantas dengan suara bergetar beliau mengucapkan terima kasih terutamanya kepada saya yg menjadi penilai luar beliau. Beliau. Juga berkata.. akhirnya saya berjaya juga.. 8 tahun bukan satu jangkamasa yg singkat.. Sebenarnya inilah perjuangan PhD yang tidak difahami oleh ramai org. Kepayahan mengenggam segulung ijazah yang membawa gelaran ‘Dr’ itu bukan mudah. Ada yg berjaya mendapat ijazah itu di atas mengalirnya airmata darah.. ada yg kehilangan kehidupan.. ada yg kehilangan mcm2.. ada yg dipinggir keluarga.. dan harga sebuah PhD itu tidak sama dengan yg lain.. pengalaman setiap individu berbeza... Itulah sebabnya jarang org yg ada ijazah kedoktoran yg sombong dgn ipmu mereka.. cuma biasanya mereka dituduh sombong sebab org yg menuduh hanya melihat title yg dibawa tetapi tidak melihat apa yg mereka telah lalui. #PhD #PermenantHeadDamage #alhamdulillah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan