Jumaat, 19 April 2019

Ini guru saya. Suatu ketika dahulu semasa saya berada di tingkatan 1-2 tiap2 hari saya menaiki kereta beliau utk ke sekolah. Masih saya ingat, saya selalu dpt buku free dari beliau. Pernah bila saya dpt markah penuh 100% utk subjek yg beliau ajar, sampai2 je kat rumah rupa2nya mak dan ayah dah tau. Cepat je sampai kat mak ayah 🙊. Malam tadi bila Cikgu Zul Mohd tau saya di Pekan, awal2 beliau dah message ajak makan malan bersama beliau dan keluarga. #Alhamdulillah syukur sangat dapat berjumpa dengan guru yg banyak berjasa pada saya. Keberkatan ilmu dan keikhlasan seorang guru sudah tentu penyumbang utama kejayaan saya di samping doa arwah ibu bapa & keluarga tercinta. Terima Kasih cikgu.. semoga keikhlasan cikgu menjadi pahala yg berterusan buat cikgu.. #CikguSaya #throwback #SyukurSelalu P/s Asyik cikgu belanja saya.. lain kali dtg Penang saya wajib belanja 😂😂


Tiada ulasan:

Catat Ulasan