Isnin, 13 Mei 2019

Kisah nak Raya

Jadi orang perempuan bukan mudah.. terutama bila nak raya.. dalam kepala terpaksa fikir macam2.. contohnya:

1. Kuih Raya - berapa banyak nak beli? Rumah sendiri, rumah mak sendiri, rumah mertua... so at least 3 bekas bagi sejenis kuih. So kalau 5 jenis dah jadi 15 bekas.. biasanya si suami jarang fikir benda2 ni.. bila dah sampai rumah mak dia baru dia tanya.. kuih untuk mak ada tak?? huhu...

2. Baju Raya - Isteri fikir baju sendiri, baju anak2, baju suami sekali.. Raya 1 - baju biru, Raya 2 - baju hijau, Raya 3 - baju kelabu... sampai lah raya ke 10 kalau cuti 10 hari laa... Orang lelaki cuma akan tanya pada hari kejadian.. hari ni pakai baju apa?? hihi... Itu belum lagi masuk tudung raya, sampin raya, butang baju melayu, kasut raya..

3. Plan Raya - Raya 1 raya kat kampung saya.. raya ke 2 pkl berapa nak balik kampung awak.. raya ke 3 nak pi mana... raya ke 4 nak makan apa (rendang dah habis)..

4. Duit Raya - Anak sedara nak bagi berapa.. yg dah masuk universiti lain, sekolah menengah lain, sekolah rendah lain.. tahap tak sama duit pun berbeza warna.. sampul pun kena fikir nak bezakan antara u, menengah & rendah... Pastu anak jiran ni berapa, anak sepupu berapa, anak kawan2 berapa... anak orang tak kenal pun kena kira juga.. kan kan kan..

5. Beg balik raya - Beg merah untuk sebelum raya, baju nak pakai kat rumah b4 raya, Beg biru utk rumah 1, beg hitam utk rumah 2, beg anak2 lain.. beg kuih muih lain, bahan2 utk masak lain, beg kasut lain, tudung fan baju dah gosok lain... ehh... beg makanan kucing pun lain juga ya..

5. Perangai adik-beradik ipar duai.. ada yang rajin, ada yang over rajin, ada yang bapak pemalas, ada yang suka ambil kesempatan, ada yang buat dek.. ada yg tetiba muncul nak makan, ada tau nak rembat jer apa yg ada tapi nak contribute mmg liat.. ada yg malas basuh pinggan.. semua org perempuan fikir.. bukan apa kalau tak fikir sendiri yg penat.. orang lelaki cakap.. lek aaa.. small matter.. huhu..

Actually macam2 lagi.. yg kdg2 buat org pompuan ni jadi pening.. bukan saja nak peningkan kepala.. tp terpaksa fikir sebab nanti bila hari kejadian mula laaa... adehh... ini lupa.. itu lupa... dan pemikiran ini telah start bermula... sekarang... (sekarang ni tiap2 hari pening hari ni nak masak berbuka apa...).
#blog

~mel

Tiada ulasan:

Catat Komen