Ahad, 9 Jun 2019

Naik motor pi Mydin beli #Indomie. Maklumla lepas raya, bajet dah lari jadi kita survive dgn mi segera. Jadi makcik yg kecoh kat Twitter pasal anak sedara bagi RM5 tu sila husnuzonlah.. entah2 dia silap bagi sampul, maklumla dalam henbeg ada banyak jenus sampul.. RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Nak ambil RM50 terambil sampul RM5... takkan itu pun nak viral.. redholah itu je rezeki kita. Hari Raya untuk merapatkan ukhwah.. kalau pun anak sedara beri RM5, apalah salahnya.. entah2 mcm akak ni haa.. balik Penang makan Indomie jer.. kereta mmg besar tapi kereta org.. bank punya, bukan beli cash 😂😂. Balik ni nak kena servis mau 6-7ratus terbang.. so marilah kita kayakan tokey indomie. Semoga Allah permudahkan urusan kita sementara tunggu gaji yang akan datang.. hihi.. #SHRMZB #Raya5


Tiada ulasan:

Catat Ulasan