Khamis, 19 September 2019

Saya berjumpa dengan #Solehah secara online pada tahun lepas.. tak ingat spesifik tarikh. Beliau minta untuk temubual saya bagi kajian Master beliau berkaitan penggunaan teknologi bagi pengajian Qiraat.. Waktu beliau hubungi saya kebetulannya saya sangat sibuk. Entah macam mana saya habis satu meeting di KL awal dan xdpt tukar tiket, maka saya arrange beliau interview saya ketika saya di Subang Airport dengan menggunakan aplikasi zoom. Sangat teruja #Solehah. Sesi zoom tu saya rakan dan hantar kpd dia utk review data collection beliau. Suka betul dia. #alhamdulillah Solehah dah lulus Master beliau.. tadi beliau dtg jumpa saya di Eureka, membawa senaskah tesis untuk saya, sehelai tudung #Muslimah dan juga sebungkus teh peach. Kuasa Allah tu maha besar.. semalam baru terdetik dihati saya nak beli teh berperisa sebegini untuk minum tanpa gula.. tiba2 hari ni muncul di depan mata.. #syukurselalu #IamUSM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan