Isnin, 9 September 2024

Travel...

 

Hampir setiap minggu aku travel hari Kuala Lumpur ke Penang. 'Hampir' sebab ada sekali dua yang tak balik disebabkan ada event hari Sabtu-Ahad, tetapi mostly setiap minggu akan balik ke Penang. Biasanya aku ambil flight Malaysia Airlines jam 6.35 pagi Isnin PEN-KUL(sekarang flight ni dah bertukar lebih awal jam 5.50 pagi) dan Jumaat malam aku akan ambil flight 11.35 malam. Tapi sebab sekarang dah ada penjadualan flight Malaysia Airlines, dah ada flight 9.05 malam, maka aku dah naik jam 9.05 which lebih convenient sebab aku akan terus jer drive dari ofis ke Putrajaya Sentral, park kat situ then ambil erl ke KLIA1. Kalau flight pukul 11.35 malam aku terpaksa balik rumah sebab masa yang panjang after balik kerja... lepas Isyak baru aku gerak ke airport. 

Kalau orang tanya aku tak penat ke... aku akan jawab okla.. penat memang penat tapi bila balik Penang aku banyaklah juga rehat. Dan waktu aku bekerja di Putrajaya ni aku akan bekerja office hour, kadang-kadang sampai malam, tapi bila balik rumah aku di Cyberjaya aku memang kan berehat semata-mata. Masak pun jarang-jarang. Aku balik memang lepak semata-mata. Aku ada beli mesin jahit kecil kunun nak menjahit sikit-sikit, setakat ni hanya alter baju/kain yang perlu alter.. which berbaloilah aku belik mesin jahit kecil tu.

Orang ada tanya juga, tak mahal ke berulang alik dengan flight.. memanglah mahal. Cuma aku ada advantage sebab kalau flight ke mana-mana untuk bekerja, aku diberi Business Class.. aku memang Enrich Member since 2017. Maka bila naik Business Class mata berganda-ganda. So aku kumpul mata untuk kemudahan aku balik Penang. Biasanya kalau ada mata terkumpul tu, flight aku pergi-balik KUL-PEN-KUL adalah RM80.80 pergi balik.. alhamdulillah. Lebih murah dari naik ETS. Naik bas pun lebih kurang RM100 pergi balik. Cuma adalah kos-kos parking, erl dan lain-lain yang aku tak kira sangat. Kadang-kadang aku dapat jemputan dari USM untuk event dan ceramah, dapatlah juga aku cover tambang balik Penang. Alhamdulillah dah setahun aku di Putrajaya ni, aku rasa boleh survive. 



Lagi satu, disebabkan aku adalah weekly traveller, aku dah level Platinum untuk Enrich, maka aku boleh lepak di MAS Golden Lounge setiap kali travel. So dapatlah makan dan minum secara percuma. walaupun lounge local ni takdelah variety sangat makanannya, tapi okla. Aku tak payah fikir nak makan kat mana kalau di airport. Dah jimat kos. Cuma kalau flight pagi pukul 5.50 tu memang perut aku belum ready nak makan, jadi aku jarang-jarangla singgah lounge di Penang Airport. Lagipun makanan dia taklah best sangat. 

Cuma disebabkan flight Isnin jam 5.50 pagi tu awal sangat, maka kena bangun dalam 3.50am, then mr hubby bangun, siap-siap, jam 4.30 dah gerak ke airport. Sampai dalam 4.50-5.00am. Disebabkan aku biasanya lenggang kangkung jer, so tak jadi masalah sangat nak cepat-cepat. Aku biasa check-in online, cumanya sampai airport aku pi kaunter untuk print boarding pas, senang sikit. Kalau tak sempat aku tak pi kaunter, guna boarding pass dalam Apple Wallet Apps jer. Dan disebabkan bangun awal Isnin pagi memang akibatnya Isnin hari mengantuk sedunia. Kadang-kadang tengahri aku tutup pintu ofis dan tidur kejab lepas Zohor. Itupun kalau tak busy sangat. Kalau busy aku memang tak sempat lah nak tidur.

Oklah stop kat sini sebab meeting dah nak start. Menulis ni bila sempat.. selalu tak sempat. Hari ni rasa nak menulis kena cepat-cepat tulis.. nanti lupa..


~Mel 9/9/2024







Isnin, 2 September 2024

Aisyah...

 Terasa nak menulis pagi ni. Kebetulan flight dari Penang ke KLIA awal dan sampai ofis di Presint 5 awal.  Dalam hati teringat-ingatkan Aisyah.. semalam berpeluang berjumpa dengan Dr Aisyah, kawan since many years in USM. Aisyah meletak jawatan dari USM, then ke UiTM dan buat masa ini tidak bekerja dan menjaga ibunya yang sakit.

Sebenarnya aku tidaklah plan untuk berjumpa dengan Aisyah, tapi memang ada hajat nak berjumpa dengan Aisyah. Alhamdulillah Aisyah macam dapat baca hati aku setelah aku komen post beliau di FB, lantas Aisyah meesage aku dan dapat kami atur pertemuan ini. Terima kasih encik suami yang sentiasa beri peluang kepadaku untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Actually aku jarang jer keluar jumpa kawan-kawan. Even aku di Putrajaya seorang pun aku memang malas nak keluar ke mana-mana... tempatku hanyalah back and forth dari rumah ke tempat kerja.  

Berbalik kepada perjumpaanku dengan Aisyah, kebetulan Eryna bila tau je mommy nak jumpa kawan, memang cepat dia nak ikut. So aku bawa Eryna sekali ke Elly Mellies Cafe, berdekatan rumah aku je. TQ Aisyah sudi drive dari Pulau ke seberang untuk jumpa aku. Aku sebenarnya kagum bila mana Aisyah kini menjadi caregiver kepada ibunya sepenuh masa, dan tidak bekerja buat masa ini. Bagi aku ianya satu pengorbanan yang sangat terpuji bagi seorang anak. Bukan mudah untuk berkorban kesenangan hidup sendiri walaupun untuk ibu tercinta... which is aku sgt respect..

Semasa berjumpa dengan Aisyah, aku bertanyakan tentang 'bekas' seorang kawan. Kenapa aku nyatakan bekas.. sebab dari mulut orang tu sendiri, aku merupakan 'bekas' kawan... dulu kawan berkawan rapat, tiba-tiba keluar dari seseorang, dulu aku kawan dia, sekarang bukan.. tanpa sebab yang aku tahu. Tertanya-tanya jugakan.. tapi walaupun aku dah menyangka it is something to do with my position sekarang. Dan Aisyah juga adalah 'bekas' kawan orang itu. Cuma it was 5-6 tahun lepas. Sebelum itu memang mereka berkawan sgt rapat, namun secara tiba-tiba aku dapat tahu mereka tidak lagi berkawan. Aku tak pernah bertanya kepada Aisyah sebab for me it was non of my business, tetapi bila ianya terjadi ada aku secara tidak semena-mena, aku jadi pelik. Kenapa sebenarnya...  Paling jelas sekarang ni bila berjuma orang itu sudah tidak semesra dahulu, suka mengelak dan kalau dulu rajin nak berselfie.. sekang jauh sekalilah..

After berbual dengan Aisyah.. aku buat conclusion sebabnya sama.. Aisyah tidak terus berkawan dengan orang itu kerana orang itu obses dengan level dan kedudukan dirinya, dan aku pula dia tidak mahu terus berkawan sebab aku adalah orang yang mengambil alih tempat beliau. Pening aku.. boleh putus kawan sebab pangkat ya.. serious aku tak faham. Anyway, tak mengapalah.. actually aku ni kalau dia nak balik ke sini (tempat aku sekarang) aku ok jer.. boleh aku tidur kat ketiak suami aku tiap malam 😅😅😅, tak perlu aku habis duit naik flight tiap minggu travel KL-PEN. Aku berada kat sini disebabkan aku diperlukan, dan aku menganggap ianya satu pengorbanan. Aku tak pernah minta/apply untuk ke Kementerian... aku dipanggil untuk ke sini. Tapi tindakan orang tu seperti aku merampas jawatan ini darinya, aku mcm tak boleh brainlah juga. Padahal memang dia dah tak boleh sambung di sini sebab waktu dah maksimum baginya.

Entahlah kan.. pangkat dan jawatan ini memang menggiurkan nafsu seseorang, kawan pun sanggup dibuang demi obsession dengan pangkat.

Terima kasih Aisyah... semoga Allah melipat ganda pahalamu atas pengorbananmu yang tidak terhingga. Till I meet u some other day... Moga kita dipanjangkan umur untuk bersua lagi.. InsyaAllah.. Amin..






~Mel 2 September 2024