Flight aku cari yg paling murah.. dapatlah Jetstar. Dia mcm Airsialah tapi syarikat penerbangan Australia. Sebab 2 hari je, aku mmg bawa baju pun seadanya. Beg aku 5.5kg jer. Alah pergi oversea tak perlu pakai formal sangat. Disebabkan aku nak tidur hanya semalaman, aku decide tak nak cari hotel mahal.. hotel Singapore ni mahal sebab currency exchange yg mahal sebab kejatuhan ringgit.. maka hotel yg murah pun dah jadi mahal. Bila tengok booking.com ada accomodation ala ala hostel. Namanya Beat Hostel. Aku tanya husband ok ke nak duduk hostel gini.. dia cakap ok kot. Aku tgk gambar macam ok. So aku book je lah.
Tadi bila sampai Changi, aku ambil grab ke Sands Expo & Convention Centre.. grab SGD 24. Aku tgk dlm statement bank convert jadi RM82 huhu.. Hari ni belum masa aku bercakap di EduTech Asia 2024 event yg aku hadir ni.. Esok baru turn aku. Aku just mendengar dan ber network hari ni. Petang aku jalan kaki ke Beat Hostel ni.. nak kata dekat taklah dekat sangat tapi aku bolehla jalan kali.. alhamdulillah tanpa masalah dlm 25 minutes. Jalan rata je dan pemandangan cantik.
Sampai di hostel, receptionist tu lelaki melayu. Mula dia bagi aku katil atas.. aku ckp dia aku gayat. Mmg tinggi kot.. last² dia bagi aku katil bawah. Actually aku rasa seronok juga duduk hostel ni.. katil double decker, dan ada penutup mcm capsule lah.. mmg just utk tidur tapi selesa. Ada bilik perempuan, dan mix. Aku of courselah ambil yg perempuan. Aku dua tiga orang minah saleh dalam dorm aku tu.. tapi sebab ada ruang sensiri tak delah susah sgt. Ala mcm duduk asrama, gitulh tapi lebih privacy. Kalau rajin nak bertanya/borak boleh jer.. nak diam² pun boleh jer.
Kemudahan yang disediakan, ada katil, bantal, selimut… Ada washroom (agak kecil) tapi bolehla utk kehidupan yang simple, toilet ada paip (bukan bidet ya) so yg ni convenient, ada shower, sabun etc. Ada juga communal place yang disediakan air bertapis, ada disediakan teh, kopi, gula.. aku siap tanya kat budak reception tu free ke ni.. dia cakap kalau nak bayar saya terima kak! 😅
Bagi aku pengalaman mcm ni sgt berharga.. walaupun aku pun dah makin tua, tapi aku bersyukur aku ada pengalaman yg tak ramai org lain rasa dan mampu nak buat. Pergi tempat lain dan hidup seadanya.. Dan kalau datang Singapore utk kerja dan budget cukup makan, this place good!