Setiap minggu bila aku balik Penang, salah satu kerja wajib yg aku buat aku cuba selesaikan menggosok baju encik suami untuk seminggu. Cuma mungkinlah ada sekali dua aku tak dapat tunaikan akibat keletihan, tak sihat atau kami kr mana-mana yg menyebabkan aku tak cukup masa untuk iron untuk seminggu kerja. Tapi at least aku akan iron jugala sehelai dua baju dan seluar kerja untuk encik suami sebab biasanya flight aku pagi Isnin adalah pkl 5.50 pagi. So mmg pagi² Isnin takkan sempat iron baju.
Tadi sempat encik suami cakap.. mommy jangan lupa gosok baju papa.. seminggu. Aku cakap.. ehh.. minggu ni kerja 3 hari jer, hari ni Isnin cuti dan Jumaat dah ambil cuti raya haji.. Encik suami dengan penuh perasaan berkata.. mommy tau tak papa berdikit² pakai baju yg mommy gosok, last week time pi bengkel papa balik pakai t-shirt jer sayang nak guna baju yg dah gosok… huhu..