Memaparkan catatan dengan label cara memohon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara memohon. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2011

Pinjaman Perumahan.. (Cara Memohon)

Bagi aku untuk melengkapkan borang pinjaman perumahan kerajaan adalah suatu perkara yang agak rumit dan sedikit sebanyak ada bab yang aku rasa konfius. Anyway aku kongsi borang2 yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ni...

Untuk dapatkan borang-borang ni, anda boleh lah ke web Bahagian Pinjaman Perumahan. Web ni boleh dikatakan bagus sebab ianya menyediakan pelbagai informasi tentang pinjaman perumahan. Walaubagaimanapun ianya tidak selengkap pengalaman sendiri apabila melalui proses penyediaan borang-borang yang macam2 jenis ni.

Borang-borang yang diperlukan untuk pinjaman perumahan kerajaan kali pertama (beli dgn uan rumah) adalah:

  • SENARAI SEMAK JENIS 1: Rumah Siap Dari Pasaran Sekunder
  • Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
  • Borang 1: Borang Permohonan Laporan Penilaian
  • Borang 2: Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang
  • Borang 3A: (Assignment) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 3B (Gadaian) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 3C (Ubahsuai Assignment) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 3D (Ubahsuai Gadaian) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 5B : Akujanji Pemaju / Tuan Tanah Melepaskan Kepentingan Kepada Kerajaan (Jenis V Assignment)
  • Borang 6 : Borang 6 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi
  • Borang 7: Persetujuan Menggadai Oleh Penama Bukan Peminjam
  • Borang 10 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi (Indemnity) Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata / Individu Daripada Penjual Kedu
  • Surat Iringan Ketua Jabatan
Borang2 ni semua boleh didapati di sini

  • Untuk Borang 1 iaitu Borang Permohonan Laporan Penilaian, setelah borang diisi, anda perlu pergi ke Pejabat Penilaian di kawasan rumah yang akan dibeli dan serahkan borang tersebut untuk pejabat tersebut melakukan penilaian terhadap rumah yg ingin dibeli. Jgn lupa sertakan sekali surat iringan dari Ketua Jabatan. Kalau di IPTA, Ketua Jabatan utk proses ini adalah Bendahari di Jabatan Bendahari. Proses penilaian ini akan mengambil masa dalam 10 hari (depends pada pejabat penilaian tu). Dalam kes aku dlm 6 hari saja. Pegawai dari pejabat penilaian tu call aku 3 hari slps aku hntr borang & tanya beberapa perkara ttg rumah tu.. buat penilaian dan dalam 15 minit lepas tu dia cakap dia dah buat penilaian. Kemudia dia terus hntr report tu online ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Kita takkan tahu apakah penilaian yg dibuat (berapa nilai rumah dan sebagainya) tp anggaran penilaian tu adalah berdasarkan berapa jumlah loan yg kita pohon.
  • Borng 3A hingga 3D perlu diisi oleh Peguam yg anda lantik utk uruskan proses pembelian rumah ini.
  • Borang 7: perlu ditandatangani oleh pasangan sekiranya nama dlm surat perjanjian jual beli (SNP) adalah nama bersama tetapi utk loan hanya seorang shj yg memohon. Contohnya dlm my kes, nama utk rumah yg dibeli adalah nama bersama aku & hubby, tetapi aku seorg shj yg mohon loan perumahan kerajaan. So hubby aku perlu isi dan sign borang 7.
  • Borang2 lain yg tertera di atas perlu diisi oleh pemohon dan dapatkan pengesahan Ketua Jabatan di mana2 borang yg memerlukan tandatangan.
Di samping borang2 di atas, peguam perlu membuat Carian tentang harta (rumah tu la) dan dapatkan copy Hak Milik Sementara sekiranya rumah itu masih dlm hutang. Peguam juga perlu memohon kebenaran dari pihak bank utk mendapatkan statement terkini pinjaman tuan punya rumah yg menjual rumah tersebut. Sekiranya pada dokumen hak milik sementara tu ada menyatakan bahawa terdapat sekatan-sekatan utk menjual rumah, peguam juga perlu membuat permohonan dari Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) utk memberi kebenaran tuan punya rumah menukar hakmilik kepada pembeli rumah (dlm kes ni aku laa).

Kesemua borang di atas perlu dilengkapkan dan sekiranya salinan perlu dapatkan cop "Salinan disahkan benar" selain dari salinan dokumen2 seperti IC, Surat Nikah, Surat Lantikan & pengesahan jawatan. Surat Iringan dari Ketua Jabatan akan merangkumi perkara2 seperti kelayakan pinjaman, in my case RM360k, dan perkara2 asas yg lain. Biasanya KJ yg dah biasa akan tau apebendanya yg perlu diisi dlm surat iringan tu...

Dah settle semua.. baru hantar borang2 tu semua ke Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya. Jangan lupa anda juga kena sertakan wang proses seringgit bg RM100 pinjaman yg dipohon ~bukan ikut harga rumah tau!! Kat sini aku dah silap hari tu sebab aku ingat kena bayar ikut harga rumah, so aku buat kiriman wang RM275 sedangkan patutnya RM246 shj, sbb aku apply loan hanya RM 246,50K. Dah rugi...

Apa2 boleh rujuk pd web BPP sebab ianya sgt lengkap. Tapi pastikan semua borang + surat2 ada.. barula BPP proses permohonan.. klu tak akan drag dari sepatutnya 2 minggu.. sebulan setengah macam aku... huhu.

Tips**
  • Pilihlah peguam yag mudah berunding sebab peguam yg baik mampu melicinkan proses sbb peguam ni wakil kita. Urusan2 dgn pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah dilakukn oleh peguam, cuma yg kita perlu buat sendiri adalah hantar pemohonan ke perjabat penilaian utk proses penilaian rumah.

Ok.. nanti aku sambung ttg perjanjian jual beli rumah (SnP~sale and purchase agreement) pulak yer.. apa hak kita dan apa hak penjual... yg ni pun bnyk peguam aku ajar.. klu x mmg xtau...huhu...

~mel