Jumaat, 27 Januari 2012

Moody...

Semalam sampai hari ni aku agak moody sikit.. yess sikit jer laa... Petang smlm aku ada meeting pasal penulisan buku... ok.. aku suka meeting tu dan sekarang aku tgh berusaha utk menulis buku pulak! After meeting one of the PM (Prof Madya) panggil aku sebab nak cakap something katanya. Aku pun ikutla gi ofis dia ni yg aku panggil Kak E. Dia adalah Pengurus satu unit la kat school aku. Bila smpi bilik dia dia cakap... hmm.. gini.. hari tu akak ada cakap yg akak nak bayar u utk buat 2 kelas latihan (di luar bidang tugas aku) kan.. Aku cakap la a'ah.. Then dia cakap.. ada orang dok cakap2 kat belakang yang aku tak sepatutnya dibayar utk tugas itu sebab sepatutnya itu adalah SUMBANGAN aku pada School aku... Aku terkejut! Kelas tu sepatutnya akan berlangsung 3 hari suntuk utk semua pensyarah dan staf School aku.

Aku cakap kat dia... Kak E.. Akak tau tak saya terpaksa buat banyak preparation utk kelas tu dan preparationnya bukan mudah sebab semua yg nak diajar tu kebanyakan perlu diajar dari basic! Dia cakap.. dia sebenarnya tak tau nak cakap macam mana dgn aku tapi dia tak larat nak dengar 'org dok cakap2 belakang'! Time tu aku mmg bengang. So aku cakap.. oklah kak E, up to you la.. Then dia cakap.. tak pe la.. nanti dia akan keluarkan SURAT PENGHARGAAN utk recognise aku punya contribution... Ehhh... 3 hari punya kelas dapat surat penghargaan aje??

Aku sebenarnya bukan ape.. aku bukan mintak sgt dibayar.. which is kalau ikut rate profesional aku adalah RM200 sejam. Kalau dari awal dia cakap suh aku buat kelas utk kebajikan.. then insyaallah aku no hal punya. tapi dia dah gtau aku yg Dekan dah approve pembayaran utk aku.. tetiba dia cakap tak jadi bayar sebab 'ada org cakap belakang'! Aku cukup tak faham betul.. sebabnya selama ni ramai pensyarah yg buat kelas cam tu dibayar...

So last2 aku decide... aku tak mo buat kelas tu.. bukan sebab duit tapi sebab aku rasa dari segi prinsipnya dah tak betul... sebenarnya aku dah ada banyak pengalaman kat school aku yg mana janji nak bayar aku.. esp bila suh aku TOLONG wat website. Semua janji nak bayar.. last2 habuk pun tarak. Bila time suh aku wat website & nak update..tgh2 mlm buta call suh aku update immediately.. Eryna nangis pun tak kira.. bila tanya tang bayaran.. TAK APPROVE.. walaupun sebelum2nya dalam meeting approve. So, aku decide cukuplah aku dipergunakan macam kuli diorg.. Banyak kali dah aku kena.. and banyak duit aku abis daa... diorang ingat buat website tu free agaknya.. domain kena beli, hosting kena beli... satu sen tak pernah bayar... iyer satu sen TAK PERNAH bayar.. So skrg ni nak suh aku bagi tenaga for free lagi.. ya Allah.. berikanlah aku kesabaran... Lepas ni kalau diorg suh aku buat website lagi aku akan cakap... korang gunakan blogspot je la yer... blogspot free... xyah keluar duit.. sape2 pun boleh buat..


Salah satu kelas yg diorg suh aku buat adalah kelas pembangunan laman web Joomla... haha.. bagus kan! Anyway... smlm aku dah tulis email kat Kak E cakap aku xnak wat kelas Joomla tu.. yg kelas hari Selasa ni aku buat jugakla.. sebab mendenya dah diannounce. Aku nak jaga airmuka diorg jugak.. walaupun diorg tak consider pun perasaan aku.

Arghhh.. malas nak fikir.. tapi sakit hati tu mmg sgt2.. Kecewa sebab diperlakukan macam ni.. Kak E mintak nak jumpa aku hari ni tp aku cakap aku xdpt nak jumpa dia.. aku mmg sngt2 terkilan.. aku tak salahkan Kak E sebab dia pun tersepit tp aku salahkan manusia2 yg dengki dan cakap2 belakang tu.

Aku ni sebenarnya.. pergi kerja tiap hari mmg tak de ambik tahu hal orang.. mmg aku ni bukan jenis nak sibuk2 hal orang.. yg aku tau buat kerja.. sarapan, lunch dgn hubbyku.. ke mana2 dgn hubbyku.. sessi2 mengumpat pun xde.. kalau mengumpat pun dgn hubby atau kot2 terserempak dgn member2 pun xsempat nak ngumpat org pun.. Kerja aku melambak2.. aku tak faham ada jugak org yg ada masa nak cakap2 belakang ni... ishh...

Ya Allah.. di tengahari jumaat ni aku berdoa semoga kau tenangkanlah hatiku dan lembutkan hatiku untuk memberi kemaafan kepada mereka2 yg membuat aku kecewa... Amin...

~mel

1 ulasan:

  1. Sabar je lah ... Senyum ... Tak perlu kata ape2 ... Manusia nih memang tak suka tengok orang lain senang ...

    BalasPadam