Hari Jumaat kami gerak dari Penang pkl 5 ptg dan sampai gombak pkl 8.30mlm. Pagi Sabtu kami gerak dari gombak pkl 9pg dgn mak mentuaku dan sampai melaka pkl 11.30pg.. Hari Sabtu tu menghadiri kenduri sepupu hubbyku di Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh... Hari ni Isnin masih sangat penat.. kebetulan patutnya pagi ni vetting soalan exam tapi minah kaf lam ya nga ni seperi yang aku dah predict takkan muncul utk vetting... so aku dokla lepak2 kejab bagi mood dtg utk wat kerja...
Ok.. kenduri di Melaka tu mmg la sgt2 grand kan.. Lepas kami sampai lepak aje kat situ.. tgk2 pengantin.. tgk2 org dtg dllg.. Lepas kenduri kami balik homestay yg disediakan oleh pak sedara hubby.. then gi makan malam kat rumah dia.. pastu masing2 nak pi jalan2 naik cruise dan pi Jonkers Street.. aku sebenarnya dah terover penat so tak lah menikmati sangat naik cruise tu.. haha.. sampai terlelap pun ada dlm cruise tu.. Otw nak gi ke Jonkers Street Eryna dan tertido.. so terpaksalah incik hubby dukung spjg Jonkers Street.. aku tolong sikit2 je la pasal aku pun tak berapa nak larat jalan dah... tgk barang kat situ pun dah tak berapa selera..yg tek best kat situ ada jual sosej dak cha ya nun alif yang aku rasa tak halal... terus rasa loya.. huhu..
Pagi semalam, Ahad kami terus gerak balik penang.. tak pergi kenduri belah lelaki sebab kami nak jalan jauh.. takut lewat sampai penang... Perjalanan semalam 7.5jam dari Melaka ke Taman Pauh Jaya... sampai2 rumah ketiga2 kami melepek.. penat yg amat...
Just enjoy the pics from kenduri &jalan2 Melaka...
Eryna di depan sign board majls resepsi..
me & incik hubby semasa majlis...
Mak mentuaku sedang bincang2 dengan pak chek.. iaitu adik mak mentuaku.. cantikkan tudung aku belasah jer beli utk mak mentuaku.. hehe... mujur sesuai dgn baju dia.. :D
Bunga segar hiasan atas meja tetamu...
Eryna excited nak amik gambar... :D
Suka betul dpt main kat atas pentas pelamin... kalau tak kontrol tu mau dipanjatnya kerusi pengantin tu... huhu
Alamak! Daguku berlapis... waaa... :P
Kami bertiga di tengah2 hall kenduri... :)
Aksi poyo anak dan papa.... ish ish ish...
Penganti perempuan iaitu sepupu incik suami.. Aina namanya...
Me & si eryna yang pantang disuruh ambik gambar.. suka aje... btw baju yg aku pakai buat sendiri.. kain dapat hadiah masa jadi Hakim PINKS (Pertandingan bercerita kanak-kanak antarabangsa)..
Meja guest book... err.. seksi jugak sepupu incik hubby ni... ish ish ish... ontah la.. harap2 dah kawen berubahla ke arah yg lebih baik yer... (selamba je huhu... )
Kiri sekali: parents pengantin iaitu pak sedara hubby... kanak sekali pakchek (eh sempat main fon tu) dan sebelah nya mak mentuaku,, tgh beratuur nak naik pelamin...
Mak mentua ku sedang menepung tawar... err..sebenarnya aku tak berkenan sgt tang menepung tawar ni.. dosa beb... hmmm...
Kami... pengantin baru.. just married.. hahaha...
My cute baby... hihi...
Kami da pengantin... hehe.. mujur baju pengantin tak seksi.. so boleh la di blogkan. haha..
Beratur nak naik Malacca cruise... :D *happy dlm mengantuk*
Farrah ni cousin hubby juga... sama2 naik cruise.. :)
Kuyu dan poyo atas cruise...
Sukanya dia.... ada gambar tersnap tgh menguap.. huhu.. mujur tak upload.. :P
Eryna dan tido.. dukung je la sambil bergambar depan kicncir angin...
Jinkers Street - tak de ape2 pun.. ingatkan best rupanya idak pun...
Melaka Tower clock...SEIKO ni jenama feveret hubby... bila agaknya nak dpt seiko baru ni yer.. weekend ni kot?? hehe...
Sampai tertido sambil berdiri?hehe..
Anyway.. penat sungguh this weekend.. plus aku mmg outstation ek Trengganu awal minggu lepas... huhh... sakit pinggang dibuatnya.. harap hujung minggu ni dapatlah berehat... insyaallah...
SELAMAT PENGANTIN BARU AINNA & KHAIRY...
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA
~mel
tetiba tingin nak beli polaroid camera.. nak nak nak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan