Jumaat, 17 Mei 2013

Selamat Hari Guru..


Selamat Hari Guru.., originally uploaded by melati.a.

Hadiah hari guru dari seorang guru yg aku selalu marah.. dan hari ni waktu dia datang bawa hadiah hari guru pun aku marah dia lagi.. sampai berjurai2 airmata dia.. Dia ni seorg guru sekolah berprestasi tinggi.. Dah 3 tahun buat master tak habis2.. Alasannya kerja sekolah terlalu bnyk sampai xboleh cope.. aku seringkali push dia.. mmg asyik push sampai akhirnya dpt juga dia siapkan proposal..

Abis proposal dia buat hal balik.. mnghilang dgn alasan kerja terlalu bnyk.. sampaikan aku ckp dia aku dah xboleh nak tolong dia lg selagi dia xtolong diri dia.. then dia buat keputusan nak berhenti..

Hari ni dia dtg.. ucapkan selamat hari guru (belated).. dan mintak maaf sbb dia tak berupaya nak penuhi apa yg aku nak dia buat sbb kekangan kerja.. Dia ckp akulah org yg paling bnyk marah dan membebel pada dia.. tapi dia tau aku bukan marah sbb aku suka nak marah tp sbb aku nak dia habis belajar dan dpt Master..

Katanya walau apa terjadi.. i'm still her teacher walaupun dia xmampu nak teruskan perjuangan dia.. So sad.. Kesian dia, dia pindah sekolah dr johor ke penang semata2 nk smbung belajar.. hmmm...

~mel

2 ulasan: