Sabtu, 28 September 2013

Ya Allah...

Sesungguhnya tak mampu dilafazkan dgn kata2 ujian dan dugaan yg dilalui minggu ini.. Ahad lepas Eryna bgn pagi dgn demam dan bintik2 di badan.. setelah kami ke klinik doktor sahkan eryna kena chicken-pox..mula2 kena ok lagi.. bila seluruh badan dah kena dan bintik2 air pecah.. rengekan anak kami ini  sgt menyedihkan.  tak tau apa aku nak buat utk bantu eryna hilangkan gatal dan sakit. 3 hari aku on and off kerja, khamis jumaat giliran hubby pulak EL.. kebetulan pg khamis aku ada proposal defense di centre lain di usm. sampai2 ofis, belum sempat nk ke centre tu, aku dpt tahu adikku teibat dgn kemlngan.. agak teruk. Gagahkan diri ke proposal defense.. mujurlah chairperson faham dan bg peluang aku habiskan bhg aku dulu dan proposal selesai dgn pantas.. tanya hubby dia agree nk terus ke Putrajaya.. mujur chicken pox eryna dah kering sikit.. so kami terus gerak jer...



Di Hospital Putrajaya keadaan adikku sgt menyedihkan.. Seluruh badan patah di sana sini.. kedua2 bahu. tgn kiri patah, tulang selangka patah, tulang rusuk patah 3.. kaki kiri patah, tulang pinggul patah.. ya allah.. xdpt ku bayangkan tayar kereta berhenti di atas dada dia waktu kemalangan tu...

Sayu hati ku melihatkan adikku...adikku parah dlm kemalangan jlnraya hari khamis pg tu dlm perjlnan ke tempat kerja.. dia naik motor dan terjatuh akibat ada minyak di atas jln.. dah kereta blakang xsempat brek dan melanggar beliau....Sebaik shj keluar dari icu dlm pkl 7 mlm khamis.. dia minta utk solat.. hanya dgn kepala dan separuh tgn kanan yg mampu bergerak beliau solat dgn pergerakan mata & jari telunjuk kanan. Seluruh badannya yg lain patah teruk... Terharu kami. Berapa ramai dlm kalangan kita yg tringat utk solat dlm keadaan sakit? kdg2 demam sikit pun dah rasa xmampu dan berat nak solat.. 
Dlm usianya yg baru mencapai 30 thn beliau mnjadi pngerusi surau Presint 8, Putrajaya. Beliaulah orgnya yg mngepalai setiap aktiviti tahlil kluarga kami, di kubur arwah ayah dan bonda kami atau di mana2 shj beliau menjadi imam. 

Mlm dia dibedah di hospital putrajaya. Sepatutnya ikut queue hospital dia hnya boleh dibedah jumaat minggu depan.. tp kami dpt potong queue dgn mnggunakan perkhidmatan private hospital di mana dgn byrn 8-10k operation boleh dibuat segera. Kerana tak mahu menunggu kami decide utk guna perkhidmatan peivate.

Selepas operation mlm tadi, kami dpt masuk icu sekejab.. tak dpt nk kulafazkan dgn kata2 perasaan ini.. Walaupun pernafasan dia dah nampak stabil dan bila ku panggil namanya dia membuka matanya dan cuba response.. tapi.. dia sgt lemah.. dia ckp yg dia pening... 

Sedihnya aku disaat ini... Namun aku tahu tidak Allah berikan dugaan pada insan yg tidak mampu menanggungnya... Ya Allah, Berikanlah kesembuhan utk adikku untuk beliau terus menjadi hambaMu yg terus berbakti kpd Ummah ke arah jalanMu yg sebenar.. Amin Ya Rabbalalamin..


Apa2 pun hidup ini hanya pinjaman semata2.. akhirnya kita akan kembali jua kepadaNya.. Semoga Allah berikan ketabahan pada kami utk menghadapi ujian dan dugaan kehidupan ini...


~mel
Putrajaya...

2 ulasan:

  1. semoga diberi sembuh dengan segera insya allah

    BalasPadam


  2. Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,

    Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,

    Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,

    Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya. AMIN

    BalasPadam