Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 1 September 2013

Abang - Part 3

Entri ini bersambung dari Part 2...
 



Aku tak ingat bila masanya kami berjaya contact abg aku ni.. tapi seingat aku lepas tu kami dapat contact dia.. masa tu dia kerja dengan syarikat courier FedEx.. dengan pujukan dgn rayuan arwah mak & ayah akhirnya dia arrange utk balik ke msia menaiki kapalterbang kargo FedEx. Kapalterbang ni ada 2 tempat pilot dan satu tempat duduk penumpang aje. Dan dia gitau dia kena macam2 training before boleh naik flight tu utk balik msia..  Then akhirnya beliau sampai di msia...

As wife dia adalah org Alaska, jadi setiap hujung tahun dia akan dapat bonus rakyat Alaska.. which was agak banyak kot..  so masa dia balik tu macam dia ada banyak duit la.. beli itu ini.. bg duit banyak2 kat kami.. siap beli emas bagai utk anak2 perempuan dia dan wife dia.. Ada juga mak ayah tanya pasal keluarga.. islam dllg.. tp jawapannya samar2..  Time di msia mmg dia kerap telefon anak2 dia... which is nampak dia macam seorang family man... Then after a few weeks di msia.. dia pulang kembali ke US...

Tak lama lepas tu aku pun sambung belajar di New Zealand. Actually kalau nak cerita semua salasilah abg mmg pjg tp aku pendek2 kan utk cepat sampai ke situasi sekarang ni...   Oleh sebab aku dah bekecimpung dalam bidang IT so aku banyak jugak melakukan pencarian abg aku ni since aku degree. Sebab masa aku degree kat UK dia pun ada hilang juga.. then muncul.. then hilang.. which is.. macam chipsmore... tapi antara adik beradik aku... akulah yg sentiasa hubungi dia.. dari dulu.. sampai sekarang..selalunya lepas arwah ayah meninggal, akulah jadi tukang update pada arwah mak ttg abang aku ni... sebab aku sentiasa berinternet..

Masa aku di New Zealand.. aku berjaya selalu hubungi abang aku. Dan paling kerap aku berbual dgn wife dia melalui MSN Messenger atau yahoo Messenger... kami bertukar gambar.. dia cerita kat aku macam2 pasal impian dia.. dia teringin nak menjejak kaki ke msia dllg...

Hingga pada satu ketika terjadilah satu inciden.. xperlu lah aku cerita panjang2 just inciden tu.. just inciden benar2 menguji kehidupan dia (aku rasa) dan dia banyak mengadu hal pada aku.. begitu juga dgn isteri dia.. serius masa tu aku pening..


~mel





3 ulasan: