Memaparkan catatan dengan label abang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abang. Papar semua catatan

Ahad, 1 September 2013

Abang - Part 3

Entri ini bersambung dari Part 2...
 



Aku tak ingat bila masanya kami berjaya contact abg aku ni.. tapi seingat aku lepas tu kami dapat contact dia.. masa tu dia kerja dengan syarikat courier FedEx.. dengan pujukan dgn rayuan arwah mak & ayah akhirnya dia arrange utk balik ke msia menaiki kapalterbang kargo FedEx. Kapalterbang ni ada 2 tempat pilot dan satu tempat duduk penumpang aje. Dan dia gitau dia kena macam2 training before boleh naik flight tu utk balik msia..  Then akhirnya beliau sampai di msia...

As wife dia adalah org Alaska, jadi setiap hujung tahun dia akan dapat bonus rakyat Alaska.. which was agak banyak kot..  so masa dia balik tu macam dia ada banyak duit la.. beli itu ini.. bg duit banyak2 kat kami.. siap beli emas bagai utk anak2 perempuan dia dan wife dia.. Ada juga mak ayah tanya pasal keluarga.. islam dllg.. tp jawapannya samar2..  Time di msia mmg dia kerap telefon anak2 dia... which is nampak dia macam seorang family man... Then after a few weeks di msia.. dia pulang kembali ke US...

Tak lama lepas tu aku pun sambung belajar di New Zealand. Actually kalau nak cerita semua salasilah abg mmg pjg tp aku pendek2 kan utk cepat sampai ke situasi sekarang ni...   Oleh sebab aku dah bekecimpung dalam bidang IT so aku banyak jugak melakukan pencarian abg aku ni since aku degree. Sebab masa aku degree kat UK dia pun ada hilang juga.. then muncul.. then hilang.. which is.. macam chipsmore... tapi antara adik beradik aku... akulah yg sentiasa hubungi dia.. dari dulu.. sampai sekarang..selalunya lepas arwah ayah meninggal, akulah jadi tukang update pada arwah mak ttg abang aku ni... sebab aku sentiasa berinternet..

Masa aku di New Zealand.. aku berjaya selalu hubungi abang aku. Dan paling kerap aku berbual dgn wife dia melalui MSN Messenger atau yahoo Messenger... kami bertukar gambar.. dia cerita kat aku macam2 pasal impian dia.. dia teringin nak menjejak kaki ke msia dllg...

Hingga pada satu ketika terjadilah satu inciden.. xperlu lah aku cerita panjang2 just inciden tu.. just inciden benar2 menguji kehidupan dia (aku rasa) dan dia banyak mengadu hal pada aku.. begitu juga dgn isteri dia.. serius masa tu aku pening..


~mel





Jumaat, 30 Ogos 2013

Abang - Part 2

Entri ini bersambung dari Part 1..

Ya.. sewaktu belajar di Amerika, kalau tak silap aku 2 tahun lepas belajar kot..aku tak ingat sgt sebab masih muda remaja @ budak2 masa tu.. huhu.. abangku balik ke malaysia.. di samping nak ziarah keluarga, dia juga balik bersama dengan aweknya bernama Hayati.. org KL duduk di Kg Pasir.. masa dia balik dia menyatakan hajat ingin memperisterikan kak yati ni.. So, parents aku telah ke KL untuk meminang gadis pilihan hati abg aku ni.. tapi sayang.. pinangnya ditolak dgn alasan tunggulah kak yati habis belajar dulu..so baliklah parents aku dan abg aku dgn hampa... kejadian selepas itu aku tak ingat.. mmg tak ingat.. then after a while abangku dan kak yati balik semula ke Amerika..

ini abang aku... Azlan (sewaktu di US)

After that aku rasa abg aku dah makin menjauhkan diri dari keluarga..  berita dari dia semakin kurang.. kurang dan kurang... dipendekkan cerita.. kami dapat berita dari kak yati yang abang aku semakin liar dan akhirnya berkahwin dgn seorang perempuan mat saleh..  Parents aku macam tak caya..  tapi terpaksa percaya.. kakak2 aku ada lah jugak contact kak yati.. utk tahu cerita.. last2 kak yati balik (tamat pengajian) dan dia bawak cerita macam2 yg tak sanggup kami dengar.. tapi macam tak berapa percaya pun ada.. especially my parents laa pasal ini anak sulung diorg kan.. yg ditatang bagai minyak yg penuh.. segala kehendak mmg diturutilah gitu..

Then abang aku hantar gambar di bawah.. gambar perkahwinan dia dengan Dalene Warren yang bertukar nama menjadi Darlina Abdullah... at least arwah my parents lega sikit.. dia kawen ikut cara islam..


Sekali sekala abang aku ada lah jugak hantar berita.. dan of course tak balik2..  Perkahwinan beliau dgn Darlina nampaknya macam ok.. bila update.. bertambah anak.. bertambah anak.. so kami tidak menyangka yang bukan2.. arwah mak & ayah selalu lah contact abang aku dan ingatkan beliau tentang islam..  So kat bawah ni aku sertakan gambar keluarga abang aku.. suatu ketika dahulu.. nampak ok kan... bahagia..


Tapi ada satu ketika.. tetiba memang kami lost contact dengan abang aku ni.. puas cari tp tak dapat dihubungi... hmmm... dah la dia duduk di Alaska.. tak de/susah nak cari melayu.. so tanya kawan2 dia tak tau.. Memang merunsingkan kami sekeluarga.. namun begitu arwah mak dan ayah macam dah sedikit accept yg dia takkan balik...

Bersambung di Part 3...
Panjang lagi ceritanya ni....




Khamis, 29 Ogos 2013

Abang - Part 1

Awal minggu ini aku menerima satu message di facebook dari seorang yang bernama Jazmin Lopez.. mulanya ingatkan spam.. bila baca message dia baru perasan.. laa.. ini anak sedara aku.. Jazmin.. anak abang aku yang sulung (satu mak satu ayah - aku ada adik beradik lain, lain mak satu ayah). Aku dah lama ingin berkomunikasi dgn Jazmin. Aku tak pernah jumpa dia.. umur dia sekarang 21 tahun. Ibunya (bekas isteri abang aku) berasal dari Alaska, kemungkinan besar dari golongan Eskimo. Dulu aku pernah add Jazmin dalam fb tapi tiada balasan, then bila dia message aku dia cakap dia baru teringat email yg dia guna utk fb tersebut dan terjumpa...

Message pertama dia pada aku adalah:
Hello my name is Jazmin, my maiden name is Jazmin Ziden I finally got access to my old Facebook account and saw you messaged me on there a year ago saying you are my auntie in Malaysia?
Bila baca message tu aku agak excited. dan berbalas2 messagelah. Then dia suruh aku add adik2 dia.. add mak dia.. dllg.. Disebabkan add keluarga dia ni.. then aku tahu tentang diri abang aku yang sebenar.. which is sangat menyedihkan... :'(

Biar aku just introduce abang aku... nama dia Azlan.. dari kecik aku agak rapat dgn dia.. mungkin sebab masa kami kecil aku anak paling bongsu (belum ada adik) dan dia anak paling sulung.. dia tak de adik lelaki so mana2 dia pergi main aku akan ikut.. hinggalah ke besar.. banyak jejak langkah dia yg aku ikut.. secara sedar mahupun tidak sedar..

Lepas SPM abang aku ditawarkan belajar ke US under JPA which sgt membanggakan ibubapa aku la.. lepas dia fly.. ada dia balik sekali.. bawa hajat... ingin berkahwin dengan seorang gadis melayu....

bersambung di Part 2...