This weekend kami diarahkan ber 'team building' di Harvard Suasana Hotel, Bedong, Kedah. Tempat ni adalah sebuah tempat terpencil.. tak de apa2 pun kecuali estate dan golf club. Mengikut kata org tempat ni adalah sebuah tempat yang dah lama didirikan, almost 50 years.
Mula2 masing2 macam reluctant nak pergi.. boring la.. itu la ini la.. dan aku pun sama jugak sebab dah beberapa minggu aku tak de weekend... huhu..anyway bila dah pergi memang kami really enjoy it.. aku & hubby kan satu fakulti, so kami berdua terpaksalah bersama2 hadir team building ni.. hehe..
Eryna pun ikut jugak.. happy je dia.. sepanjang di sana langsung tak de masalah budak sorang ni.. really good girl senang papa dan mummy mengikuti aktiviti yang diaturkan dalam team building tu..
Kami di hari pertama (Sabtu) team building... first time encik suami pakai baju pink.. baju rasmi yg dibekalkan utk first day warna pink.. so nak tak nak kenalah pakai kan.. hehe.. Eryna pun pakai baju pink jugak!
Acara pertama adalah sukaneka. It was fun!. Dah lama tak bersukaneka so macam2 gaya dan ragam.. yg hadir dari fakulti semuanya bukannya yg muda2.. yg umo bawah 30 tahun adalah sorang dua kot.. itupun semuanya staf2 sokongan.. kalau academician yang dah pencen punkena bersukaneka jugak!!
Staf2 sokongan sedang menikmati makanan pagi di tengah padang bola.. yg berkumpul kat belakang tu adalah ketua2 kumpulan yang diberi arahan tugasan seterusnya.. setiap kali game ketua kumpulan bertukar, so everybody terpaksa jadi ketua walaupun sekali.
Ok yang ni muka aku dan Prof Fatimah setelah kami selesai meniup tepung utk mendapatkan coklat... rasa nak muntah makan tepung.. huhu.. muka masing2 pun kelakar giler dipenuhi tepung... hehe..
Yang ni aktiviti sebelah petang "The Running Man".. ini kumpulan aku yg semuanya dah berusia belaka.. ahli kumpulan 8 org dari 8 orang 5 yg senior... Aku terpaksalah jaga Prof Fatimah dan Prof Lim yang dah nak pencen dan yang letih berjalan dari satu tempat ke satu tempat ke satu tempat... naik bukit jaga Prof fatimah.. turun bukit jaga Prof Lim.. siap Prof Lim cakap aku layan dia macam mak aku... huhu.. tapi xpe dari 8 kumpulan acara ni kami dapat no 2..
Yang ni time dinner.. tema bunga2 bling2.. aku belasah je apa yang ada dan hubby kat belakang tu aku bagi pakai baju dia yg beli time dinner kat jaring entah tahun bila..
Yang ni aktiviti last, sharp shooting. Hubby dapat tempat no 1 dari 70 orang yg hadir.. Hebat! Congrats hubby... hehe.. at least aku pun ok jugak.. tembakan ada yg mengena... :P
Youtube ni aku cilok en Hubby punya (sowiiii :P).. hehe.. dia amik gambar aku tgh main terompah.. which was good sebab nampak aku dan PM Dr. Ong sangat laju dan penuh semangat berlumba memotong orang lain... :D
Lastly.. although mula2 kami rasa terpaksa.. last2 kami akui it was fun.. dah lama tak rasa seronok dan enjoy macam... by the way masa dinner kami dpat 3 cabutan bertuah... dapat set pinggan, kettle elektrik dan steam iron... oklah tu.. tapi sebenarnya xtau nak buat apa dgn mende2 tu.. just simpan jela.. :D. Kumpulan kami iaitu kumpulan 3 dapat no. 3 dari lapan kumpulan... walaupun ramai senior tapi kira hebat jugakla... congrats kumpulan hubby yg dapat no. 7.. hahaha..
~mel
dah start sakit kaki dah ni.. esok agak2 nak pi kerja ke idak :P