Pagi tadi dalam email usm aku terima memo umum yang dihantar kepada semua staf berkenaan larangan berniaga di laman sosial pada waktu pejabat... Aku pun saja-saja menghantar sebahagian dari memo tersebut sebagai status FB sebagai ramai dalam kalangan rakan FB aku dalam kalangan kakitangan awam...
Apa yang aku tulis adalah...
Baru dapat memo ni.. utk pegawai awam yang berbisnes di FB ni sila ambil perhatian
Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui
media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan
luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk
melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya. Ketua Jabatan hendaklah
memberi perhatian kepada tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan 4,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 semasa
menimbang permohonan berkenaan dan hendaklah memastikan pekerjaan itu :
a) tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya;
b) tidak dengan apa-apa cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai perkhidmatan awam; dan
c) tidak dengan apa-apa cenderung bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai
itu sebagai pegawai khidmat awam.
Feedback yang aku terima...
Komen aku yang last sekali tu.. just refleksi aku terhadap apa yg berlaku dalam masyarakat kita yang kadang2 lebih suka menjadikan yang tidak baik itu sebagai contoh sedangkan kita patutnya mencari jalan yang terbaik untuk kehidupan kita... mungkin suatu ketika dulu tiada kesedaran dalam diri kita.. kita selalu menilai dengan membandingkan perbuatan kita dengan perbuatan orang.. kalau orang boleh kenapa kita tidak boleh... kalau perkara ter
sebut baik baguslah sebab ia akan menyebabkan kita bersemangat melakukan perkara2 yang baik.. tapi ini jarang berlaku.. yang berlaku adalah kita suka banding-bandingkan perkara yang tak baik... macam zaman sekolah dulu2.. kalau kawan kita buat sesuatu kita suka pertikaikan kenapa dia boleh tapi kita tak boleh... kan..
Rasanya eloklah kita buat sesuatu mengikut hukum Islam.. kalau islam kata tak boleh tak perlu lah kita buat walaupun orang lain buat.. walaupun perbuatan kita akan nampak 'weird' dimata orang, tak mengapa asalkan ianya tidak weird pada pandangan Allah... InsyaAllah...
~mel