Memaparkan catatan dengan label siblings. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siblings. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Jun 2014

From KL-Amsterdam-Madrid

Aku dan hubby terbang lagi... InsyaAllah.. Kali ni ke Madrid.. Kali ni kami bukan gi kerja tapi berjalan2 saja.. Dan pergi dgn adik beradik aku.. Kakak aku 2 orang, adik bongsu aku dan isteri dia.. Hajat dihati nak menjelajahi peninggalan taklukan Islam di Sepanyol... Dari Madrid kami akan ke Granada utk melawat Al-Hamra, kemudian kami akan ke Seville, Cordoba dan akhirnya kembali ke Madrid. 

Kami turun dari Cameron Highland dalam pukul 12.30 tgahri hari Rabu 11 Jun 2014.. Flight kami ke Madrid pada pukul 11.05 malam naik KLM (Royal Dutch Airlines).. Kebetulan dari Isnin-Rabu hubby ada Bengkel di Cameron.. So aku dan Eryna ikut lepak kat sana.. Perjalanan dari Cameron ke. Gombak utk hantar Eryna berjalan lancar.. Singgah Tapah makan tengahari yg best.. Ikan patin masak tempoyak dan sayur keladi masak asam feveret aku.. Lepas makan teruskan perjalanan.. Dekat2 nak sampai simpang Behrang tetiba aku teringat.. Ehh.. Hubby ni bawak ke idak kasut Adidas merah yang selalu dipakai berjalan.. Wila tanya dia.. Dia cakap.. rasanya lupa... So aku cakp jom singgah Instun sempat lagi ni.. So kami exit Behrang singgah kuarters hubby amik kasut then baru ke Gombak.. Rugi masa kat situ tp takkan hubby nak pakai kasut kerja kot gi Madrid.. :P Lupa pulak.. Otw turun dari Cameron singgah gerai org asli beli kuda rotan utk eryna.. Hihi.. Sbenarnya nak pujuk si kecik yg nak kena tinggal tu.. 

Kasut yg tertinggal di Instun 😜

Sampai Gombak dalam pukul 4.30..  Gitu gini siap2 pkl 6 baru gerak ke Putrajaya.. Adik aku akan hantar ke KLIA. So kereta tinggal di Putrajaya.. Perjalanan dari Gombak-Putrajaya penuh rintangan.. Hari berkerja jadi kami pun konfius nak ikut jalan mana.. Last2 decide nak ikut MEX.. Rupa2 nya jalan ke MEX jem teruk.. Tak bergerak.. Aduhh.. Mmg tension giler.. 2 1/2 jam nak sampai ke. Putrajaya.. Sampai2 dah 8.30.. Ingat xmo naik dah rumah adik aku tp kakak aku cakap nasi dah idang.. So makan je la walaupun nasi tak cukup.. Huhu.. Then baru dua buah kereta hantar kami ramai2 ke KLIA.. Mujurlah aku dah web-checkinkan semua org malam sebelumnya.. Jadi just dropbag.. Lambat sikit pun xpe... Alhamdulillah.. Kat KLIA xde masalah apa2.. Kami yg tak sempat Maghrib kat Putrajaya sempat jamak di KLIA before naik aerotrain ke international departure.. 

Perjalanan dari KL ke Amsterdam berjalan lancar tapi bila sampai Amsterdam agak tergesa2 sebab transit time ke Madrid hanya sejam.. Ingatkan tak de permeriksaan imigresen di Amsterdam lagi rupanya ada imigresen dan security check.. Mujur org tak ramai.. Lalu kat imigresen security point tu tak berbunyi tapi kena check jugak.. First time kena check bahagian tudung.. Org imigresen tu ckp.. "May i check under your scarf??" which tak pernah berlaku before this... Lepas tu aku and hubby terkejar2 ke gate D74 untuk connecting flight ke Madrid.. Kakak2 aku dan adik aku punya flight lambat sikit.. So diorg tak tergesa2.. Kami kena tunggu diorg kat Madrid aiport after we all sampai.. 

Naik KLM ni oklah jugak.. Dari KL makanan semua halal tp utk balik aku dah request muslim meal.. Tak tau lah dapat ke idak.. 

To be continued...


~mel 
live blogging atas flight KL 1699 to Madrid..

Ahad, 11 Ogos 2013

Aidil Fitri 2013..

Tahun ni turn beraya di Pahang bersama adik beradik,, maklumlah anak yatim piatu.. Namun begitu ianya tidak menjadi alasan utk kami tidak berkumpul di hari raya... Kami beraya di rumah my sister di Taman Jati Bera, kebetulan kakak aku beli rumah di taman yang sama utk kemudahan kami berkumpul... so..ada dua rumah utk kami adik beradik stay...

Sehari before balik gombak aku sempat buat kuih tart.. ini namanya kuih tart pas.. haha.. sebab pembalutnya hijau... :D. Kami berpuasa 3-4 hari di Gombak then baru ke Pahang..
 
 Sampai2 rendang rusa dalam proses masak.. kami sempat singgah di tepi Sg Pahang beli  ekor 4ikan patin untuk masak berbuka... haa itu dia ikan patin masak tempoyak satu kuali besar!

Setelah diumumkan raya maka kami adik beradik solat isyak dan bertakbir bersama2... best best!

Me & Eryna Zulaika dihari raya pertama.. susah betul nak suh dia amik gambo..

Papa, Yina & ALiff seteah selesai sessi salam2 dan bagi duit raya..

Me & my siblings utk sesi pengambaran raya...

Me & my sister cikjan

Yina dan maklang... yina dah besar skrg ni tak delah takut kat orang lagi... bermain pun tak hengat dunia.. mommy & papa nak ke mana2 pun senang...

Ziarah ke pusara arwah bonda.. time raya sajalah dapat menziarah beramai2...adik lelakiku Azim biasanya akan mengepalai bacaan tahlil...


Eryna dan Irdina sedang membelasah kuih raya di Kg Seberang Guai...

Di rumah sepupuku.. gambar kami dan keluarganya...

Sempat mamat ni memejamkan mata di Sg Lui (gambar kandid) :P

Pandu Laju Maut Menunggu

Selamat Hari Lahir yang ke 8 buat Nur Amirah Hannani yang pot pet pot pet... jamuan di KFC
Dah nak balik Gombak... singgah di tepi Sg Pahang untuk membeli ikan patin & tempoyak kiriman ibu mentuaku.. huhu...

Dari Pahang kami balik Gombak... adik beradik hubby pun semuanya masih belum balik dari kampung halaman suami/isteri masing2... so tinggalkan mak abah berdua sahaja di rumah... :(

Anyway..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... alhamdulillah tahun ni rezeki sebelum raya agak ok.. so dapatlah bersedeqah lebih sikit dihari lebaran...

~mel