Selasa, 18 September 2012

Kenduri Manja...



He is still our manja... although he is now a married man. .. hehe.. last week hari sabtu kami serombongan adik beradik dari klang dan putrajaya telah berkonvoi ke Senggarang, Batu Pahat untuk majlis perkahwinan si manja, 5 kereta adik beradikku dan 1 kereta my auntie from Shah Alam. jauh disudut hatiku ada juga rasa sedih (sedih sokmo kan!).. mujur lah ada my auntie yg ikut tu, kalau tak kami adik beradik je la berombongan untuk majlis tu. Sampai2 homestay yg disediakan oleh si manja.. kami lepak2 dulu. Ada 2 homestay disediakan. Entah cam ne bila manja bawak hantaran yg dia tempah kat kawan dia.. kami semua terbeliak!! HANTARAN MACAM NI??? Nauzubillah.. kami semua marah2 kat manja. Design hantaran tu macam melepas batuk ditangga.. basically sgt menyakitkan mata aku! Dahla hantaran nak kena bawak malam tu (time tu pukul 5.30ptg!!). Cepat2 kakakku ke kedai cari barang utk tmbh kat hantaran.. tugas aku baiki mana2 hantaran yg boleh dibaiki segera! huhu..kecoh betul.Anyway, malam tu after maghrib kami pun gerak ke Senggarang. Hoemstay yg kami duduk tu di Parit Raja lebih kurang 20 minit dari rumah pengantin.

Hantara yg telah diubah suai.. havoc dibuatnya disebabkan hantaran ni..
Me, Mawaddah, my antie & my sister's friend.
Pengantin lelaki (manja) sedang gabra... dupdapdupdap
Sepupu2 yg over excited.. Insyirah, Danial, Amirul.. then my bro Fatah, satu2nya yg belom kawen, my BIL cikgu Rimi & Mira anak sulungya..
Kedua pengantin sedang berdoa setelah dinikahkan.. alhamdulillah..
Sepupu2 lagi.. Yina, Auni, Chicha & Mira

Balik2 dari majlis nikah kami semua tidak sedarkan diri... bayangkan masing2 satu rumah tidur dengan pakaian kenduri.. haha.. memang tak sempat2 tukar baju masing2 sebab keletihan yang amat.. Esok paginya kami dok lepak2 kat rumah dulu sementara tunggu ke majlis persandingan lepas zohor. Sementara menunggu kami ke rumah tumpangan lagi satu.. pak sedara ku yg bongsu dari JB dah datang.. kakak sulungku sekeluarga dari Kemaman juga dah datang.. so our konvoi was getting bigger. My sister's best friend pun dtg satu kereta mlm sebelumnya dari KL.Pagi tu sempat juga kami ke Pekan Parit Raya.. pekan parit raja telah jauh berubah. last aku di situ 15 tahun yg lalu.. lama giler dah tak dtg.. kami mencari kerepek di pekan parit raja.. dan the place is still there iaitu dekat bangunan koperasi serbaguna parit raja.. so dapatlah aku beberapa bungkus kerepek & sebidang tikar mengkuang...Balik rumah kami siap2 barang terus masuk kereta sebab lepas kenduri kami nak terus gerak balik ke Klang.

Pengantin tengah siap2 nak berarak.. keluarga kami baju bertemakan monochrome.. putih ke hitam...


Tengah tunggu nak berarak..

Sempat bergambar hindustan kejab sambil berarak!!

Our family...

Bilalah giliran aku ni!!

Makan beradap.. kaum keluarga


Eryna yg mengabiskan buah2an cantik ni.. hehe..


pengantin sedang potong kek


Lepas makan & potong kek..



Hepi eryna zulaikha sebab dapat beg.. :)


~mel
kenduri belah kami pada 15 disember nanti di Tmn Sg Kapar Indah, Klang.. after kami balik dari family day di langkawi... hehe bawak pengantin honeymoon bersama keluarga.. :D

Isnin, 3 September 2012

Terkejut kami..


Terkejut kami.., originally uploaded by melati.a.

Kereta kat atas ni tadi telah melanggar sebuah motosikal dlm lorong beratur untuk ke tol jambatan Pulau Pinang.. kebetulan kami kat blakang kereta tu.. terkejut kami.. motosikal tu mcm xde ape2 sbb dia sempat kontrol motor.. tp yg geramnya kereta ni terus jer laju tinggalkan motor tu tanpa check penunggang motor tu ok ke idak... hampess betul!! hmm...

~mel

Ahad, 2 September 2012

Petua Arwah Mak.. + (ziarah keluarga hubby)

Actually dah taip post ni kat my iphone.. ntah macam mana xdpt dikesan pulak... grr.. lupa nak save la tu.. :|

Anyway.. hari jumaat aritu (hari kebangsaan) aku & hubby bertolak ke Taiping untuk ke rumah pak sedara hubby yg telah lama tidak diziarahinya.. kami janji dengan mak, abah mentua & faiz (adik ipar) untuk berjumpa di sana. Aku dah book hotel Perdana Taiping tapi bila sampai sana tengok ada hotel legend inn dekat dgn masjid daerah taiping (tempat kami berjumpa).. so bila pergi kat situ ada bilik & lagi murah, kami decide utk stay kat situ jer.. aku kansel je booking kat hotel perdana. Hari tu kami melawat pak sedara hubby (panggilannya mamu man) di Taiping. After melawat kami balik hotel.. malam kami pekena yong tau fu kat sebelah balai boma taiping.. sedap jugak!

Pagi2 esoknya kami slow2 je la siap sbb janji dgn mak/abah pkl 8.30pg. Tgk2 pkl 8pg they all dah siap.. mak ckp ada pasar tani kat depan hotel.. so sementara tunggu they all siap2 brg, kami turun pi bfast + pasar tani taiping... kat pasar tani tetiba nampak hubby dok tercegat depan gerai buah.. sambil tersengeh dia cakap.. "mommy mesti nak beli tu... ".. hehe.. bergugus2 mangga muda kegemaranku... so mmg tak boleh tidak.. kena belilah kan.. (sebenarnya sama2 suka makan.. bukan aku sorang yer..)..

Dari Taiping, kami ke Kg Talang.. dekat2 dgn Ipoh. Kat situ rumah Opah incik hubby.. banyak la cerita2 baru yg aku tau.. b 4 this tak berpeluang kenali keluarga belah abah hubby.. then kami ke Ipoh rumah kakak abah (yang dipanggil Pupu.. istilah2 Pakistan yg first time aku dengar..huhu). Alkisahnya datuk hubby Sheikh Mohd Kamal berasal dari Pakistan.. tu la sebabnya kening hubbyku bercantum kot.. haha.. nama sebenar abah adalah Sheikh Mohd Ali tp surat beranak dia hilang masa dia kecik.. so cilok surat beranak ntah sape ntah.. so jadi ler nama dia Abdul Rahman... hehe..

Ok.. cerita detail ttg perjalanan ke rumah sedara mara hubby tu dia akan ceritalah kot kat blog dia nanti..

Balik dari Ipoh tayar kereta terlanggar skru pulak kat hway PLUS.. terpksalah kami masuk Taiping cari kedai tayar.. sudahnya sampai rumah dekat pkl 7 mlm.. sampai2 masing2 dah penat.. lepas mandi terlepek kami berdua.. naka masak pun rasa tak larat.. tp nak kluar mkan luar lagilah malas.. so after 8.30mlm.. dah lapar aku pun turun bawah nak masak ala kadar.. nak masak nasik & sardin jer..

Tetiba ternampaklah mangga2 muda yg mengecurkan air liuq aku.. err.. tetiba rasa rajin nak tumbuk sambal mangga.. apa lagi dah menumis lauk sardin, aku pun amik cili api dari peti ais dan basuh.. masuk dlm lesung batu.. wokeh.. aku pun masuklah bahan2 sambal mangga tu.. dan tangan pun dgn pantas nak menumbuk.. tup tup.. cili api melompat.. masuklah dalam kedua belah mata aku.. aduhhh.. sakit gila.. aku dok kat sinki basuh punya basuh.. dah helpless.. mata xleh bukak..aku pun jln slow2 kat mr hubby yg dok baring sambil tgk tv.. berpinau kepala dibuatnya kena penangan cili api tu... cakap kat hubby..dia rasa kepala dan area mata dia ckp panassnyaaa... panas cili... masa tu mmg aku xleh nak buka mata..

Bila time tgh sakit2 ni biasanya aku akan tingatkan mak.. ntah nape ntah.. nak nangis la tu.. tetiba tingat masa aku kecik2 mak pernah kena cili gak time menumbuk.. pastu dia ludah kat lutut dan tenyeh mata kat air liur dilutut tu.. Desperate punya pasal.. aku pun ludah kat lutut aku.. and then tenyeh mata...tetiba... jeng jeng jeng... mata boleh bukak.. aku pandang hubby and cakap.. dah hilang rasa cili.. slow2.. dua2 mata jadi ok...hubby terkejut.. wahhhh dia cakap..mujarab betul!

So.. aku buat conclusion mmg petua tu sgt mujarab.. aku rasa mungkin airliur tu ada bahan utk meneutralkan rasa pedas.. that's why kita boleh makan pedas kot.. dan fungsi lutut tadi sebab kita tgh duduk.. bila ludah dilutut mmg direct boleh letak mata utk digenyeh kat lutut.. kalau genyeh dgn tangan kang bertambah panas sebab tangan tadi pegang cili kan!! So sape2 yg terkena cili..lain kali boleh try this petua.. hehe..

Dan kami makan dengan rakusnya nasi berlauk sardin.. bersambal mangga... dan petai rebus.. hehe... And the rest of the mangga muda dah jadi seperti yang ditunjukkan di bawah.. homemade jeruk mangga!!!.. Huhh.. dah rasa pun... sedap!!!



~mel
hari rehat2 sedunia..