Khamis, 27 November 2014

Kellie's Castle

Sebenarnya kami tidak berhajat pun nak ke Kellie's Castle sebelum ini.. tapi entah macam mana sewaktu pergi menziarah waktu kembalinya opah hubby ke rahmatullah pada 19/11 yang lepas, on the way tu kami lalu di depan Kellie's Castle. Itulah first time kami lalu di situ. So aku pun cakap hubby... balik nanti nak singgahlah. Tak sangka pulak otw back encik hubby mmg singgah kat situ..  

Bayaran masuk dewasa RM6 dan kanak-kanak RM3. Agak menarik juga peninggalan Pak Kellie ni.. ada gak rasa seram sejuk bila naik castle tu.. dahlah banyak cerita2 yg dipaparkan tu menyeramkan.. Enjoy the foto lah..


Pandangan dari atas kellie's castle.. kena seberang sungai tu untuk sampai di sini..


Dari atas Kellies Castle juga..





Selfieee....

View bumbung yg tak berapa tinggi


Eryna bercerita dgn khusyuk kat papa


Tangga untuk ke tingkat 3


Katanya balkoni berhantu..


Ada org jumpa lelaki termenung mlm2 di balkoni ni...


Fasad istana peninggalan British ni dari dalam..


Telaga...


Eryna khusyuk kutip daun,,


Anak murid mendengar dgn khusyuk kaedah memasak zaman dulu.. err.. awat ketara perut tok guru masa ni?

v
Tak ingat dia tulis apa kat situ.. rasanya bilik tukang masak..


Gaya seorang ahli sejarah

Cantik view dr bawah ni


Bakal pemilik Kellie's Castle.. rasa nak beli lah huhu




















Selasa, 18 November 2014

Hectic Weekend..

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yg sgt hectic.. dgn kesihatan yg xberapa ok, bnyk yg terpaksa diredah tanpa memikir ttg diri sendiri... Ringkasan cerita..

1. Jumaat dan Sabtu - di Shah Alam Conventioan Centre (SACC) utk nucel2014. Menginap di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam. nuceel 2014 = Karnival e-pembelajaran universiti

2. Sabtu ptg drive blk ke Tg Malim. Sampai dah nk maghrib (hubby blk dulu dgn eryna dan aliff sbb aliff demam). Smpi rumah kesejukan.. tetiba hubby ckp.. patutla.. demam rupanya si isteri. Diberinya ubat.. tidur dengan lenanya.

3.  Ahad pg dpt berita opah hubby koma. Kami ke hospital besar Ipoh. Opah hnya bergantung pd bantuan pernafasan. Tindakbalas Eyes, Verbal dan Motor lngsg tiada. Aku bertanya kpd doktor dan doktor ckp tiada ubat diberi.. dalam ertikata lain hanya berserah sahaja...


4. Sampai Tg Malim dah mlm, decide to EL Monday. Badan sendiri kurang ok.Then dpt tahu opah dah pergi... menyesal pula xsuggest kat hubby tidur je di ipoh malam tu walaupun ada terfikir...


5. Isnin pagi - gerak ke Batu Gajah utk ziarah. Kami terlambat sikit, jenazah selamat dikebumikan pada jam 11 pagi.. urusan jenazah semua dilakukan di hospital ipoh, dan dari hospital terus ke masjid dan ke tanah perkuburan. 

6.  Lepas ziarah singgah Kellie's Castle (nnt cerita lain). Then singgah tol gopeng utk solat & amik kereta.. kami bawak dua kereta dr tg malim.. satu tinggal di tol gopeng sebab dari Batu Gajah aku cadang nak terus balik ke Penang. Alhamdulillah segala berjalan lancar.. walaupun ada jugak risau tinggalkan kereta di tol (maklumla kat malaysia ni banyak sangat spekulasi dari media sosial).. alhamdulillah tak de apa2.

6. Kisah solat - masuk dlm bilik solat jamak ada sorang makcik berpakaian uniform Propel sedang duduk termenung atas kerusi. Aku bg salam dan dia terkejut dan terus cakap.. makcik ni demam.. Dalam hati aku cakap kesian... then aku tanya, demam tak cuti ke makcik? Dia cakap dah 3 hari cuti, hari ni kena kerja, nanti gaji kena potong. Makcik ni suami meninggal awal umo 44 tahun, anak 7 org jadi terpaksa kerja walaupun xlarat. Sekarang umo makcik 62 tahun dah.. anak bongsu spm. Tadi sebelum pi kerja anak minta RM2 utk belanja sekolah tp makcik bagi singgit jer sebab itu je yang boleh bagi. Puas dah makcik pusing sana sini tapi tak mampu jugak... Panjang lebar makcik tu bercerita. Aku diam aje... dan terus solat,,, dalam hati terdetik kesian kat makcik ni.. muka mmg mcm tak sihat.. Lepas solat ku tanya makcik tu.. anak sulung dah kawen la ye makcik.. dia cakap.. dah kawen tp tulah masing2 harapkan suami.. tak kerja, manalah dpt nak tolong dia.. Betul jugakkan.. Kdg2 org yang bekerja pun sesak nafas..apalagi yg tak kerja harapkan pendapatan suami.. nak hulur duit utk ibubapa pun taj terhulur.. kdg2 minta duit kat ibubapa pun ada jugak kan.

Selesai solat aku siap2 dan bersalam dgn makcik tu... ku hulur sedikit sedekah yg termampu.. kataku pada makcik tu, makcik saya doakan kehidupan makcik dipermudahkan.. .. Makcik tu hanya mengangguk dan menitis airmata sambil mengucapkan terima kasih.. Seiring dgn kata2ku hatiku juga berdoa semoga Allah berikan kesihatan yg baik dan murahkan rezeki makcik tu.. Insya Allah..

7. Di plaza tol kami berpisah.. hubby balik ke Tg Malim aku terus ke Penang. Alhamdulillah hanya hujan renyai2 dalm perjalanan.. risau juga aku kalau2 hujan lebat.. mata aku ni tak berapa ok sgt utk memandu dalam hujan lebat...

Jam 7.20 mlm aku sampai ke rumah.. Alhamdulillah..


~mel
banyak cerita tp tiada masa....

Ahad, 12 Oktober 2014

Tebu..

Semalam waktu nak pergi sarapan, kami lalu di kawasan area Masjid Timah yang dipenuhi oleh pokok2 tebu yang sedang mekar berkembang.. Aku cakap kat encik hubby.. Bestnya tgk tebu2 tu.. teringat masa kecik2 dulu makan tebu.. sekarang ni susah nak makan tebu.. dok minum air tebu je tak merasa dah makan tebu.. sambil aku melihat tebu2 tu dengan kecur air liur.. Nampak begitu sedap tebu2 kat kebun tu.. Then aku cakap kat hubby.. boleh ke nak beli sebtg tebu kat kebun ni.. terliur pulak (mcm mengidam plak gitu)... tapi aku mcm cakap saja2 sebab sape empunya kebun tebu pun tak tau...

So.. after bfast di kedai roti canai terbang, kami bawak eryna yg demam ke klinik, pi kedai beli sayur utk masak lunch.. kami pun balik rumah. Kebetulan, smlm sabtu aku ada kelas dari pkl 1 hingga 6.30ptg... letih gila rasa.. Sebenarnya ada dua kelas je patutnya tp aku kesian kat student final year yg xreti nak buat research so aku buat kelas tambahan utk mereka... so jadi tiga kelas.. tu yg straight kelas tu.. dah la aku masak tp xsempat nak lunch... kelaparan sambil mengajar..

Pagi2 tadi aku bangun awal utk ke Jeneri mengendalikan projek di sebuah sekolah.. walaupun hari ahad aku terpaksa ambil peluang ke sekolah sebab bila hubby ada di rumah senang sikit ada org jaga eryna dan aku tak terkejar2 utk hantar dan amik eryna berbanding bila waktu penang cuti.. so that's why akku arrange nak pi sekolah hari ahad walaupun that's mean aku xcuti selama seminggu ni...B4 pergi sempat aku masak sup ketam sebab semuanya kat rumah macam tak sihat.. so hopefully boleh boost tenaga masing2.. Aku kluar rumah dalam pkl 7.30 pagi dan sampai semula rumah dalam pkl 2.30ptg... Penat tu biasalah kan..

Sampai2 kat rumah.. tetiba Aliff cakap... papa ada belikan buluh untuk mommy... haaa.. buluh??? Buluh apa pulak... Tgk2 kat dapur ada sebatang tebu... ya allah terkejut nya.. what a surprise... teruja sungguh aku rasa.. Walau hanya sebatang tebu tapi rasa terharu sgt sebab tetiba dapat tebu... Tak sangka betul hubby ingat smlm aku teringin nak makan tebu.. Aku pun segera memotong tebu..  ishh... kekok rasanya.. dulu2 masa kecik syok betul sebab ada pokok tebu depan rumah.. dah tua2 ni rasa macam pelik dapat tebu..

So.. setelah potong dapatlah makan tebu dgn gembiranya.. mmg best sebab dapat makan tebu.. dan paling best sebab dapat makan tebu surprise... tak sangka hubby carikan tebu setelah isterinya sebut2.. terasa sgt2 dihargai.. kdg2 seseorang tak perlu diberi surprise emas permata atau tudung Fareeda... cukuplah sebatang tebu free dari seorang pakcik yg pemurah... :P

Thank You En Faizal... love u sgt2... :P


~mel