Khamis, 24 Disember 2015

Subuh Terakhir (Catatan Tanah Haram..)

Perjalanan pagi ini terasa sukar. Kaki merasa berat untuk melangkah. Langkah demi langkah diiringi kesayuan. Ya Allah, akan ku tinggalkan Tanah Haram ini hari ini, tidak ku tahu bila kah kaki ini akan dijejakkan lagi ke sini.

Di Tanah Haram hati terpaut. Walaupun kesukaran setiap hari ditempuhi. Berebut-rebut mencari tempat solat, perjalanan yg jauh, ditolak, dihimpit... namun di situ letaknya kemanisan iman.. Hanya keimanan mampu mngatasi segala halangan. Kesenangan yg biasa dilalui menjadi satu nikmat di sini. Nikmat utk mensyukuri kehidupan yg sempurna.

Bagiku Tanah Haram juga menyaksikan wujudnya dua kasta manusia. Kasta manusia atasan, dan kasta manusia biasa-biasa. Pertama kali kaki dijejak ke kawasan kasta biasa-biasa, sukarnya terasa. Tempat penginapan sekangkang kera.. meruntun jiwa. Tiba2 Allah berikan kurnia... Penginapan manusia atasan. Allah.. Allah.. nikmatnya tidak tergambar dgn kata-kata. Masjidil Haram di depan mata, makanan mewah menggila. Lambat sedikit tidak mengapa, hamparan masjidil haram telah tersedia. 

Subhanallah, walhamdulillah walailahaillah wallahiakbar.. Allah allah allah.. Syukur mengiring nikmatmu.. Tak kusangka rezeki mu melimpah ruah buat kami.. Nikmat apa lagi yg ingin ku dustakan...

Allah.. Allah.. Allah.. Nikmat dariMu berterusan.. Pintu Kaabah jadi idaman.. Syukur peluang berdoa di Multazam, walau sukar.. idaman akhirnya dalam genggam..

Pagi terakhir di Tanah Haram..

Hatiku sayu..
Aku pasti rindu..
Hidup yg ingin diteruskan terasa kaku..
Ya Allah, berikan pdku petunjukMu..

Ya Rahman, Ya Rahim..
Jemputlah kami semula ke tanahMu.. 

Amin.. Ya Rab..



Catatan 5.17am, hampir waktu Subuh di bawah bumbung Masjidil Haram...

~mel

Khamis, 17 Disember 2015

Umrah Turki - 15 -28 Dis 2015 (Part 1)

Life blogging from Turki

Kami  (aku, hubby & mak abah mentua) insyaallah, dalam perjalanan ziarah Turki dan Umrah, Insyaallah. Kami mengikuti rombingan Intifada Travel di bawah Ustaz Anzaruddin.. seramai 32 org ahli rombongan termasuklah family Ustaz Anzaruddin juga. Kami gerak dr KLIA menaiki Turkish Airline pd 15 Disember hari tu.  Doakan semoga perjalanan kami dipermudahan.. InsyaAllah. 

Me & my boifren.. Mengakhiri tahun 2015 dengan ziarah turki & mengerjakan umrah... InsyaAllah..

Hubby & 'Pupra' (bahasa eryna)

Bodek kakak ipar... ehh.. ke dia yg bodek aku ( nak souvenir... hahaha)

Family hubby... 

Me, hubby & pak mentua yg bersemangat waja nak travel kali ni..

Tgh tunggu flight TK63 di gate C15

Taklimat semasa check-in

Tunggu flight..

Makanan atas flight.. sesuai dgn selera aku :P

Abah makan dgn berselera sekali.. hihihi

Sampai di Istanbul Artatuk Airport, disambut oleh Adil, agen travel di Istanbul...

bersambung.. 

~mel






Ahad, 6 Disember 2015

Kursus Manasik Umrah 5 Disember 2015

Kami telah menghadiri Kursus Manasik Umrah yang diadakan berhampiran Masjid Ghufran, TTDI pada siang tadi. InsyaAllah jika tiada aral melintang, panjang umur, dimurahkan rezeki kami akan menyertai umrah di bawah Ustaz Anzaruddin (Intifada Travel) melalui package KL - Turki - Mekah - Madinah dari 15/12/2015 hingga 28/12/2015. So kursus ini merupakan kursus khas utk ahli2 traveler Package Umrah Turki ini...

Tentatifnya begini:

  1. Dari KL kami akan ke Istanbul & Bursa
  2. Turki - Bursa - Kerajaan pertama Othmaniyah - bermlm di Bursa - Kaum lelaki dinasihatkan beli stokin khuf (kulit) di turki, boleh pakai 3 hari 3 mlm. Bursa agak sejuk. Cruise 40 minit di Istanbul merentasi Selat Bostetoud (tak tau betul tak ejaan). Lain2 tempat di Turki - Topkapi Palace - yg dibina oleh Sultan Muhammad AlFateh 
  3. Hippodrome Square,Grand Bazar Bursa (lg menarik dr Grand Bazar Istanbul katanya)
  4. Ihram di Airport Istanbul - niat ihram dlm flight
  5. lelaki pakai ihram terus sebelum naik flight
  6. Niat ihram di Juhfah - 1 jam @ 45 minit sebelum smpi di Jeddah. 183km dr Jeddah. 
  7. Hotel Penginapan - Burj Al-Sultan (3 Star) - 120km dr pintu King Abdul Aziz
Syarat2 Wajib Haji & Umrah
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Merdeka
  4. Berakal
  5. Berkuasa

Rukun umrah ada 5 perkara:


  1. Niat Umrah - Miqat - utk trip ini di Juhfah
  2. Tawaf
  3. Sa'ie
  4. Bergunting/bercukur
  5. Tertib

  • Wajib umrah - Kena dam kalau lupa
  • Niat umrah di miqat
  • Meninggalkan perkara2 haram semasa Ihram
Amalan Sunat
  • Menggunting @ mencukur rambut
  • Mengandam misai dan janggut
  • Membuang bulu ketiak dan bulu ari2
  • Memotong kuku
  • Mandi dan berwuduk
  • Memakai pakaian ihram


  • Akan dilakukan atas flight - Berihram di miqat & Berniat dengan lafaz:





  • Mula bertalbiah dari tempat miqat dgn lafaz:

  • Mengulanginya sebanyak 3 kali, berhenti sebentar dan mengulanginya
  • Bertalbiah setiap kali naik bukit dan turun bukit
  • Utk lelaki hanya buka bahu kanan semasa tawaf sahaja.. Masa sa'ie pun tak perlu buka bahu kanan (makruh)
  • Multazam - tempat paling mustajab doa.. tapi susah nk pi.. so cari tmpt yg selari dgn multazam
  • Babus Salam - Sunat masuk masjidil haram melalui pintu ini
  • Lelaki kena tunjuk semua jari kaki- pakai selipar jepun

Sedikit slide yang aku ambil gambarnya:




~mel
dah tak sabar.. :)