Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan

Khamis, 14 Januari 2016

Catatan Umrah Turki 2015

Selesai sudah blog post Umrah Turki 2015 saya. Saya menulis pengalaman-pengalaman ini untuk diri sendiri sebenarnya. Untuk saya ingat apabila sudah tiada upaya untuk mengaharungi kembali segala pengalaman lalu.. untuk anak-anak saya membaca sejarah diri saya.. mungkin suatu hari nanti bila saya telah tiada.. catatan ini akan terus hidup bersama darah daging saya yang saya tinggalkan.. Semoga pengalaman pahit manis yang saya lalui menjadi iktibar dan pengajaran buat diri saya dan keluarga.

Catatan Umrah Turki kami 15-28 Disember mengikut turutan boleh dibaca di sini.. 
  1. Kursus Manasik Umrah
  2. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 1)
  3. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 2 - Istanbul)
  4. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 3 - Istanbul)
  5. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 4 - Istanbul)
  6. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 5 - Istanbul -  Jeddah - Mekah) 
  7. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 6 - Mekah)
  8. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 7 - Mekah)
  9. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 8 - Mekah)
  10. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 9 - Madinah)
  11. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 10 - Madinah)
  12. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Final Part)
  13. Subuh Terakhir - Live (Catatan Tanah Haram)
 
Perjalanan ini merupakan perjalanan yang penuh keajaiban dan ingin ku ulangi tak kira berapa ratus kali dalam kehidupanku yang entah bila berakhir... Ya Allah.. Jemputlah kami ke sini lagi.. :'(

~mel

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Final Part)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 10 - Madinah)

Dah sampai kita ke final part... Alhamdulillah.. hajat dan niatku dan suami untuk menunaikan umrah pada tahun 2015 telah tercapai. Pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang sangat manis dan sangat bermakna. Tak mungkin ditukar ganti,  Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah telah memberikan kesihatan yang baik buat kami semua, aku, suami, mak, abah serta ahli-ahli group kami. Aku amat bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu, dan rasanya tidak sabar untuk ke sana semula dalam jangka waktu yang terdekat. Final part ini aku ceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan pulang kami. Dugaan bagi kami sebenarnya belum berakhir. Kalau di post sebelum ini aku ceritakan yang kami terpaksa memanjat tangga hingga ke tingkat 7, bas yang datang lambat membuatkan kami resah gelisah.

Aku di Madinah sebelum pulang
 Sesampai di airport, Ustaz Anzaruddin bergegas turun dari bas untuk ke kaunter bagi check-in kami semua. Manakala ada seorang student dari Universiti di Madinah, Ustaz Aiman, membantu untuk membeli air zam zam untuk dibawa pulang oleh kumpulan kami. Dalam trip ini kami mendapat air zam zam sebanyak 5 liter seorang. Ketika pintu bas dibuka kami ingin segera keluar sebab dah lambat. Tiba2 datang satu kereta polis tidak membenarkan kami turun. Pintu tengah bas ditutup semula. Masing-masing dah pening, kami dahlah lambat, tak dibenarkan keluar bas pulak tu. Ustaz Anzaruddin dan Ustaz Aiman dan masuk ke dalam airport tak nampak muka dah.  Polis tersebut meminta pasport kami, tapi tiada seorang pun yang ada pasport kerana dibawa oleh Ustaz untuk checkin dan beli air zam. Kami sangat gelisah. Sedang menunggu tiba-tiba terdengar perkataan muasassah disebut2. Encik suami pun berkata, kalau diorg nak nama muasasah mmg perlukan pasport sebab ada kat dalam pasport. Tetiba aku teringat.... ehh.. aku ada photostat pasport dalam beg aku sebab masa nak check in Swissotel hari tu aku diberi photostat pasport tu sebab passport kami dipegang oleh agen. Cepat2 aku keluarkan photostat passport aku dan bergegas ke depan bas dan memandai2 tunjuk photostat paspot tu kepada polis tu. Aku tunjukkan nama muasasah (kebetulan dah diberitahu yang mana nama muasasah in case ada masalah ketika checkin Swissotel).. Polis tu pun ambil.. tulis nama muasasah tu dan pintu bas pun dibuka... kami dibenarkan ambil beg dan masuk ke airport.... Phewwww!!! Terasa macam jadi heroin kejab :P

Urusan seterusnya alhamdulillah dipermudahkan sangat. Airport di Madinah merupakan airport yang tak berapa besar. Urusan checkin sangat mudah dan alhamdulillah beg kami semuanya ok tak overweight, malahan kesemua hand luggage mak abah kami pos masuk dalam untuk memudahkan kami waktu transit di Istanbul. Siap ada lebih lagi luggage dan kami pelawa kawan2 join kot2 ada yang takut terlebih berat :P.  Apabila kapal terbang berlepas (waktu maghrib) kami solat jamak siap2 dalam flight. Waktu mula2 berlepas tu tiba2 aku terlihat keluar dan tunjuk kat encik suami... tuuu.. nunnn tengok kat bawah tu.. Masjid Nabawi dari atas... cantik sungguh.. sempat aku buka henfon dan snap gambar seperti di bawah.. tp dah hujung2 dah.. tak pelah asal ada kenangan..
yang bercahaya besar tu adalah masjid nabawi.. memang cantik dari pandangan atas flight..
 Macam biasa bila naik flight suka kami tengok gelagat abah yang memang berselera nak makan. dapat aje menu dalam flight segera abah tengok.. .hihi.. Agaknya abah ni kena dok oversea lah.. :P. Anak dia tekak agak kemelayuan jadi ada makanan yang pelik2 dia tak makan sanga t<--suamiku suamiku--="">
Flight transit di Istanbul dalam 3-4 jam... so kami just lepak2 kat sana.. sempat aku sambar minyak wangi dan lego untuk eryna kat duty free. Kebetulan duit Euro ada beberapa ratus lebihan masa pi Spain tahun lepas yang tidak ditukar kembali, saja simpan/  Hati sebenarnya dah tergoda dengan henbeg LongChamps tapi encik suami cakap.. kang mak tengok dia nak pulak (ada ke patut itu alasannya :P)

Sambil2 buang masa menunggu flight di Istanbul Airport. Nak tidur pun tak boleh.

Akhirnya kami naik flight Istanbul ke KL. Naik-naik terus tertidur suami isteri. Sedar2 terjaga bila Ustaz kejutkan untuk bangun subuh... kata ustaz.. cuba tengok kat langit di luar tu, dah subuh... so aku pun tengok di luar. dan nampak.... oh yer... seperti gambar di atas...

At last.. sampai juga kami di KLIA...
Hubby & ibunya setelah selepas immigresen di KLIA.
Selesai perjalanan kami Turki-Mekah-Madinah... Subhanallah.. sesungguhnya setiap hari dan ketika aku bersyukur diberi peluang ini. Hati sentiasa meronta2 ingin kembali ke sana.. siap tanya hubby kat Madinah ada universiti kan.. boleh tak nak apply mengajar di Universiti Madinah? Sesungguhnya sepanjang di sana hati sentiasa tenang dan bahagia. Setiap pagi bangun pkl 4pagi pun tiada masalah dan boleh bertahan segar dan bahagia sepanjang hari. Dah balik ke Malaysia.. nak bangun tahajud pun liat... berhari2 kunci jam tapi tak bangun juga..  Sungguh ajaibnya semangat di sana, dan paling penting Allah berikan kesihatan yang baik pada kami di sepanjang masa. Abah.. mampu ke masjid sendirian tanpa teman, mampu bertahan di masjid menunggu waktu solat... 

Semoga Allah menjemput kami lagi ke sana, semoga kami dijemput lagi dengan kesihatan yang baik.. Ya Allah.. semoga doa2 kami dimakbulkan dan yang paling penting, umrah kami adalah umrah yang mabrur... Amin Ya Rabbiyal Alamin...

Kalau rindu.. pasanglah ni selalu... TQ Pak Syed Idrus yang mengwhatsapp kan link Mekah HD ini...

 

~mel
Rindu... 

Khamis, 24 Disember 2015

Subuh Terakhir (Catatan Tanah Haram..)

Perjalanan pagi ini terasa sukar. Kaki merasa berat untuk melangkah. Langkah demi langkah diiringi kesayuan. Ya Allah, akan ku tinggalkan Tanah Haram ini hari ini, tidak ku tahu bila kah kaki ini akan dijejakkan lagi ke sini.

Di Tanah Haram hati terpaut. Walaupun kesukaran setiap hari ditempuhi. Berebut-rebut mencari tempat solat, perjalanan yg jauh, ditolak, dihimpit... namun di situ letaknya kemanisan iman.. Hanya keimanan mampu mngatasi segala halangan. Kesenangan yg biasa dilalui menjadi satu nikmat di sini. Nikmat utk mensyukuri kehidupan yg sempurna.

Bagiku Tanah Haram juga menyaksikan wujudnya dua kasta manusia. Kasta manusia atasan, dan kasta manusia biasa-biasa. Pertama kali kaki dijejak ke kawasan kasta biasa-biasa, sukarnya terasa. Tempat penginapan sekangkang kera.. meruntun jiwa. Tiba2 Allah berikan kurnia... Penginapan manusia atasan. Allah.. Allah.. nikmatnya tidak tergambar dgn kata-kata. Masjidil Haram di depan mata, makanan mewah menggila. Lambat sedikit tidak mengapa, hamparan masjidil haram telah tersedia. 

Subhanallah, walhamdulillah walailahaillah wallahiakbar.. Allah allah allah.. Syukur mengiring nikmatmu.. Tak kusangka rezeki mu melimpah ruah buat kami.. Nikmat apa lagi yg ingin ku dustakan...

Allah.. Allah.. Allah.. Nikmat dariMu berterusan.. Pintu Kaabah jadi idaman.. Syukur peluang berdoa di Multazam, walau sukar.. idaman akhirnya dalam genggam..

Pagi terakhir di Tanah Haram..

Hatiku sayu..
Aku pasti rindu..
Hidup yg ingin diteruskan terasa kaku..
Ya Allah, berikan pdku petunjukMu..

Ya Rahman, Ya Rahim..
Jemputlah kami semula ke tanahMu.. 

Amin.. Ya Rab..



Catatan 5.17am, hampir waktu Subuh di bawah bumbung Masjidil Haram...

~mel