Memaparkan catatan dengan label Madinah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madinah. Papar semua catatan

Khamis, 14 Januari 2016

Catatan Umrah Turki 2015

Selesai sudah blog post Umrah Turki 2015 saya. Saya menulis pengalaman-pengalaman ini untuk diri sendiri sebenarnya. Untuk saya ingat apabila sudah tiada upaya untuk mengaharungi kembali segala pengalaman lalu.. untuk anak-anak saya membaca sejarah diri saya.. mungkin suatu hari nanti bila saya telah tiada.. catatan ini akan terus hidup bersama darah daging saya yang saya tinggalkan.. Semoga pengalaman pahit manis yang saya lalui menjadi iktibar dan pengajaran buat diri saya dan keluarga.

Catatan Umrah Turki kami 15-28 Disember mengikut turutan boleh dibaca di sini.. 
  1. Kursus Manasik Umrah
  2. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 1)
  3. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 2 - Istanbul)
  4. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 3 - Istanbul)
  5. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 4 - Istanbul)
  6. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 5 - Istanbul -  Jeddah - Mekah) 
  7. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 6 - Mekah)
  8. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 7 - Mekah)
  9. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 8 - Mekah)
  10. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 9 - Madinah)
  11. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 10 - Madinah)
  12. Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Final Part)
  13. Subuh Terakhir - Live (Catatan Tanah Haram)
 
Perjalanan ini merupakan perjalanan yang penuh keajaiban dan ingin ku ulangi tak kira berapa ratus kali dalam kehidupanku yang entah bila berakhir... Ya Allah.. Jemputlah kami ke sini lagi.. :'(

~mel

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Final Part)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 10 - Madinah)

Dah sampai kita ke final part... Alhamdulillah.. hajat dan niatku dan suami untuk menunaikan umrah pada tahun 2015 telah tercapai. Pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang sangat manis dan sangat bermakna. Tak mungkin ditukar ganti,  Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah telah memberikan kesihatan yang baik buat kami semua, aku, suami, mak, abah serta ahli-ahli group kami. Aku amat bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu, dan rasanya tidak sabar untuk ke sana semula dalam jangka waktu yang terdekat. Final part ini aku ceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan pulang kami. Dugaan bagi kami sebenarnya belum berakhir. Kalau di post sebelum ini aku ceritakan yang kami terpaksa memanjat tangga hingga ke tingkat 7, bas yang datang lambat membuatkan kami resah gelisah.

Aku di Madinah sebelum pulang
 Sesampai di airport, Ustaz Anzaruddin bergegas turun dari bas untuk ke kaunter bagi check-in kami semua. Manakala ada seorang student dari Universiti di Madinah, Ustaz Aiman, membantu untuk membeli air zam zam untuk dibawa pulang oleh kumpulan kami. Dalam trip ini kami mendapat air zam zam sebanyak 5 liter seorang. Ketika pintu bas dibuka kami ingin segera keluar sebab dah lambat. Tiba2 datang satu kereta polis tidak membenarkan kami turun. Pintu tengah bas ditutup semula. Masing-masing dah pening, kami dahlah lambat, tak dibenarkan keluar bas pulak tu. Ustaz Anzaruddin dan Ustaz Aiman dan masuk ke dalam airport tak nampak muka dah.  Polis tersebut meminta pasport kami, tapi tiada seorang pun yang ada pasport kerana dibawa oleh Ustaz untuk checkin dan beli air zam. Kami sangat gelisah. Sedang menunggu tiba-tiba terdengar perkataan muasassah disebut2. Encik suami pun berkata, kalau diorg nak nama muasasah mmg perlukan pasport sebab ada kat dalam pasport. Tetiba aku teringat.... ehh.. aku ada photostat pasport dalam beg aku sebab masa nak check in Swissotel hari tu aku diberi photostat pasport tu sebab passport kami dipegang oleh agen. Cepat2 aku keluarkan photostat passport aku dan bergegas ke depan bas dan memandai2 tunjuk photostat paspot tu kepada polis tu. Aku tunjukkan nama muasasah (kebetulan dah diberitahu yang mana nama muasasah in case ada masalah ketika checkin Swissotel).. Polis tu pun ambil.. tulis nama muasasah tu dan pintu bas pun dibuka... kami dibenarkan ambil beg dan masuk ke airport.... Phewwww!!! Terasa macam jadi heroin kejab :P

Urusan seterusnya alhamdulillah dipermudahkan sangat. Airport di Madinah merupakan airport yang tak berapa besar. Urusan checkin sangat mudah dan alhamdulillah beg kami semuanya ok tak overweight, malahan kesemua hand luggage mak abah kami pos masuk dalam untuk memudahkan kami waktu transit di Istanbul. Siap ada lebih lagi luggage dan kami pelawa kawan2 join kot2 ada yang takut terlebih berat :P.  Apabila kapal terbang berlepas (waktu maghrib) kami solat jamak siap2 dalam flight. Waktu mula2 berlepas tu tiba2 aku terlihat keluar dan tunjuk kat encik suami... tuuu.. nunnn tengok kat bawah tu.. Masjid Nabawi dari atas... cantik sungguh.. sempat aku buka henfon dan snap gambar seperti di bawah.. tp dah hujung2 dah.. tak pelah asal ada kenangan..
yang bercahaya besar tu adalah masjid nabawi.. memang cantik dari pandangan atas flight..
 Macam biasa bila naik flight suka kami tengok gelagat abah yang memang berselera nak makan. dapat aje menu dalam flight segera abah tengok.. .hihi.. Agaknya abah ni kena dok oversea lah.. :P. Anak dia tekak agak kemelayuan jadi ada makanan yang pelik2 dia tak makan sanga t<--suamiku suamiku--="">
Flight transit di Istanbul dalam 3-4 jam... so kami just lepak2 kat sana.. sempat aku sambar minyak wangi dan lego untuk eryna kat duty free. Kebetulan duit Euro ada beberapa ratus lebihan masa pi Spain tahun lepas yang tidak ditukar kembali, saja simpan/  Hati sebenarnya dah tergoda dengan henbeg LongChamps tapi encik suami cakap.. kang mak tengok dia nak pulak (ada ke patut itu alasannya :P)

Sambil2 buang masa menunggu flight di Istanbul Airport. Nak tidur pun tak boleh.

Akhirnya kami naik flight Istanbul ke KL. Naik-naik terus tertidur suami isteri. Sedar2 terjaga bila Ustaz kejutkan untuk bangun subuh... kata ustaz.. cuba tengok kat langit di luar tu, dah subuh... so aku pun tengok di luar. dan nampak.... oh yer... seperti gambar di atas...

At last.. sampai juga kami di KLIA...
Hubby & ibunya setelah selepas immigresen di KLIA.
Selesai perjalanan kami Turki-Mekah-Madinah... Subhanallah.. sesungguhnya setiap hari dan ketika aku bersyukur diberi peluang ini. Hati sentiasa meronta2 ingin kembali ke sana.. siap tanya hubby kat Madinah ada universiti kan.. boleh tak nak apply mengajar di Universiti Madinah? Sesungguhnya sepanjang di sana hati sentiasa tenang dan bahagia. Setiap pagi bangun pkl 4pagi pun tiada masalah dan boleh bertahan segar dan bahagia sepanjang hari. Dah balik ke Malaysia.. nak bangun tahajud pun liat... berhari2 kunci jam tapi tak bangun juga..  Sungguh ajaibnya semangat di sana, dan paling penting Allah berikan kesihatan yang baik pada kami di sepanjang masa. Abah.. mampu ke masjid sendirian tanpa teman, mampu bertahan di masjid menunggu waktu solat... 

Semoga Allah menjemput kami lagi ke sana, semoga kami dijemput lagi dengan kesihatan yang baik.. Ya Allah.. semoga doa2 kami dimakbulkan dan yang paling penting, umrah kami adalah umrah yang mabrur... Amin Ya Rabbiyal Alamin...

Kalau rindu.. pasanglah ni selalu... TQ Pak Syed Idrus yang mengwhatsapp kan link Mekah HD ini...

 

~mel
Rindu... 

Rabu, 13 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 10 - Madinah)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 9 - Madinah)

Madinah adalah satu tempat yang lebih 'calm' berbanding Mekah. Bagi diriku aku suka dengan schedule yang dirancang. Dari Mekah baru ke Madinah. Ini kerana di Mekah kita banyak dalam keadaan bersesak2 dan berebut2.. Jadi bila ke Madinah kita akan rasa relaks sedikit dan merasa dapat beribadah dengan lebih tenang dan damai. Hotel yang kami tinggal di Madinah adalah Hotel Jawharat Al-Asima Hotel, tidak jauh dari Masjid Nabawi.

Aku pada hari first day di Masjid Nabawi
Sebagaimana yang aku tulis dalam post sebelum ini, Masjid Nabawi adalah sebuah masjid yang sangat cantik dari dalam dan di luar. Rekabentuk dalaman yang sangat cantik mengingatkan aku kepada rekabentuk dalaman dalam Mosque-Cathedral@ Grand Mosque of AI-Andalus, di Sepanyol.  Boleh refer kepada blog post aku semasa di Cordoba, Sepanyol pada Julai 2014.  Mengingatkan Grand Mosque itu aku rasa sedih sangat sebab sekarang ni Grand Mosque itu dikuasai oleh puak Kristian, dan kesan peninggalan Islam itu hanya kenangan semata-mata.
Salah satu gambar kenangan yang diambil ketika di Mosque Cathedral, Cordoba, Sepanyol - lihat persamaan antara Mosque Cathedral ni dgn Masjid Nabawi.. sedih rasa mengingatkannya
Gambar-gambar di luar Masjid Nabawi. Di bahagian luar  Masjid Nabawi terdapat payung-payung otomatik yang akan dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian masa. Memang menakjubkan.


Situasi solat dalam masjid Nabawi juga akan tenang berbanding dengan di Mekah. Walaubagaimanapun still kena pastikan datang awal untuk bersolat dalam keadaan yang selesa dan kalau di luar boleh sembahyang atas karpet. Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, kalau tak dapat solat di karpet terutamanya di luar memang akan menggigil kesejukan. Bagi diri aku sendiri, sejadah yang aku selalu letak dalam henbeg aku adalah sejadah nipis, jadi kalau duduk atas sejadah tu still terasa kesejukan yang amat sangat. So, memang perlu duduk di atas karpet untuk tunggu waktu solat. Sambil2 menunggu waktu solat sempat juga berkenalan dengan pelbagai bangsa lain. Mak mentua ku lagi peramah, jadi banyaklah dia berkenalan. Aku kenal2 gitu2 jer, tapi sempatlah berselfie juga.. :P
Kami dan Azril aka Ayil
Sewaktu di Madinah terlihat pula di Swarm Apps bahawasanya rakan twitter kami si Azril aka Ayil yang kami kenali lebih 8 tahun lepas di alam maya ada juga di Madinah. Ayil ni walaupun duduk di Penang, rajin berinteraksi di Twitter tapi kami tak pernah pun jumpa. So bila tgk dia di madinah kami pun cakap, jom kita jumpa Ayil! di Gate 15, Masjid Nabawi. Ayil tinggal di hotel Movenpick dan melalui TH Travel. so dalam masa 10 minit janji nak jumpa, akhirnya kami bertemu di Gate 15 Madinah. Sungguh ajaib. Kawan ketiga yang kami jumpa di bumi Arab ini. Kata Ayil.. kak Mel tak sangka ya abg Faizal ni soft-spoken... huhu... :P 

Setiap kali keluar dari Gate-gate menghala ke hotel seperti gate 15 ke gate 18, memang akan melalui puluhan penjual jalanan yang sangat berleluasa hingga susah nak keluar pintu masjid. mereka menjual jubah yang murah, cincin, shwal, pashmina, jam dan macam2 lagi. Siap masa menjual tu shawl terbang dari hujung ke hujung.

Inilah suasana di luar masjid nabawi di mana banyak penjual menjual perbagai barangan. Namun begitu, SILA HATI-HATI. Terdapat penyeluk saku yang sangat licik di sini. Jadi jaga barangan anda baik2. Pastikan yang perempuan sentiasa silang beg anda di bahagian depan sentiasa pegang beg anda. Semasa di Mekah, walaupun org ramai tetapi tiada dengar cerita tentang pick-pocket. Tetapi di Madinah ni pelbagai cerita tentang pick pocket yang didengari.. siap ada yang menyeramkan. So, don't take things for granted, walaupun di masjid nabi.. ada pencuri berkeliaran dan memakai pakaian serba hitam...

Keadaan waktu menunggu solat di Masjid Nabawi.


Aku dan hubby selepas beliau menunaikan nazarnya untuk mencukur rambut. Masa di mekah tak sempat katanya nak bercukur, so selesaikan di madinah.. hansem tak? :P



Aku dan hubby ada berjalan2 beyond our normal route di madinah. Saja nak explore. Ada suatu hari tu en hubby berpuasa sunat, jadi sempatlah juga kami mencari tempat untuk membeli makanan beliau berbuka, tapi harganya pejam mata jelah... huhu.. Tapi memang sedap.


 
Gambar-gambar di atas merupakan pintu utama Masjid Nabawi. Ianya berada di tengah2 bandar dan di hadapannya ada kawasan lapang dengan burung gagak. Ada macam monumen kat situ.

Masjid Quba
Trip yang sepatutnya kami pergi pada suatu pagi ditunda ke belah petang memandangkan ketiadaan bas. Mula2 agak boring jugak bila dibatalkan, tapi alhamdulillah disebabkan ditunda, dapatlah aku ke Rawdah kali kedua, seperti yang aku ceritakan dalam post yang lepas. Tempat yang pertama kami pergi dalam trip ini adalah Masjid Quba. Kami diminta untuk mengambil wudhu' awal2 di hotel dan menjaga wudhu' sehingga ke Masjid Quba. Mengikut Hadith Nabi SAW diriwayatkan oleh Sunan Ibnu Majah menyatakan bahawa barang siapa yang berwudhu' dari tempat tinggal dan singgah di masjid Quba dan bersolat dua rakaat, akan mendapat pahala umrah. Jadi kami berwudhu' disepanjang perjalanan dan sesampainya di Masjid Quba, kami terus bersolat tahiyatul masjid. 

Quba sebenarnya adalah tempat pertama Nabi SAW bersama2 dengan Saidina Abu bakar setelah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid ini adalah masjid pertama dibina setelah penghijarahan tersebut.


Ladang Kurma
Kami dibawa ke ladang kurma sebaik sahaja kami selsai menziarah Masjid Quba. Menurut Ustaz Anzaruddin, apabila kita ke Mekah, membawa pulang air zam zam adalah barokah yang kita bawa bersama2 kita, manakala di Madinah pula, bawalah pulang buah Kurma kerana ianya adalah barokah dari Madinah.
Kumpulan kami dihadapan Kilang Kurma


Memang menarik ladang kurma ni... macam2 kurma rasanya nak beli tapi memandangkan di rumah aku memang tak pernah putus bekalan kurma, jadi aku beli ala kadar aje. Aku ada ramai student dari Arab Saudi atau negara-negara Arab yang lain seperti Qatar, Oman dllg, so setiap kali mereka datang mereka akan bawa kurma, kadang berkilo2. Yang penting kali ni memang aku berhajatkan kurma segar. Hubby pula beli kurma nabi utk nak bagi kawan2 ofis katanya tapi tak delah dia beli banyak pun, maklumlah beg dia pun dah aku penuhkan dengan barangan shopping aku.. :P



Pokok kurma ni macam pokok sawit, satu specieslah agaknya tu.. dan buah kurma segar yang aku beli tu memang sedap.. huhu...

Bukit Uhud
Dari ladang kurma kami ke Bukit Uhud. Ustaz Anzaruddin menerangkan secara terperinci tentang perang Uhud.. yang paling penting apa berlaku di Jabal Rumad.. Pada mulanya pihak Muslimin memang tetapi disebabkan tamak melihat harta kekayaan, mereka meninggalkan Jabal Rumad.. dan itulah punca kekalahan pihak Muslimin...  Gambar-gambar di bawah adalah suasana di Bukit Uhud.

Boleh refer kat video di atas untuk sedikit penerangan Ustaz Anzaruddin yang sempat aku rakam


Suasana di Bukit Uhud
Papan tanda di Bukit Uhud
Ustaz Anzaruddin sedang menceritakan tentang sejarah Bukit Uhud.
Ada juga kurma yang dijual ditepi2 jalan di sini
Dari Bukit Uhud kami pun pulang ke hotel....

Ziarah Wida' dan Pulang
Pada  hari terakhir di Madinah, kami dijadualkan check-out hotel pada pukul 2. Jadi kami bercadang utk buat ziarah wida' selepas zohor. Kami diberitahu bahawasanya makanan tengahari telah sedia pada pukul 12 tengahari. Tetapi memandangkan zohor dalam pukul 12.23pm kami bercadang untuk solat zohor di Masjid, Ziarah Wida' dan baru kembali ke hotel. Mengikut jangkaan kami cukuplah waktu untuk check-out bagai sebab barang2 memang kami dah kemas awal2. Selepas solat zohor kami (aku dan mak) berjanji dengan hubby dan abah untuk berjumpa di laur gate berhampiran dengan Makam Rasulullah & Rawdah. Mak mentua agak tidak puas hati sebab tidak dapat tengok makam Rasululllah sebab zaman dulu2 beliau dapat tgk makam rasulullah sedangkan sekarang memang kaum wanita tidak dibenarkan masuk ke makam rasul. So, utk itu kami tunjukkan makan rasul dari luar.. Perjalanan keliling masjid nabawi memakan masa juga sebab kawasannya sangat besar. 

Sebelum menunaikan solat zohor yang terakhir di masjid nabawi
Selfie lagi...
Menunggu zohor dalam Masjid Nabawi. Ada pintu2 yang agak jauh dari kawasan hotel yang sebenarnya kurang sesak dan boleh solat dengan agak selesa.



Zohor terakhir di Masjid Nabawi... :(



Selesai ziarah wida' kami segera pulang ke hotel. Masa tu belum pkl 2. Sampai2 di hotel kami minta mak abah terus pi makan tengahari dan kami settlekan bawa turun beg ke bawah. Sebenarnya Ustaz ada pesan tinggalkan beg di luar bilik hotel utk porter ambil tapi disebabkan kami keluar ke masjid cepat, macam tak percaya pulak nak tinggal beg di luar bilik. Rupa-rupanya bila kami sampai nak naik ke tingkat 7 ke bilik kami.. tak boleh!! Lift semua penuh. Kami tak boleh naik pun. Yang membuatkan kami gelabah bila tengok kebanyakan ahli kumpulan kami begnya dan semuanya dah ada di bawah. Setelah puas menunggu, aku mencadangkan pada hubby jom kita naik tingkat 1 moga2 lebih mudah dapat lift. Kami panjat tangga hingga tingkat 1. Rupa2nya kejadiannya sama. Jenuh menunggu aku ckp kat hubby jom panjat tangga!!. Dan kami pun panjat tangga ke tingkat 7.. hahaha mujur tingkat 7 bukan tingkat 37 :P . Dan aku membuktikan yang aku masih fit.. haha.. boleh naik tangga 7 tingkat lagi dengan jubah serba hitam :P

Bila dah sampai bilik, nak settlekan beg.. ada juga brg2 mak abah yang tak berapa nak settle lagi. So aku pun memandai2 lah settlekan sumbat2 aje. Bila dah angkut beg ke lift... tunggu lift bermasalah lagi..adehhh... lift penuh lagi. Sambil menunggu tetiba muncullah beberapa orang ahli group yg sama2 membawa beg... ohhh.. bukan kami je yang lambat.. rupanya ada org lain.. hihi.. oklah lega sikit. Tiba2 mak abah pulak muncul dari lift... terkejut diorg beg kami dah settlekan.. hahaha... pastu diambilnya balik beg, ada lagilah tu urusan belum selesai. Akhirnya kami berjaya turunkan barang2 tapi macam org gilalah sebab terpaksa angkut barang2 satu2.. barang banyak pulak tu :P

Then dah turun bawah tetiba baru rasa lapar.. aku dan hubby belum makan rupanya.. tanya ustaz bas dah nak datang ke? Ustaz macam tak puas hati jer bila kami cakap nak gi mkan.. dia tanya awat tak makan awal2.. aku cakap kami ke masjid tadi.. dia cakap patutnya tak yah gi masjid dah, boleh jamak dalam bilik terus je tadi... Laaa... awatlah ustaz tak cakap awal2.. huhu.. then kami naik ke tingkat 1 nak makan, org katering dah kemas semua.. huhu.. kesian kami.. tak dapat makan. Turun bawah, kami pun gi kedai runcit kat sebelah hotel, beli roti dan air je lah.. so kami suami isteri makan roti je tengahari tu :P Sedap juga roti dan cream cheese tu sebenarnya, kat malaysia memang tak de roti cenggitu.
berjalan pulang ke hotel...

Duduk lepak kat tangga sambil makan roti sambil tunggu bas ke airport datang..
Rupa2nya beria je kami panjat tangga kecoh2 bagai org gila... huhu.. bas rupa2nya sesat dan pukul 3 lebih baru muncul. Aduhai.. kesian lelemak aku dimusnahkan naik tujuh tingkat haha..

Kami sewaktu menunggu bas di depan hotel untuk menunggu ke airport. Sesungguhnya memang banyak dugaan, dah last2 minit pun ada dugaan.. tapi itulah ujian yang perlu dilalui di sana. Tapi ianya tidak membuatkan kita rasa serik malahan hati rasa terlalu ingin untuk kembali ke sana... 


Ada lagi bersambung ni... :)

~mel