Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 11 November 2010

Perkembangan baru..

Pagi tadi time aku dok tengah mekap2 depan cermin untuk gi kerja.. time tu hubby dah keluar rumah panaskan enjin kereta... tiba2 aku terpandang kat cermin akan perilaku eryna kat atas katil.. aikkk... dia nak pusing... sejak akhir-akhir ni memang dia asyik nak pusing2 jer.. tapi tak sampai lagi nak meniarap.. Bila aku tengok dia dalam keadaan sedaya upaya nak berpusing tu.. aku pun cepat2 amik henfon.. time tu geram jugakla sebab kadang2 application dlm iphone ni lambat nak load.. Mujurlah hari ni loading time iphone aku ni takla lama.. so.. dapatla aku amik video di bawah.. yang bestnya eryna berjaya meniarap dan angkat kepala selepas tu.. siap senyum lagi.. hihi..



Bila kat nursery eryna pagi tadi.. aku tanya kat penjaga dia, kat nursery dia dah pusing2 banyak tak.. penjaga dia cakap..mmg rajin nak berpusing.. aku tanya dah meniarap tak.. dia cakap tak sampai meniarap lagi.. maknanya pagi tadi tula first time eryna meniarap.. :) Alhamdulillah dapat aku rakam detik2 indah lagi bermakna tu...

Semoga anak mommy cepat2 besar dan jadi anak yang solehah buat papa & mommy.. aminn..


~mel
pas ni kena jaga2 la.. makin aktif anak mommy ni.. :)

2 ulasan: