Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 1 November 2010

Misteri 2..(zainah...oo.. zainah..)

Actually post ni aku nak post minggu lepas.. tapi disebabkan eryna demam + ketidaksihatan spjg minggu lepas terpaksalah tunda... Peristiwa di bawah berlaku hari Selasa lepas...

Ceritanya..
Hari ni adalah hari yg memenatkan.. Eryna still demam.. disebabkan aku risau dgn keadaannya ptg tadi aku bawak juga eryna ke klinik. Time keluar tu pulak tetiba hujan turun.. mmg haru biru jadinya dlm usaha supaya eryna tak kena hujan.. bila sampai rumah mmg rasa penat.. tau2 ajela jaga baby demam.. mmg sgt memenatkan.. kerja kat ofis pun tak sepenat tu..

Dalam pukul enam.. aku rasa nak menjahit.. so aku tarik bouncer eryna sambil dia menyusu depan aku.. sambil aku menjahit. Tetiba telefon ku berbunyi.. oleh sebab hari ni aku on-duty kat hostel.. so kalau keluar no tanpa nama tu aku akan angkat dgn segera. Tapi kali ni no tu adalah no talian-tanah (land-line.. hehe)... biasanya student kalau call aku mesti guna henfon punya.. mana ada guna land-line.. Bila aku angkat fon.. alangkah terkejutnya aku bila sipemanggil memperkenalkan dirinya sebagai mak Dyana. Kalau sesape tak tau sape Dyana kena baca sini dulu.. huhu.. Aku mmg tak expect mak Dyana akan call.. maklumla.. time aku jumpa dia hari tu, dia agak garang, marah2.. dllg..

Mak Dyana ni cakap dia mmg dah lama nak call aku tapi dia tak jumpa cari kat mana dia letak kad aku yg aku bg kat dia tempohari. Oh... aku sebenarnya mmg ada berhajat nak call dia sebelum ni tapi setelah fikir2.. aku tak jadi call sbb takut lak dikatakan menyibuk.. Persoalan mak Dyana yg pertama kat aku.. betul ke aku ada call Balai Polis Klang Sentral pada hari kejadian (hari di mana Zainah dtg ke Penang) untuk meminta polis mencari anak2 perempuan Zainah dan melindungi mereka... Aku terkejut jugak time tu.. aku cakap.. "tak de kak, mmg saya langsung tak de call polis bagi pihak Zainah, dia aje yg call pejabat jual tiket bas kat Klang Sentral tu dan mintak penjual tiket tu turun bawah tengok2 kan anak dia kat bawah tu.." Mak Dyana cakap kat aku.. "Zainah bgtau akak, tak perlu call dah balai Polis Klang Sentral sebab Dr. dah call kan Balai Polis tu...".. "Eh... saya tak de call pun kak.. langsung xde.. " kataku...


"Hmmm..", kata mak Dyana.. "Nampaknya dia tipula tu..". Aku pun tanya mak Dyana.. what happen after aku dan hubby balik ke ofis hari tu.. Mak Dyana pun cakap... Actually xde ape sgt, disebabkan Zainah tu willing untuk ikut ke balai polis Kepala Batas, so hati dia jadi agak lembut sikit. Kalau Zainah tak nak ikut ke balai mungkin dia tak jadi lembut hati. So, lepas aku & hubby blaa.. derang terus gerak ke balai polis.. masa dalam keretalah dia suruh Zainah call balai polis kklang sentral suh tanya pasal anak dia, tapi Zainah gtau dia yg aku dah tolong call kan balai polis klang sentral dan polis gitau anak2 dia selamat di sana!... *Perghhh..terkejut aku!* And then after that bila sampai ke balai polis, mak Dyana cakap derang tarik balik report kehilangan IC, lesen dan lain2 barang Dyana...dan kat balai polis tu mmg si Zainah ni amat bekerjasama.. Mak Dyana mintak polis dari balai polis kepala batas utk check anak2 zainah dgn polis di Klang sentral. Malangnya polis Klang Sentral cakap derang tak dapt kesan anak2 Zainah ni. Tu yg membuatkan mak Dyana kembali cuak.

After dah settle di balai polis.. dah makan2 semua, they gi belikan tiket bas utk zainah ke klang. Kata mak dyana, mmg time tu si zainah dok cakap dia teraniaya oleh budak lelaki mualaf si amirul hafiz ni.. so dia pun malas nak fikir panjang, just tolong je laa... meaning mmg dia belikan tiket bas utk htnr zainah ni.. So dalam pukul 6 ptg tu zainah dah bertolak ke klang... dan masa tu dia hntr sms spt di bawah kat aku...masa tu mmg ada bait2 simpati aku kat dia (terasa mcm dia dianiaya...)

Namun ceritanya tak berakhir kat situ... Dalam pukul 2pg pd hari kejadian lebih kurang.. aku mmg dapat sms dari zainah...ckp dia dah smpi klang... dan menurut mak Dyana.. zainah sms jugak utk gtau dia dah sampai ke klang... sms utk aku adalah seperti di bawah...



lepas sms di atas.. aku dah tak terima apa-apa khabar dari zainah.. tapi berlainan pula bg mak dyana... dia hntr sms ckp dah sampai segamat ptg tu.. dan sewaktu di klang dia mamat amirul hafiz tu sbnrnya ugut dia dan ambil kad bank dia & telah keluarkan duit sbnyk RM100 dari kad dia. Tapi apabila dia sampai segamat dia call lagi mak dyana cakap yg mamat amirul hafiz tu bg kat dia kad cimb dyana pulak dan bg no pin sekali bernombor.. 114.. dah cakap bila sampai segamat suh dia keluarkan duit. Jadi dia try nak kluarkan duit tapi no-pin tu salah. Dia call mak dyana cakap pasal tu dan tanya kat mak dyana... "Kak, berapa nombor pin kad Dyana sebenarnya kak??" Mak Dyana cakap dia terkejut betul. Dah ler cimb tu mmg ada bnyk duit. So, mak dyana cakap.. "hey, takkan saya nak bagi awak no pin anak saya pulak! awak ingat sy tolong awak belikan tiket & bagi makan, saya dah jadi kawan awak ke sampai nak bg no pin!" Terus si zainah letak telefon dan tak call dah lepas tu... Dan nombor pin yg disebut awal tu sblm dia mintak no pin dari mak dyana adalah no kad pelajar UPM Dyana.. dan kad pelajar Dyana mmg tak dipulangkan... yg dipulangkan cuma ic & lesen memandu saja...

Lepas mak dyana call hari tu.. aku termenung.. pelik.. pening.. dan lain2 lagi... ishh.. pening kan.. sape zainah ni.. aku tetiba terfikir.. dia ni mental ke.. takkan org yg kepala nyer ok akan mintak pin no org lain... betul ke dia di aniayai... ke anak2 dia tu hanya imagination.. tp tingat pulak aku ada bercakap (call) seorg lelaki yg bernama amirul hafiz yg cakap dia sedang jaga anak zainah Fikah & Ain.. Atau tah2 lelaki tu husband dia tak?? sama2 ada komplot penipuan... atau...ntahlah..

Actually mmg tak nak fikir dah.. tp sekali sekala terfikir.. ada jugak org mcm tu skrg ni.... hubby aku cakap.. dia tu seorg yg terlalu lurus... lebih lurus dari bendol.. ye ke? So apa pendapat nkorang?


~mel

3 ulasan:

  1. perghhh..tak abis lagi citer makcik zainah.. saye macam rase makcik tu teraniaya je.. terlalu lurus la makcik tu.. bahasa 'kasar' dia bodoh bodoh alang kot..

    BalasPadam
  2. @abu.. mungkin jugak..

    @kin haha.. lom settle.. baru lepas call zainah.. huhu ada citer baru plak..

    BalasPadam