Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 23 Julai 2013

Ramadhan..

Dah masuk hari ke 14 Ramadhan kali ini.. cepat betul Ramadhan berlalu

Ramadhan kali ini memang lah langsung tak sempat berblog.. kesibukan yang melanda menyebabkan hari2 yg dilalui full sentiasa.. sampaikan di ofis tak berpeluang nak melelapkan mata walaupun time rehat..seingat aku ramadhan lepas aku mmg selalu mengantuk dalam ofis..  tapi kali ni alhamdulillah.. rasa mengantuk tu sangat kurang..

Anyway.. ramadhan kali ni macam biasa kami sederhana sahaja.. biasanya aku akan masak utk berbuka.. kalau beli pun beli kuih2 sahaja.. teringat ramadhan lepas beli lauk di pasar ramadhan taman pauh indah, beli gulai kawah.. konon beli dua bungkus, satu untuk buka satu utk sahur.. last2 tengok2 dlm bungkusan ada dua ketul kecik daging.. sorang nk makan pun xcukup.. buka lg satu bungkusan pun sama, last2 terus insaf utk membeli di pasar ramadhan..

Ramadhan kali ini ada banyak perubahan.. terutama incik suami yg belum lagi meninggalkan kunjungan ke masjid/surau untuk bertarawikh.. which is pertama kali yg aku lihat (mungkin dalam hidupnya juga). Lagi satu beliau banyak mengaji.. tiap masa terluang diluangkan dengan mengaji.. berbanding dulu beliau sgt rajin mendengar lagu2 dung dang dung dang yg sakit gak la telinga aku mendengarnya.. Dulu biasanya lepas sahur beliau akan tidur.. sekarang tidak lagi.. lepas subuh sempat lagi beliau mengaji.. lepas maghrib ke.. asar ke.. zohor ke.. sempat lagi beliau mengisi masa lapang dengan mengaji quran.. alhamdulillah..syukur kepada Allah atas kurniaan ini.. semoga berpanjangan dan diteruskan di bulan2 yg lain.. di bulan2 yg lain biasanya beliau mengaji selepas maghrib sahaja..

Mengikut suamiku beliau bergilir2 tarawikh di masjid/surau yg berlainan.. dari satu surau ke satu surau.. dari satu masjid ke satu masjid untuk mendapat pengalaman yg berlainan.. tapi biasanya hari sabtu beliau ke masjid batu.. katanya tazkirah di situ bagus.. Aku?? Memang tak pernah ikut beliau. Walaupun hati ni sangat2 nak ikut.. awal2 puasa niat dihati nak pergi tapi bila dah lepas buka puasa biasanya aku total kepenatan.. Disebabkan aku sgt aktif disiang hari.. aku boleh kerja straight tanpa rehat di time rehat..balik rumah aku memasak hingga buka puasa.. basuh pinggan kemas meja, sapu lantai, mop lantai, lipat kain bila ada waktu terluang.. lepas maghrib jer aku mmg dah hampir collapse. After solat isyak biasanya aku akan tak mampu bertahan.. So mmg aku tak ikut... ada sekali tu aku rasa badan ok.. nak ikut incik suami.. dia cakap dia nak ke masjid bandar perda.. gak jauh dari rumah, so dia cakap esoknya la... esoknya pulak.. aku kiok!!

Setiap kali suamiku ke surau/masjid yang jauh.. beliau akan balik lambat. Setiap kali itu jugalah aku akan risau yg teramat sgt. Maklum sajalah.. beliau akan naik motor.. kadang2 berkain pelikat sahaja.. kdg2 pakai ler seluar panjang.. Biasanya beliau akan sampai rumah dlm pukul 10-10.15 malam. Tapi kalau ke masjid batu.. pukul 11 pun mungkin belum sampai.. time tu mulalah hati dup dap dup dap.. ya allah..jgnla jadi apa2 padanya di perjalanan.. sehingga beliau sampai rumah baru hati lega.. sambil2 tu sentiasa berdoa.. ya allah permudahkanlah perjalanan suamiku.. pulangkanlah kembali dia kepadaku dan pinjamkanlah dia lagi buat diriku... setiap malam aku berdoa seperti itu.. kadang2 takut.. takut juga something happen.. Namun aku tahu.. semua yg aku ada sekarang ini adalah pinjaman semata2.. andai Allah berkata.. 'kun fa ya kun..' maka apa yg termaktub akan terjadi.. dan aku harus terima dengan hati yg tenang... namun hingga ke saat itu..aku doakan semoga keluargaku dalam lindunganNYA...
 

Ramadhan masih berbaki lebih 15 hari.. buat masa ini rutin masih macam biasa.. minggu ini aku cuti seminggu.. cuti utk berehat dan menjahit sebenarnya.. hati terasa ingin utk membuat kuih raya tapi hati bercakap tak payahlah dulu.. lambat lagi nak raya... mungkin sehari dulu sebelum pulang ke Gombak aku akan buat 2-3 jenis kuih utk dibawa balik.. Cadang nak buat biskut makmur, tart nenas & kuih gunting saja.. cukuplah tu.. So, cuti ini aku habiskan dengan menjahit sahaja.. jahit baju eryna.. jahit baju kurung aku.. baju raya dah ada sebenarnya.. tp memandangkan aku ada banyak kain pasang yg tak berjahit.. maka aku menjahit utk diriku sendiri.. bukan utk raya pun.. aku menjahit kerana minat dan hobi.. dan aku sangat suka menjahit.. (walaupun bila incik suami balik kerja dia komplen... bersepahnya rumah..huhu.. tapi xpelah aku jugak yg kemas rumah tu..). Semalam aku habiskan dengan mengalter baju & seluar.. maklum lah bila beli baju ada yg terlalu panjang.. ada yg terbesar sikit.. so alter sendiri je la..

Hari Sabtu lepas kami sempat ke Kulim menziarahi sedara aku di sana.. dah lama melahirkan hasrat hati aku kepada suami untuk menziarahi keluarga tersebut sempena ramadhan.. kakak ni kehilangan suaminya beberapa bulan lepas kerana kemalangan jalanraya, sekarang ni dia hidup dengan tiga org anak lelakinya dan salah seorangnya cacat (fizikal dan akal). Kesian aku tengok anak ini... dahlah kini ayah tiada.. alhamdulillah sekarang ini aku tengok dah boleh berjalan dengan lancar.. dia dilahirkan tiada kedua tapak kaki.. dan tangan pun bengkok dan jari kurang berfungsi.  Semoga Allah sentiasa melindungi anak ini dan keluarganya..


Lastly.. semoga di ramadhan ini Allah kurniakan limpah dan rahmat pada kami sekeluarga pada Ramadhan ini dan pada masa-masa akan datang. Semoga kami dijauhkan dari dugaan yang besar yg tak mampu kami hadapi.. dan semoga Allah berikan kami kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNYA. Dan.. semoga Allah sentiasa kukuhkan hati dan keimanan kami untuk terus beribadah kepadaNYA.. dan jauhkan dari kami sifat malas...

Akhirkata..

Salam Ramahan...


~mel
hati sayu hari ini... :'(





6 ulasan:

  1. jangan sayu² di bulan yg mulia dear...

    tahniah sbb dpt faizal yg dah buat byk perubahan...seronok nye

    mel..kite suke tgk org jahit...esp baju budak kecik...tp kite xpandai..hukhk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi tulah Atun... xde masa nak menjahit...huhu

      Padam
  2. salam ramadhan mel...bila la agaknya kita nak bersua muka yer...

    balik gombak nti klau ade masa jemputlah dtg beraya kat rumah ksu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ksu..tu lah kan.. xde rezeki lg nak jumpa.. insyaallah.. kalau ksu ada di KL juga bolehlah kami beraya.. selalu kalau beraya gombak selalu boring pasal xtau nak beraya ke mana.. huhu

      Padam
  3. Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin ... Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua.

    BalasPadam