Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 4 Julai 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

Hari ni pagi2 incik suami dah mengajak ke bangunan Canselori..semalam aku mintak dia ingatkan aku.. lepas breakfast mesti ajak aku ke sana untuk ambil Sijil Anugerah Pekhidmatan Cemerlang 2012 aku yang dah berkurun disimpan kat sana.. After dah sampai ofis setelah ambil sijil tu.. tetiba nampak tweet incik suami seperti di bawah... tetiba terasa nak blogkan pulak!



Okey kat bawah ni lah Sijil APC yang baru aku ambil pagi tadi.. Sebenarnya tarikh penyampaian anugerah ini pada 10 Jun 2013.. tapi alangkah tidak bertuahnya sebab waktu itu aku masih lagi dalam flight pulang dari Romania... jadi tidaklah aku dapat naik pentas utk menerima anugerah tersebut.. dengan anugerah tersebut aku dapat sijil di bawah dan Sijil Simpanan Premium berjumlah RM1k.. Alhamdulillah..


Terus terang aku memang tidak menyangka akan dapat APC untuk tahun lepas. Lagi pun siapalah aku.. aku ni jenis memang tak suka jumpa boss.. kalau boleh elak lagi aku elak.. aku lebih suka buat kerja sendiri dan berkurung dalam ofis aku untuk selesaikan kerja.. Kerja memang berlambak2.. tak sabar rasanya nak tunggu bulan Februari tahun depan untuk aku bercuti sabatikal.. huhu.. Bila PA Dekan call aku untuk pergi ke admin ofis, hati aku macam merungut.. huhu.. apalah bos nak ni.. aku sebenarnya baru lepas kena hentam dgn boss 2-3 hari before that disebabkan problem yg aku rasa bukan salah aku..  so bila dipanggil tu aku rasa.. alahai.. ini nak kena marah lagi lah ni.. boring betul..huhu.. 

Bila sampai bawah.. tetiba PA Dekan cakap.. Tahniah.. ada jemputan ni.. sambil hulurkan kad jemputan.. aku cakap.. jemputan apa ni kak? Jemputan kawen ke... siapa nak kawen? Dia cakap.. buka la.. Bila buka tengok jemputan majlis APC.. aku pun..terkejut laa.. macam tak percaya pun ada.. then dia cakap.. tulaa org memang tak nampak kita kerja tp tuhan nampak... ok.. pertama kali aku setuju dengan kata2 dia.. haha.. actually memang last year aku rasa aku kerja tanpa rehat.. dan itulah yg aku isi dalam LPP.. dan aku memang bg markah yg tinggi utk diri sediri.. 99% kot.. ke 100%..haha.. tp bila sampai kat boss dia potong la jugak.. hehe.. tp dia potong sikit jer.. so kawan2 tahun ni kalau nak APC sila pastikan anda isi yg terbaik untuk diri anda.. meaning kita yg tahu banyak mana kita kerja.. kalau kita letak markah kita rendah meaning kita sendiri pun tak percaya yg kita buat kerja.. 

Anyway.. last year aku dapat buat 10 publications.. which aku rasa macam tak percaya...tahun ni dah bulan julai baru ada 3 publications.. aduhh.. so kena bersungguh2 dengan publication lah lagi tahun ni..

Apa2 pun i think i owe a lot to my dearest hubby.. dia banyak bagi sokongan dan faham dengan tugas aku yg banyak dan berat.. mungkin sebab dia pun satu pusat pengajian.. so dia tau perkembangan semasa di pusat pengajian kami.. dan dia banyak bantu aku dalam penulisan.. bab dari bahan memang dia terra.. hihi..

ok.. chow dulu.. ada satu artikel due hari ni.. dah janji dengan member di Romani utk hantar hari ni utk publication for ISI.. so.. mari kita siapkan.. sikit jer lagi eh...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan