Sabtu, 28 September 2013

Ya Allah...

Sesungguhnya tak mampu dilafazkan dgn kata2 ujian dan dugaan yg dilalui minggu ini.. Ahad lepas Eryna bgn pagi dgn demam dan bintik2 di badan.. setelah kami ke klinik doktor sahkan eryna kena chicken-pox..mula2 kena ok lagi.. bila seluruh badan dah kena dan bintik2 air pecah.. rengekan anak kami ini  sgt menyedihkan.  tak tau apa aku nak buat utk bantu eryna hilangkan gatal dan sakit. 3 hari aku on and off kerja, khamis jumaat giliran hubby pulak EL.. kebetulan pg khamis aku ada proposal defense di centre lain di usm. sampai2 ofis, belum sempat nk ke centre tu, aku dpt tahu adikku teibat dgn kemlngan.. agak teruk. Gagahkan diri ke proposal defense.. mujurlah chairperson faham dan bg peluang aku habiskan bhg aku dulu dan proposal selesai dgn pantas.. tanya hubby dia agree nk terus ke Putrajaya.. mujur chicken pox eryna dah kering sikit.. so kami terus gerak jer...



Di Hospital Putrajaya keadaan adikku sgt menyedihkan.. Seluruh badan patah di sana sini.. kedua2 bahu. tgn kiri patah, tulang selangka patah, tulang rusuk patah 3.. kaki kiri patah, tulang pinggul patah.. ya allah.. xdpt ku bayangkan tayar kereta berhenti di atas dada dia waktu kemalangan tu...

Sayu hati ku melihatkan adikku...adikku parah dlm kemalangan jlnraya hari khamis pg tu dlm perjlnan ke tempat kerja.. dia naik motor dan terjatuh akibat ada minyak di atas jln.. dah kereta blakang xsempat brek dan melanggar beliau....Sebaik shj keluar dari icu dlm pkl 7 mlm khamis.. dia minta utk solat.. hanya dgn kepala dan separuh tgn kanan yg mampu bergerak beliau solat dgn pergerakan mata & jari telunjuk kanan. Seluruh badannya yg lain patah teruk... Terharu kami. Berapa ramai dlm kalangan kita yg tringat utk solat dlm keadaan sakit? kdg2 demam sikit pun dah rasa xmampu dan berat nak solat.. 
Dlm usianya yg baru mencapai 30 thn beliau mnjadi pngerusi surau Presint 8, Putrajaya. Beliaulah orgnya yg mngepalai setiap aktiviti tahlil kluarga kami, di kubur arwah ayah dan bonda kami atau di mana2 shj beliau menjadi imam. 

Mlm dia dibedah di hospital putrajaya. Sepatutnya ikut queue hospital dia hnya boleh dibedah jumaat minggu depan.. tp kami dpt potong queue dgn mnggunakan perkhidmatan private hospital di mana dgn byrn 8-10k operation boleh dibuat segera. Kerana tak mahu menunggu kami decide utk guna perkhidmatan peivate.

Selepas operation mlm tadi, kami dpt masuk icu sekejab.. tak dpt nk kulafazkan dgn kata2 perasaan ini.. Walaupun pernafasan dia dah nampak stabil dan bila ku panggil namanya dia membuka matanya dan cuba response.. tapi.. dia sgt lemah.. dia ckp yg dia pening... 

Sedihnya aku disaat ini... Namun aku tahu tidak Allah berikan dugaan pada insan yg tidak mampu menanggungnya... Ya Allah, Berikanlah kesembuhan utk adikku untuk beliau terus menjadi hambaMu yg terus berbakti kpd Ummah ke arah jalanMu yg sebenar.. Amin Ya Rabbalalamin..


Apa2 pun hidup ini hanya pinjaman semata2.. akhirnya kita akan kembali jua kepadaNya.. Semoga Allah berikan ketabahan pada kami utk menghadapi ujian dan dugaan kehidupan ini...


~mel
Putrajaya...

Ahad, 22 September 2013

Trip to Bandung

Last week 15/9 aku ke Bandung utk present paper di IMETC 2013. Biasanya kalau aku ke luar negara aku ditemani oleh incik suami tapi kali ni bila aku ajak dia ke bandung dia cakap malas la.. haha...sebab tempat perempuan shopping dia cakap... so aku tanya dia.. boleh aku ajak my sister Cik Jan tak? Dia cakap.. ok! So aku pun ajak ler my sister... bila dia minta kebenaran suaminya.. dapat gree light plak tu.. so dalam masa sebulan preparation kami pun berangkatlah berdua naik Air Asia ke Bandung. Ok... aku xde masa banyak nak berblog.. so here are the pics perjalanan kami 4 malam di Kota bandung...

 
di LCCT, Kuala Lumpur... bersemangat mak dara 2 org ni nak ke Bandung.. mula2 aku dah book flight dari Penang ke KL hari Ahad 15/9 tu... tetiba hubby cakap nak hantar sambil2 balik KL... So aku dgn suka hatinya dapatlah dihantar ke LCCT... hihi.. tiket Penang-KL sedekah je la kat Tony fernandez.. makin jadi millionnaire la dia...

Kami sampai di Bandung lebih kurang pukul 10 malam...  terus checkin Golden Flower Hotel, Jl. Asia-Afrika. Hotel tu mmg quite nice.. utk 4 hari tu aku bayar RM535.. iaitu lebih sejuta rupiah... haha.. tak ingat berapa exact amount... masuk2 bilik kami terus jer la zzz.... bandar bandung pun masa tu nampak suram.. kedai semua dah tutup...

DAY 1
IMETC 2013 & PASAR BARU

First thing first, so pagi2 aku terus menghadiri Convention IMETC 2013 tu.. dengar keynote speaker sejam & beberapa housekeeping, After dah tau bile kena present, aku pun naik atas ajak my sister pi jalan2 la.. apa lagi.. Lokasi Golden Flower Hotel mmg sangat bagus sebab hanya walking distance to Pasar Baru iaitu pasar bandung yg sangat fames... ala-ala pasar siti khadijah gitu... tapi pasar baru ni ada 12 tingkat mengikut kata penjual kat sana okey.. mmg gila kalau nak jalan... kami jalan sampai tingkat 6 aje.. dah tak larat..

      
Suasana di Pasar Baru... barang2 mmg jauh lebih murah dari Msia.. kalau nak beli kena tawar half of the price tau!!
Kain2 telekung dan kain sulam mmg mengagumkan terutama harganya... so terpaksalah sambar kan.. beli juga telekung utk eryna.. siap sejadah warna purple di atas, harga kurang RM30.. 

Setelah letih berjalan dan berbungkus2 barang dibeli, kami balik hotel hantar barang and then terus pi cari makan di kota Bandung. Jumpa beca, tanya mana tempat makan yg best, dia bawak kami ke restoran Ibu Imas... ok.. restorennya mmg unik dan harganya sangat berpatutan..

 
Atas beca di kota bandung... kereta mmg kena hati2 dengan beca2 ni sbb mereka sangat berani lintas jalan.. kami yg dalam beca sgt kecut peruttttt...!



Kat bawah ni restoram Ibu Imas.. makanannya memang jauh berbeza.. yg paling best kami order belut goreng... hahaha.. seperti gambar di bawah... ayamnya kecik2 dan belutnya panjang2... Ambal terung kecik2 tu mmg sangat sedap...
    
 posing depan restoran Ibu Imas.. Beca yg kami naiki tu tunggu kami sampai abis makan.. baik pakcik tu, dia cakap tak perlu bayar utk dia tunggu tp sebab kami kesian kat pakcik tu, kami sedekah 20ribu rupiah sebab tunggu kami makan...


DAY 2
IMETC 2013 & TOKO 3

Seawal 8.50 pagi aku terus ke Convention.. schedulenya aku present pukul 10.10pagi... org pertama setelah keynote presentation... alhamdulillah my presentation berjalan lancar.. Tu haa kat bawah tu dapat sijil penghargaan after presentation..Aku duduk di convention sampai pukul 12.30tghari... then aku cakap kat organiser yg aku nak naik atas ajak my sister makan... they all cakap tak perlu bawak my sister makan luar coz ada participant yg dah balik.. so my sister pun makan for free di hotel tu.. hehe.. alhamdulillah.. rezeki... After lunch kami lihat hujan renyai2.. tp hati semangat nak ke luar.. sebabnya... hubby kirim beli LEVI'S original? Hokeh! Mana mau cari.. setelah puas bertanya di merata2 tempat.. akhirnya tau lah tempatnya iaitu di TOKO 3... so kami ambil teksi ke Toko 3.. kerana suamiku tersayang... Harga Levisnya mmg boleh tahan... hampir separuh harga di Malaysia.. so aku rembat sehelai utk incik suami dan sehelai utk aku sendiri.. hehe..

   
Kat atas tu la kedai Levis.. aku sempat jugak rembat dua helai T-shirt Hard Rock Cafe original utk mamat2 rock kat rumah...huhu

Malam kedua ada anual meeting Persatuan teknologi Pendidikan Malaysia.. so aku joinlah.. pagi2 tu mmg ada diberitahu esoknya ada dianjurkan trip ke beberapa tempat di Bandung.. hehe.. sukalah aku & my sister..


 DAY 3
TANGKUBAN PERAHU, RUMAH STRAWBERRY, KG. DAUN & DAGO
Penganjur sediakan sebuah van besar dan 2 bijik Anaza utk trip ke Tangkuban Perahu, Rumah Strawberry dan Kg Daun... The trip was good and fun.. Enjoy je la the pics.. Cuma satu je la aku rasa bila pergi tempat2 tu.. terlalu ramai penjual yg macam memaksa kita beli barang... sungguh merimaskan sebenarnya... syukurlah kat malaysia xde cam tu.. huhu





 TANGKUBAN PERAHU
Sebenarnya hajat hati aku nak ke kawah Putih sebab khabarnya kawah Putih lagi cantik dari tangkuban perahu... tapi dah org bawak ke sini aku iktu je la.. kalau organiser tak bawak mmg aku dah berniat nak mencari sendiri transport ke kawah Putih.. Tangkuban perahu ni adalah lembah gunung berapi yg masih aktif.. baru2 ni kabarnya ditutup sebulan sebab ada tanda2 lava aktif..  nama tangkubah perahu tu adalah disebabkan rupa bukit sebelahnya yang macam perahu terbalik... alaa.. macam kat langkawi tu ada tasik dayang bunting disebabkan oleh rupa bukit macam org bunting... 

 
  me & my sister at tangkuban Perahu

 

 
 
Sampaikan dah dalam van pun dikejar penjual jalanan yg menjual macam2 barang souvenir... mmg sangat2 rimas dibuatnya..



 RUMAH STRAWBERRY
Dari tangkuban Perahu kami dibawa strawberry picking di Rumah Strawberry. Walaupun dah banyak kali strawberry picking tp aku mengada2 jugaklah kutip2 strawberry tu... dapatlah bawak balik strawberry fresh ke malaysia.. hehe..



 
 
 me, Dr. Rosnaini & Prof. Dr. Ana Donaldson

 KG. DAUN
Mula2 ingatkan apa kg Daun ni... rupa2nya tempat makan di bawah panorama alam semula jadi.. memang sgt mengasyikkan makan di sini. Makanannya pulak pelik2...
 


 

Dari Kg. Daun kami balik hotel... oleh sebab baru pkl 2.30 gitu dan kenderaan yg disewa masih ada.. kami diberi pilihan nak pergi ke mana2 tmpt yg kami nak.. sebab ada 3 kereta kan.. so ada dua org minah ni ajak kitorg pi Dago naik Avanza (Avanza tu ada driver lah yer - bukan kami drive)..  So kami berempat ke Dago utk ke Factory outlet Store.. Sebelum sampai ke Factory outlet, driver berhenti di Kartika Sari.. Kartika Sari ni macam bakery dan sangat fames dgn pelbagai jenis brownies..  So terpaksalah aku shopping kan.. utk merasa.. :P. bagi aku factory outlet tu tak de lah menarik sgt.. tp sempatlah aku grab baju eryna sehelai dua..huhu

 


 
On the way kluar dari kartika Sari ada pulak mamat silver ni kat luar parking... hehe..



 DAY 4
BALIKKK!!!
Time to go home.. baru perasan airport bandung ni sangatlah kecik... fight pkl 10 pg.. pukul 9 baru imigresen nak bukak.. huhu.. anyway we had a good time in bandung.. tq hubby bagi kebenaran berjalan dgn my sister..  Lepas ni ke mana pulak yer?? Mungkinkah  Jaipur, India?? Wait n see... :-)


~mel
kawan2 bgtau diorg sempat usik hubby dalam meeting.. ooo.. gi Paris ikut.. gi Bandung xmo ikut.. hahaha.. betul ke incik hubby? :P


Ahad, 1 September 2013

Abang - Part 3

Entri ini bersambung dari Part 2...
 



Aku tak ingat bila masanya kami berjaya contact abg aku ni.. tapi seingat aku lepas tu kami dapat contact dia.. masa tu dia kerja dengan syarikat courier FedEx.. dengan pujukan dgn rayuan arwah mak & ayah akhirnya dia arrange utk balik ke msia menaiki kapalterbang kargo FedEx. Kapalterbang ni ada 2 tempat pilot dan satu tempat duduk penumpang aje. Dan dia gitau dia kena macam2 training before boleh naik flight tu utk balik msia..  Then akhirnya beliau sampai di msia...

As wife dia adalah org Alaska, jadi setiap hujung tahun dia akan dapat bonus rakyat Alaska.. which was agak banyak kot..  so masa dia balik tu macam dia ada banyak duit la.. beli itu ini.. bg duit banyak2 kat kami.. siap beli emas bagai utk anak2 perempuan dia dan wife dia.. Ada juga mak ayah tanya pasal keluarga.. islam dllg.. tp jawapannya samar2..  Time di msia mmg dia kerap telefon anak2 dia... which is nampak dia macam seorang family man... Then after a few weeks di msia.. dia pulang kembali ke US...

Tak lama lepas tu aku pun sambung belajar di New Zealand. Actually kalau nak cerita semua salasilah abg mmg pjg tp aku pendek2 kan utk cepat sampai ke situasi sekarang ni...   Oleh sebab aku dah bekecimpung dalam bidang IT so aku banyak jugak melakukan pencarian abg aku ni since aku degree. Sebab masa aku degree kat UK dia pun ada hilang juga.. then muncul.. then hilang.. which is.. macam chipsmore... tapi antara adik beradik aku... akulah yg sentiasa hubungi dia.. dari dulu.. sampai sekarang..selalunya lepas arwah ayah meninggal, akulah jadi tukang update pada arwah mak ttg abang aku ni... sebab aku sentiasa berinternet..

Masa aku di New Zealand.. aku berjaya selalu hubungi abang aku. Dan paling kerap aku berbual dgn wife dia melalui MSN Messenger atau yahoo Messenger... kami bertukar gambar.. dia cerita kat aku macam2 pasal impian dia.. dia teringin nak menjejak kaki ke msia dllg...

Hingga pada satu ketika terjadilah satu inciden.. xperlu lah aku cerita panjang2 just inciden tu.. just inciden benar2 menguji kehidupan dia (aku rasa) dan dia banyak mengadu hal pada aku.. begitu juga dgn isteri dia.. serius masa tu aku pening..


~mel