Isnin, 30 Disember 2013

Tenang...

Pagi ni aku bangun pagi dengan keadaan yg tak berapa nak sihat.. semalam seharian macam cerry berry.. mungkin jugak kepenatan yang melampau..jadi malas betul nak bangun... since last week aku sebenarnya berhajat nak ke Pusat Sejahtera USM aka Pusat Kesihatan USM..actually dah lama nak pi tapi asyik tertunda2 aje dgn kerja2 yg banyak.. Aku sebenarnya biasanya buat checkups kesihatan di KK Bukit Jambul since selepas bersalinkan Eryna mmg checkups kat situ.. dulu cuci perut pun kat situ.. so segala masalah kesihatan semua gi sana sebab rekod ada kat sana.. Entah macam mana 2-3 bulan lepas bila aku pi sana doktor tu macam perli aku jer.. (aku yg terasa ni).. Dia cakap awak orang USM buat apa checkup dan ambil ubat kat sini.. pergi Pusat Sejahtera USM, kat sana lagi bagus, banyak pakar, ubat pun bagus..bla bla bla.. aku dalam hati cakap..eh.. doktor ni halau aku ke... last2 aku tekadkan hati.. lepas ni xmo dah pi KKBJ tu.. huhu..merajuk la konon..

dpt kalender kuda dari farmasi USM

So disebabkan aku tak sihat pagi tadi plus bekalan ubatan aku pun dah hampir habis... aku pun kuatkan semangat ke Pusat Sejahtera USM.. kalau dah rutin pi klinik memang nak pi klinik tu perlukan kekuatan tau.. dlm hati aku imajin.. hah.. agak2 student tak ramai hari ni sebab minggu ni study week, so student mesti ramai balik kampung..

Sampai2 kat sana.. mmg tgk tak ramai sgt orang.. oklah tu..rutin biasa bila dah dapat no kena check tekanan darah... wahhh terkejut den bila misi (lelaki) cakap tekanan darah agak tinggi.. aku cakap.. ehh.. sy selalunya tekanan darah mmg rendah.. so misi tu cakap.. relaks jab.. 5 minit.. bila check semula.. alhamdulillah.. normal.. Sambil menunggu nak jumpa doktor dalam keadaan beraircond.. aku terfikir.. awatlah aku tak dtg sini awal2.. huhu..kat KKBJ tu punyalah panas.. kat Pusat Sejahtera USM punyala selesa.. misi pun baik2 semuanya.. huhu..

Bila aku dah masuk jumpa doktor.. aku pun ceritalah masalah aku yg tak berapa sihat bagai.. then aku ceritalah yg doktor KKBJ suh aku checkup kat USM aje.. huhu dgn sedih... bila aku dah abis cerita.. best jer doktor tu bagi nasihat kat aku.. tak marah2 macam kat KKBJ.. xde jeling2.. huhu.. sgt profesional.. yg paling best dia cakap.. walaupun aku sedang makan ubat.. dia mau aku aim for pengurangan ubat hingga sampai tak makan ubat langsung.. dia siap pesan.. jgn lupa doa pada Alah semoga Allah beri kesembuhan kepada setiap penyakit yg dihidapi... waa... nak meleleh airmata aku.. huhu.. tapi bagi aku ini first time dapat doktor yang begitu prihatin.. macam2 petua, nasihat dan kaedah yang suruh aku try.. try supplement dan macam2.. before this kat KKBJ mmg tak dela nasihat macam tu...

Di samping supplement.. ada juga dia suruh aku try kaedah2 alternatif.. herbs.. dllg... siap suruh cari ayat utk dicuba bersama kaedah alternatif... dia cakap kat aku jgn terlalu rely dgn ubat.. cuba kaedah lain yg mungkin boleh membantu... 

After session dgn doktor tu aku rasa sgt relieve... pergi amik ubat.. dan terus ke farmasi USM sebelah farmasi ubat utk beli supplement cadangan doktor tu.. magnesium & chosium.. dah jumpa ternampak jenis2 green tea.. ada kawan aku yg body dia sgt cantik suruh aku minum teh hijau utk kempiskan perut.. dah lama dia pesan.. aku dok lupa jer.. hehe... jadi tadi jumpa aku beli utk minum di ofis je laa.. Time nak bayar kat kaunter farmasi tu ada Al-Mathurat harga 1.90 jer.. teringat time dok asrama dulu.. Al-Mathurat sentiasa menemani aku.. wirid.. zikir yg aku hafal pun kebanyakan dari Al-Mathurat.. so ingat nak buat Al-Mathurat ni peneman masa kerja.. sambil2 boring kerja boleh hafal wirid sikit2 yg dah lupa... insyaallah...



 Al-Mathurat & green tea


Okla sebenarnya kepala pening2 lalat sambil buat SKT ni.. tu yg tetiba rasa nak berblog pulak!

~mel

1 ulasan: