Rabu, 19 Februari 2014

Borak

Tadi ke pasar malam Taman Tun Sardon untuk beli barang dapur sikit dan makanan malam... Beli mihun je pun sebab makan tenghari tadi dah lambat.. Tengah jalan2 terjumpa dengan tiga orang kakaklecturer dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.. dua orang aku kenal sebab diorang mengajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang aku jadi Penyelarasnya dan sorang lagi aku kenal sebab sama2 jadi felo di Saujana dulu2..

Bila dua org kakak tu iaitu Pn Jamilah & Dr. Rozaida nampak aku terus dia cakap... aduii awat muka sedih hari ni.. tak sempat aku nak jawab diorg dah jawab sendiri.. ini mesti abang dah xde bersama ni.. kecoh la pulak cakap aku kurus laa dan lain2 lagi.. dalam hati aku cakap lerr takkan baru sehari ditinggalkan suami aku dah kurus.. huhu.. Then Dr. Wan Ros yg sama2 jadi felo dulu cakap (dah lama tak jumpa dia ni).. dia mmg nyaris tak kenal aku.. dia cakap berubah betul aku ni.. aku cakap kenapa? Dulu aku pakai tudung glamer2 ni aku simple sangat.. dgn t-shirt muslimat.. tudung plain hitam... huhu.. Aku cakap.. saya dah insaf kak wan.. haha.. Tapi Pn Jamilah tu cakap.. ala ni mesti sebab dia tak de mood nak melawa sebab suaminya tak de.. kalau tidak.. tudung dia masih lawa2.. bergaya lagi.. Aduhh.. kakak2 ni memangla xleh layan sgt..haha..pening kepala aku dibuatnya..

Then tetiba Pn Jamilah & Dr. Rozaida cakap dgn muka tak puas hati.. kitorg dah kena buang dari PPG... langsung tak cakap apa terus dibuang jer.. Aku pun serba salah.. aku pun cakap.. entah la aku sebenarnya dah tak sepatutnya menyelaras PPG sebab aku tgh sabatikal tapi disebabkan tak de org yg boleh buat kerja aku tu so nak tak nak aku tolong lah jugak menyelaras walaupun dah dekat nak sebulan aku sabatikal.. Patutnya dah ada org ganti.. tapi setakat ni semua kerja penyelarasan aku masih buat..Nak nye semester baru dah nak bukak... Tapi aku cakap kat diorg aku tak ambil tahu pemilihan pensyarah sebab aku consider diri aku tgh cuti, so pengurus opsyen yg pilih.

Tetiba Pn Jamilah cakap.. Tak pe kitorang faham..nanti suruh diorg bayar aku dua kali ganda.. cuti2 pun kena wat kerja.. Pastu Dr. Rozaida cakap.. a ah betul.. PPG tu kalau aku takde memang takkan berjalan laa.. tu sebab tak de org boleh ganti.. Pn Jamilah pun setuju.. memang xde org boleh ganti aku sebab kerja penyelarasan tu sgt berat dan banyak benda yang perlu tahu...  Kembang semangkuk pulak aku dibuatnya kena puji bertingkek2.. huhu..

Anyway.. borak2 ni sedikit sebanyak menenangkan hati aku yg gundah gulana.. maklumla kena puji kan... hehe...

Update on hubby: Alhamdulillah dia dah dapat surat untuk ke INSTUN Tg Malim dan tadi terus ke sana lepas balik dari putrajaya.. dah dapat bilik free utk 30 hari.. Bila aku check google maps.. dari rumah ke INSTUN tu ambil masa 2 jam 45 minit... ok.. aku rasa lega.. tak de la jauh sangat kan.. Insyaallah...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan