Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 22 Mac 2015

Zoo Taiping

Kami ke Zoo Taiping hari ni. Kalau tak pos ke blog cepat2 gambar ni jawabnya terperamlah dlm henfon tak upload2. Sepanjang minggu cuti sekolah ni, Eryna memang sibuk cakap cikgu kak limah (cikgu dia namanya Halimah) suruh pergi ke zoo waktu cuti sekolah. So tiap-tiap hari dia dok tanya.. mommy.. bila kita nak gi zoo... Di Penang ni zoo yg terdekat rasanya zoo Taiping laa... walaupun adalah kat sini taman burung, taman rama-rama dllg...dalam hati aku cakap.. haii papa balik hari sabtu mmg sah kena pi zoo taiping.. kalau tak mesti merajuk la jawabnya dak kecik ni...

Di depan Zoo Taiping

Beratuq tunggu nak naik keretapi dengan Aliff dan Eryna

Tengok gajah mandi manda... Panas2 ni kalau dpt berendam mmg best kata gajah

Selfiee...

Ada arnab.. nmpk cam tak berapa jinak, ada bangau.. ada beruang... seronok si eryna.. dia ni berani la sangat, semua nak pegang.. seriau mommy dibuatnya...


Penat gak berjalan dalam zoo ni..

Kadang-kadang papa yang terlebih aksi :P


Tengok tu.. tak takut pun dengan monyet.. tapi lepas tu monyet tu nampak garang.. terus lari suh papa dukung :P


Seronok bagi makan rusa...

Kononnya si Aliff nak buat karangan perjalanan ke zoo.. jadi kena amik gambar dekat nama2 haiwan :P

Ciri-ciri muka tak puas hati dan nak merajuk huhu

Dari dalam zoo sibuk mintak nak aiskrim tp kat dalam tu xde org jual sgt.. bila kluar kat kedai di luar rasa cam tak berbaloi pulak aiskrim paddle pop harganya RM2... so kami beli aiskrim dari penjaja dekat parking kereta... haa.. tu dia mommy dan papa makan aiskrim roti... kenyang dibuatnya  Disebabkan dah kenyang mommy cakap papa macam xlarat nak makan nasi, so papa suggest utk makan di Doli Kuey Teow.. katanya femes di Taiping. So dari zoo kami terus ke bandar Taiping untuk cari di manakah gerangannya Doli Kuey Teow. Tak susah mencari kedainya dengan bantuan makcik google. Actually sebab 2 minggu lepas aku ke Taiping sorang2 jaga exam budak sakit di hospital, jadi aku pun dah rasa agak familiar dgn bandar Taiping.



Simple review tentang Doli Keuy Teow ni.. tempatnya ok.. ada aircond.. tapi bagi aku makanannya so so ajelah.. kuey teow dia tak delah special mana.. just biasa aje.. nasi ayam mungkin sedap sebab 2 pinggan Aliff dan Eryna tak cukup... Service pun so so ajelah.. sebab masa minta nasi ayam tambah jenuh menunggu sampai muka budak duorg ni dah macam muka... $%^&. So bolehlah dikatakan service agak slow. Tapi aku tengok ramai juga org datang makan, so may reputation menyebabkan masih ramai pelanggan.. but for me.. kalau ada choice may be tak datang dah kot.. huhu..

Ok that's our activity for today...

Balik2 suami isteri tergolek sebab kepenatan.. huhu..

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan