Sabtu, 4 April 2015

AGM Hadhanah

Hari ini adalah Mesyuarat Agong Tahunan  Kelab Kebajikan Ibubapa & Penjaga, Hadhanah Pusat Islam kali ke-9. Aku sebagai Timb. Pengerusi KKiBP tahun 2013/2015, merangkap Pengerusi juga (pengerusi tidak aktif - menghilangkan diri) mempengerusikan mesyuarat tersebut. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 


Selepas aku bg ucapan, ada tazkirah dr Ustazah Rohayati dari Pusat Islam. Walaupun tazkirahnya ringkas tapi banyak perkara yg mudah tapi kita selalu abaikan dan ambil mudah dalam hidup kita berkeluarga. Sedikit sebanyak ringkasan dari tazkirah tersebut:

1. Suami perlu sentiasa tunjukkan kasih sayang kpd isteri dan isteri perlu sentiasa memanjakan suami. 
2. Suami perlu beri perhatian kpd isteri dan isteri perlu ambil berat kpd suami. Contoh suami perlu bantu isteri dlm kerja2 rumah (cth masukkan kain dlm washing machine, basuh kain, sidai kain dllg) perihatin kpd kesihatan/kelemahan/keperluan isteri). Manakala si isteri pula perlu sambut suami ketika pulang, cth ambil brg dr tgn suami ketika sampai pintu rumah dllg. 
3. Hubungan baik antara ibubapa menjamin kemesraan keluarga dan menjadi contoh anak2.
4. Ibu bapa perlu menjalinkan silaturrahim yg baik dgn pengasuh. Jgn sombong dgn pengasuh kerana hubungan yg baik akan menjamin pendidikan anak2 berlaku dgn baik juga.
5. Sayangi dan layani ibubapa mentua sbgmana kita mnyayangi ibubapa kita sendiri.

Ada bnyk lagi isi penting tp xsempat nak tulis bnyk2 sbb segan kang dia ingat aku main telefon sebelah dia. Sambil beri tazkirah. ditepuk2 nya belakang aku yg duduk di sebelahnya.. sejuk hati. 

Alkisah, masa Ustazah Rohayati sampai, waktu aku dan Kak Yam, Penyelia Hadhanah tunggu di pintu masuk Hadhanah, Ustazah ckp kat aku, alamak brooch dia yg pin dileher jatuh dan hilang. So dia terpaksa pegang tudung dileher. Bila smpi dlm dewan, aku pun buka henbeg dan hulurkan brooch simpanan aku. Terkejut dia.. dia ckp alhamdulillah.. klu tak susah dia nk bg tazkirah smbil pegang tudung. Then dia ckp nnt dia pulangkan, aku ckp takyahlah pulangkan. Aku mmg sentiasa bawak spare brooch utk kejadian2 yg tidak diingini seperti ini.. :)

Anyway waktu pemilihan AJK baru, aku diminta utk meneruskan tugas sbg Pengerusi, di mana pihak Hadhanah ckp susah nak cari Pengerusi Kelab yg komited. Walaupun dulu aku hanya memangku Pengerusi tp kesemua aktiviti berjln lancar. Bnyk juga aktiviti yg dpt dijalankan spjg 2 thn ini termasuklah bengkel kpd pengasuh2. Walaubagaimanapun aku terpaksa menolak pencalonan pengerusi memandangkan Eryna sudah tidak lg tinggal di Hadhanah. Aku rasa lebih baik AJK terdiri daripada ibubapa yg anaknya ada di situ.. Aku sekarang ni dah mcm org luar pulak. Walaupun ramai yg memujuk tp aku rasa biarlah org yg ada anak yg menerajui kelab. Insyaallah aku boleh bantu sekiranya mereka perlukan sokongan. Aku katakan pd mereka, kalau Eryna masih di Hadhanah, aku akan sukarela utk jadi pengerusi, tak perlu dicalonkan pun tak pe.. hahaha.. mcm tak malu je kan.

Anyway.. semoga urusan Hadhanah dipermudahkan. Syg sebenarnya pd Hadhanah.. 


Menyampaikan personal cenderahati utk setiap kakak2 pengasuh Hadhanah. Gelang kristal yg kubeli di Kota Kinabalu :)


~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan