Selasa, 28 April 2015

Kursus Pengurusan Jenazah

Last week 24 April 2015 aku menyertai kursus pengurusan jenazah di Pusat Islam USM. Sebenarnya dah lama teringin nak join tapi sentiasa konon2 nya tiada masa. Alhamdulillah Allah bagi kelapangan pada hari tersebut untuk join. Kebetulan hasrat hati disokong oleh sahabatku Sham utk sama2 pergi sekali.. maka lebih bersemangatlah.

Kursus tu mulanya nak buat di Dewan Muzakarah tapi disebabkan banyak pernyertaan melimpah ruah maka ditukar ke ruang utama masjid USM. Oklah cuma agak lenguh kaki duduk bersimpuh.. huhu




Permulaan kursus ceramah oleh Ustazah Rohayati, Penolong Pengarah Pusat Islam. Aku baik juga dgn ustazah Rohayati ni. Persoalan yang diajukan awal2 ceramah kita duduk atas dunia utk apa? Yang utama adalah untuk keredhaan Allah dan tentunya kita inginkan kebahagiaan dalam hidup..


Apa itu kematian?

Ingatlah mati sesungguhnya malaikat maut melawat kamu 70 kali sehari semalam 24 jam. Kita selalu kena ingat mati, makruh mengharapkan kematian...

Suka dengar ceramah Ustazah Rohayati sebab banyak isu kekeluargaan yang diketengahkan oleh beliau... penuh nasihat dan memberi kesedaran.

Sessi kedua adalah sessi pengurusan jenazah secara praktikal. So kat bawah ni adalah nota yang aku catat ketika praktikal dijalankan. Nota just utk diriku dan peringatan untuk diriku jua..

Bahan-bahan untuk mandikan jenazah

  1. Air daun rambutan (blend) setengah baldi - utk lembutkan sendiAir kapur barus 1/2 baldi
  2. sabun - Apa jenis sabun mandi ok
  3. putik kapas
  4. sarung tgn
  5. bedak
  6. serbuk cendana - utk mewangikan
  7. minyak atar
  8. tali utk ukur pjg mayat
  9. tiga lapis kain kapan
  10. 5 utas tali yg diambil dr kain kapan
  11. dua helai kain basahan
  12. kain jirusan kapur barus - kain batik lepas utk tutup seluruh badan
  13. tuala 3-4 helai
  14. spasang telekung & serkup (anak tudung)
  15. sehelai baju putih tanpa jahit
  16. cawat

Kaedah Pengukuran kain kapan - hendaklah di ukur dari hujung kaki hingga ke kepala dan tambah 1 hasta.. (siku hingga jari kita)


Kaedah Mandikan Jenazah - Refer video




Adalah disunatkan sunat ambil wuduq dulu.. Niat sahaja aku mngangkat hadas kecil ke atas mayat ini kerana Allah Taala

Then baru mandi wajib - . Niat sahaja aku mngangkat hadas besar ke atas mayat ini kerana Allah Taala - ratakan air sewaktu jirusan..

Then bila selesai - jirus air kapur barus, bnykkan dibhg perut

Then sikat rambut, sanggul, bedak dllg... then pakaikan cawat
















Proses kapan
1. Balut seluruh badan jenazah dgn kapas
2. Pakaikan baju yg disediakan
3. Kepala perlu dibalut juga dgn kapas
4. Pakaikan anak tudung, telekung dan kain
5. Perkemaskan ikatan
6. Bawah dagu letak kapas

*ini semua dilakukan diatas tmpt mandi.


Alhamdulillah.. selesai program ni dapatlah manafaat kepada diriku. Semoga aku mampu melakukannya untuk ahli keluargaku. Perlu pergi lagi untuk sentiasa refresh ilmu ni. Aku berhajat... kalau suamiku pergi dahulu.. aku nak jadi org yang memandikannya.. begitulah sebaliknya.. boleh ke encik suami? Harap2 boleh lah...



Aku dan Sham... happy sebab kami dapat join juga... Aku blogkan ni sebenarnya sebagai nota dan juga untuk aku rujuk kemudian hari.. juga apa2 yang aku blogkan adalah untuk kenangan dan memori.. buat diriku dan juga keluargaku.. mungkin disaat aku sudah tiada di dunia ini... Semoga Allah berikan hidayah kepada kita dan jadikan kita hambaNYA yang beriman... Amin..




~mel

Alhamdulillah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan