Inilah waktu bangun kami suami isteri pada hari Isnin sejak 4 tahun 10 bulan yang lepas. Biasanya dia akan bangun dahulu.. dan bersiap dan saya bangun menyiapkan coffee dan makanan untuk dia bersahur. Mungkin ini tidak perlu lagi utk masa akan dtg kerana dia tidak perlu lagi travel balik ke Tg Malim setiap pagi Isnin. Setiap pagi Isnin setelah dia mula gerak ke Tg Malim saya akan jadi serba salah.. nak sambung tidur rasa bersalah sebab dia sedang memandu sendirian dalam gelap. Biasanya saya terus tidak tidur, sambung buat kerja rumah mahu pun siapkan apa2 kerja yg boleh saya buat dlm kesunyian itu. Kadang2 saya kalah juga.. tertidur hingga Subuh. Bila terbangun cepat2 menyemak aplikasi Find My Friends dalam IPhone utk memastikan di mana dia berada. #Alhamdulillah waktu jam ini boleh ditutup bermula minggu depan. Mungkin tidak tutup terua tetapi di adjust waktunya untuk keperluan sahur pada setiap hari Isnin dan Khamis. Moga Allah memberkati keuarga kami.. InsyaAllah.. Amin Ya Rab.. #alhamdulillah #mommypapa #HBP #PJJ
mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan