Jumaat, 28 Disember 2018
Ibu Tunggal...
Tadi ke sekolah menguruskan keperluan sekolah esp. utk Aliff. Hari ni orientasi Form 1. Sementara tungggu ujian saringan berbual dgn seorang ibu.. cantik orangnya.. mmg jenis org utara yg hidung mancung dan putih melepak. Sambil berbual2 saling bertanya lantas dia memberitahu saya yg dia merupakan ibu tunggal. Anak 5. Suami meninggal 7 tahun lepas akibat kanser, tinggal di Kg. Belah Dua dlm 2-3km dari taman perumahan kami. Suaminya meninggal pada usia 33 tahun. Dia bercerita sekarang dia tinggal bersama-sama dengan keluarga ipar. Arwah suami anak bongsu, dibela oleh kakak2 iparnya. Setelah suaminya meninggal, dia diberi sebuah rumah kampung (rumah kakak ipar dia) utk tinggal bersama anak2. Dengan kelulusan SPM (sebelum tu suri rumah) dia start menjahit kecil-kecilan utk menanggung anak2. Dapat bantuan zakat bulanan tapi tak cukup, so terpaksa banyakkan usaha sendiri untuk meneruskan kehidupan. Waktu suami meninggal tidak meninggalkan sebarang harta, socso tak sampai haul katanya (saya tak tanya pjg ttg ni), mujurlah kakak ipar bermurah hati bagi sebuah rumah utk tinggal. Masa beli buku dia cakap juga dengan anak 5, sulong form 1 dan bongsu nak masuk tahun 1 (waktu suami meninggal anak ini berumur 8 bulan), mmg dia agak sesak, tp dia cakap dia buat je apa2 kerja yg boleh utk menanggung keluarga. Kagum saya.. tengok orgnya mcm periang, muda berbicara tapi apa yg ditanggung tak siapa yg tahu. So, utk diri kita.. bersyukurlah dgn apa yg ada dalam hidup kita. Kalau rasa susah, ada org lain yg lebih susah, kalau rasa tak mampu ada lagi org lain yg lebih tidak berkemampuan.. kalau masih boleh bergoyang kaki di rumah, kalau masih boleh bangun pukul 10-11 pagi.. jgn kata hidup kita susah, jgn nak meminta2 dgn org lain... sedarlah hidup ini bukan tempat utk bersenang2 tetapi hidup ini adalah tempat utk bersusah2 utk bersedia ke alam abadi.. #AmbilPengajaran #blog #muhasabahdiriTadi ke sekolah menguruskan keperluan sekolah esp. utk Aliff. Hari ni orientasi Form 1. Sementara tungggu ujian saringan berbual dgn seorang ibu.. cantik orangnya.. mmg jenis org utara yg hidung mancung dan putih melepak. Sambil berbual2 saling bertanya lantas dia memberitahu saya yg dia merupakan ibu tunggal. Anak 5. Suami meninggal 7 tahun lepas akibat kanser, tinggal di Kg. Belah Dua dlm 2-3km dari taman perumahan kami. Suaminya meninggal pada usia 33 tahun. Dia bercerita sekarang dia tinggal bersama-sama dengan keluarga ipar. Arwah suami anak bongsu, dibela oleh kakak2 iparnya. Setelah suaminya meninggal, dia diberi sebuah rumah kampung (rumah kakak ipar dia) utk tinggal bersama anak2. Dengan kelulusan SPM (sebelum tu suri rumah) dia start menjahit kecil-kecilan utk menanggung anak2. Dapat bantuan zakat bulanan tapi tak cukup, so terpaksa banyakkan usaha sendiri untuk meneruskan kehidupan. Waktu suami meninggal tidak meninggalkan sebarang harta, socso tak sampai haul katanya (saya tak tanya pjg ttg ni), mujurlah kakak ipar bermurah hati bagi sebuah rumah utk tinggal. Masa beli buku dia cakap juga dengan anak 5, sulong form 1 dan bongsu nak masuk tahun 1 (waktu suami meninggal anak ini berumur 8 bulan), mmg dia agak sesak, tp dia cakap dia buat je apa2 kerja yg boleh utk menanggung keluarga. Kagum saya.. tengok orgnya mcm periang, muda berbicara tapi apa yg ditanggung tak siapa yg tahu. So, utk diri kita.. bersyukurlah dgn apa yg ada dalam hidup kita. Kalau rasa susah, ada org lain yg lebih susah, kalau rasa tak mampu ada lagi org lain yg lebih tidak berkemampuan.. kalau masih boleh bergoyang kaki di rumah, kalau masih boleh bangun pukul 10-11 pagi.. jgn kata hidup kita susah, jgn nak meminta2 dgn org lain... sedarlah hidup ini bukan tempat utk bersenang2 tetapi hidup ini adalah tempat utk bersusah2 utk bersedia ke alam abadi.. #AmbilPengajaran #muhasabahdiri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan