Isnin, 7 Januari 2019
New Story From Me
Keutamaan Hidup Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah makan, makan setiap aktiviti hidupnya berfokuskan kepada mencari tempat makan, menikmati makan yang sedap-sedap, dan sanggup ke sana-sini hanya untuk mencari kelainan dalam menikmati makanan. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berpakaian, maka putaran hidupnya dilebihkan untuk membeli pakaian yang cantik, mahal yang bisa memuaskan hati masing-masing. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berjalan dan meneroka tempat lain. Maka diutamakan seluruh kehidupannya dan rezekinya supaya dapat berjalan dan menikmati alam ciptaan Allah. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah diri sendiri. Selagi terasa tidak cukup dengan apa yang ada dan tidak mencapai matlamat hidupnya, mereka tidak rasa mampu untuk membantu orang lain, sedangkan sebenarnya mereka mampu. Pelbagai keutamaan diri seseorang, kadang kita lihat orang mampu buat perkara-perkara yang kita tidak mampu buat, ada orang mampu berjalan ke merata dunia tapi rumahnya tidak ada perhiasan indah. Ada orang mampu beli kereta besar dan mahal tapi pakaiannya biasa-biasa sahaja, mungkin tudung pun berharga RM10. Keutamaan seseorang menjadikan seseorang itu sama ada mampu atau tidak. Tapi janganlah terlalu memberi keutamaan kepada sesuatu hinggakan sanggup melebihkan perkara lain lebih dari ibu bapa atau keluarga sendiri. Jangan juga mempertikaikan kemampuan orang lain sebab keutamaan pada setiap seorang itu berbeza. Namun ingatlah keutamaan yang melampau akan memudaratkan. #blogKeutamaan Hidup Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah makan, makan setiap aktiviti hidupnya berfokuskan kepada mencari tempat makan, menikmati makan yang sedap-sedap, dan sanggup ke sana-sini hanya untuk mencari kelainan dalam menikmati makanan. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berpakaian, maka putaran hidupnya dilebihkan untuk membeli pakaian yang cantik, mahal yang bisa memuaskan hati masing-masing. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berjalan dan meneroka tempat lain. Maka diutamakan seluruh kehidupannya dan rezekinya supaya dapat berjalan dan menikmati alam ciptaan Allah. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah diri sendiri. Selagi terasa tidak cukup dengan apa yang ada dan tidak mencapai matlamat hidupnya, mereka tidak rasa mampu untuk membantu orang lain, sedangkan sebenarnya mereka mampu. Pelbagai keutamaan diri seseorang, kadang kita lihat orang mampu buat perkara-perkara yang kita tidak mampu buat, ada orang mampu berjalan ke merata dunia tapi rumahnya tidak ada perhiasan indah. Ada orang mampu beli kereta besar dan mahal tapi pakaiannya biasa-biasa sahaja, mungkin tudung pun berharga RM10. Keutamaan seseorang menjadikan seseorang itu sama ada mampu atau tidak. Tapi janganlah terlalu memberi keutamaan kepada sesuatu hinggakan sanggup melebihkan perkara lain lebih dari ibu bapa atau keluarga sendiri. Jangan juga mempertikaikan kemampuan orang lain sebab keutamaan pada setiap seorang itu berbeza. Namun ingatlah keutamaan yang melampau akan memudaratkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan